The Ads

Search This Blog

Friday, July 29, 2011

Biometrik Punya Hal!

brapa hari dah tak mengupdate blog. ingat bila blog berwajah baru semangat pun mesti berkobar-kobar. hhmmm.... tak boleh pakai btul ayat tu. abis nak buat macam mana. ni semua gara-gara minggu yang bz pasal dok berumah bertangga kat imigresen. perghhhhhh penatnya tok sah nak cakap arrr. start dari hari selasa i dah masuk imigresen, mula-mula nak kasi settle itu renewal bebudak foreign workers kat opis ni. esoknya rabu plak, i dah start gi ambik nombor utk buat biometrik. apa? oh uolls tak tau pasal biometrik ni. biometrik ni adalah satu sistem bagi pihak imigresen mengumpulkan maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata dan cap jari. tapi yang membengangkan i masa yang diperuntukkan terlalu singkat. bayangkanlah 2 minggu je nak cover semua foreign worker yang ada kat malaysia ni. macam mana tak sesak dibuatnya. hahhhh kalau uolls tak percaya, meh kita layan gambar-gambar yang i ambik ni. tapi semua gambar tu i start ambik hari khamis pasal hari tulah is the worst condition! can uolls imagine i start queue up from 10.30am until 8.00pm..... gggrrrrrrr dah naik kematu tapak kaki i ni dibuatnya....

tensionnnnnn........ tak pasal-pasal i kena kerja sunday ni. dah nasib badan, tak dapat makcik nak nolong... tak pelah itu dah tanggungjawab. harap-harap sunday ni semuanya berjalan dengan lancar......



nota piede : thanx boss bagi replacement leave next monday! oh!!! before forget, pls up my bonus too!huhu...

Thursday, July 28, 2011

Kopok Ganu!

hooreeeyyyyyyy!!!
petang semalam mer'maid' i call bagi tau ada barang baru sampai
barangggg???? terpinga-pinga skejap i dibuatnya
bila masa plak i beli barang online ni?
ada menang peraduan apa-apa ke???
skali rupanyaaaa
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kopok dari terengganu dah sampai
thank you nOr MaIzA aBdUlLaH
nanti jangan lupa bagi ac no eh! belum bayar lagi neh.....tetttttttt!


nota piede : tak brani nak goreng kopok lagi, pasal belum bayar. kang tak pasal2 mkn perut jadi busung....tettttttt!!!



Wednesday, July 27, 2011

Happy Birthday Kak Shiela!




happy birhday to you
happy birthday to you
happy birthday to KaK ShIeLa
happy birthday to you


nota piede : iza doakan semoga kak shiela bahagia disamping keluarga tersayang. Moga-moga dilimpahkan dgn rezeki yang berganda dan mendapat keberkatan hidup oleh Allah SWT. Amin....


i LoVe U!!!


Tuesday, July 26, 2011

Kenapa Mesti Pergi...

pukul 5 petang td chal call
tapi i tak angkat pasal tengah meeting kat opis
selang beberapa minit chal sms pulak

mama, kiki baru mati

aduhhhh.... nape ek? kiki.... nape nak pergi jugak.......
kiki...... mama sayang sangat kat kiki......
hanah, chal, adhi pun sayang sangat kat kiki.....
kiki sakit apa ehh???
kiki kena buli dengan pinky dan dutch ke?









kitorang sume akan rindu kat kiki
adhi pesan kiki tido ya.......


Thank U Sayang!

memori indah ini bertitik tolak dari 2 minggu lepas dimana si mama bertanyakan sesuatu pada si baba.....

mama : yang, kalau i nak beli playbook ok tak?
baba : u nak playbook? maju tu..... i ingat nak belikan u napbook
mama : woww.... macam menarik tu
baba : ke u nak ipad?
mama : entahlah yang..... playbook tu macam best je. lagipun i kan pakai bb!
baba : nantilah i check kan.... ok!

dan terukirlah memori indah itu pada 25 julai 2011 @ 7.00pm di rumah pasangan romantik ini.....




baba : surprise!!!!!!!!
mama : yanggggg....... u beli galaxy tab!
baba : ni u punyalah.... i belikan untuk u.... galaxy tab much more better. u can make a call and video call.
mama : betul ke ni yang???? lah...... i tak nak nyusahkan u
baba : playbook tak bleh buat call...
mama : thank u yang!!!!! sukalahhhhhhh





nampak gayanya si mama akan mula mengganas dalam berfacebook dan berblogging. maklumlah tak de sapa nak kacau. so lepas ni tak kan ada lagi kejadian berebut computer kat rumah! hihihi......




nota piede : sayang en. pai sangat-sangat! lepas ni u nak belikan I apa pulak eh?

The New Look!

assalammualaikum
good day to everyone!
dari tak de blog, skrg dah ada. dari saja suka2 dah jadi bersemangat. dari post entry simple2 kini dah pandai cari isi. dari template biasa2 skrg dah tau jugalah nak make up sikit2-walau tak sehebat mana pun. dari tak de follower kini dah ada-walau tak seramai mana, janji mereka ikhlas menerima i sebagai blogger yang boleh dikatakan masih mentah ni.

dah lama sebenarnya i menyimpan hasrat nak ada blog yang cantik dan menarik. idea2 untuk nak ada trademark sendiri dah lama pun bermain kat kepala ni cuma belum jumpa the right person untuk merealisasikan impian tu. dari satu blog ke satu blog i cari blogger yang arif dlm meng'make over ni. ramai rupanya..... tapi dalam ramai2 tu hati i dah terpaut kat sorang blogger comel ni and she has really nice blog! actually dah 2 months i follow blog dia as a silent reader. hati ni memang tekad nak pilih blogger comel ni kerana i rasa hanya dia je yang boleh buat impian i menjadi nyata. kalau uolls semua nak tau, blogger comel ni adalah...............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Azhafizah Md Nor and she is a pinkaholic! dia sangat2 suka color pink sama macam i juga. pasal tulah i pilih dia. sentuhan design dari hasil kreatif blogger comel ni memang awesome! thanx a lot Fiza. you really makes my dream come true! i cuma bagi tau kat Fiza ni yang i nak trademark blog i mesti  nampak retro dan ada star & diamond. luxury but look simple and neat. so uolls tengoklah sendiri hasilnya. she's so brilliant dan sangat tepat dengan citarasa i. sampaikan i sendiri jatuh cinta kat blog i ni! thanx again Fiza, i really appreciated for what have you done.
so dengan ini i merasmikan the new look of  MeLuvAmirAmira

cheers!


Monday, July 25, 2011

Paru Goreng Sambal

gud evening everybody.....
uolls dah makan malam ke belum? ke ada yang tak sampai kat rumah lagi. maklumlah hari pertama dalam minggu ni, mesti semua masih sibuk lagi kat opis.... malam ni adalah malam kemalasan melanda i. so malam ni i masak lauk yang paling mudah dan ringkas. jom layan resepi ni!




bahan-bahan a :
1/2 kilo paru (direbus sampai lembut kemudian di hiris nipis)
1 sudu besar cili serbuk
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar (dihiris)
garam

bahan-bahan b : ditumbuk halus
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia

cara-caranya :
mula-mula gorengkan paru sehingga garing. letakkan ketepi dahulu. kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan serbuk cili dan kacau seketika. masukkan sos tomato dan diikuti dengan hirisan bawang besar tadi. rasakan garam secukupnya. akhir sekali masukkan paru dan kacau sehingga sebati. sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba!

Panjatkan Doa Mu

salam pagi untuk semua readers!
mari kita sama-sama mulakan pagi isnin ni dengan memanjatkan doa agar kita semua mendapat keberkatan sepanjang minggu ni dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. setiap apa yang kita lakukan atau usahakan adalah lebih bermakna dengan diiringi doa dan syukur kepada NYA. ketahuilah semua bahawa dengan berdoa juga akan mendekatkan diri kita kepada NYA dan insyaAllah diri kita akan sentiasa dilindungi. pagi ni juga i nak share dengan semua serba sedikit perihal doa.....


Perihal Doa

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 
2. Menangis tatkala berdoa. 
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa: 
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka. 
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat. 
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


nota piede : sentiasalah mendoakan kesejahteraan ibubapa, suami atau isteri serta anak-anak kita.





Sunday, July 17, 2011

Kami Di Madukan!

hai uolls..... gud afternoon!
maybe tajuk entry ni agak tersentap.... kan! tapi inilah kenyataannya. setelah i fikir masak-masak, dan juga terima pandangan orang lain terutama sekali anak-anak, i mengambil keputusan untuk mencari pengganti suri hidup dutch dengan meminang 2 ekor skali. i pasti si dutch sangat bahagia dengan kehadiran 2 ekor buah hatiinya yang baru! kali ni jodoh dutch i ambil dari baka angora. seekor warnanya putih, bermata pink dan berbulu lebat yang baru berumur 1 1/2 bulan. seekor lagi tu berwarna putih + hitam dan berbulu lebat juga yang baru berumur 1 bulan. baka-baka comel ni i dapatkan dalam mudah.my, itu pun secara tak sengaja, pasal en pai yang saja-saja surf dlm internet pagi tadi. mulanya i merancang nak cari bini dutch dlm hujung bulan ni, tapi bila pagi tadi tengok dutch macam moody je, so kitorang rasa lebih baik carikan bini secepat yang mungkin..... kang jatuh sakitlah pulak. balik je dari mengambil bini-bini dutch ni, i pun terus masukkan dalam sangkar bahagia tu.... dan ternyata sibini-bini baru tu rela dimadukan. dutch pulak nampak happy sangat, siap show off dengan jalan berdiri dan memanjat-manjat, memang terpancar sinar bahagia kat mukanya. apa taknya dapat 2 bini sekaligus lah katakan! kalo manusia pun dah tentu-tentu seronok kan??? ooppppsss pasal manusia kita tak payah cite lebih-lebih. oklah toksah cite panjang lagi, jom kita layan picture bini-bini baru dutch!
*
*
*
*
*
*
*
*


Pinky



Kiki



Dutch yang poyo ada 2 bini!



bye uolls..... cheers!


nota piede : yang paling penting dengan kehadiran 3 lagi ahli keluarga kami ni, dapat membuatkan hanah, chal dan adhi bertambah gembira dan ceria!




Kari Kepala Ikan Special

as usual cuti hujung minggu i mesti
masak something special.....
uolls nak tau tak apa yang special tu?
jom kita usha resepi ni!

bahan-bahan a :
kepala ikan dan kepingan badannya
(i pakai ikan merah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji tomato (dibelah 2)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
5 biji bendi
4 biji cili hijau
kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
1 sudu kecil biji sawi
daun kari
daun pandan
daun ketumbar
garam
air secukupnya
5 sudu besar minyak masak

bahan-bahan b : (ditumbuk halus)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia

bahan-bahan c : 
3 peket kecil rempah kari ikan baba's
1 sudu besar serbuk kunyit
(bancuhkan dgn air)

cara-caranya :
panaskan minyak dalam periuk.
masukkan kayu manis, bunga cengkih,
bunga lawang, buah pelaga dan
hirisan bawang besar. apabila bawang
besar sudah kekuningan, masukkan
bahan b tadi dan kacau seketika sehingga
naik baunya. selepas itu masukkan
bahan c dan seterusnya biji sawi masakkan
sehingga naik minyak. masukkan daun
kari dan air secukupnya ikut keperluan
masing-masing. rasakan garam secukupnya.
apabila kuah dah mendidih, masukkan
terung dan biarkan sehingga separuh
masak dan diikuti dengan cili hijau dan
bendi. biarkan sebentar dan masukkan
ikan merah, daun pandan, daun ketumbar
dan buah tomato. kecilkan api dapur dan
biarkan ikan mesra dengan kuahnya
serta naik minyak. sedia untuk dihidang.

selamat mencuba!



Friday, July 15, 2011

Nasi Goreng Kampung

malam ni malas nak masak
lagi pun en pai tak de
pegi main badminton
so yang paling ringkas
tapi kenyang
kita buat nasi goreng kampung
meh tengok resepi

bahan-bahan :

bahan a (ditumbuk halus)
1 biji bawang putih
3 biji bawang merah
20 biji cili padi

4 cawan nasi
1 biji telur
ikan bilis (dah digoreng)
1 kiub ikan bilis knor

cara-caranya :
panaskan minyak dlm kuali
tumiskan bahan a
masukkan kiub ikan bilis
kacau seketika
ketepikan tumisan ditepi kuali
pecahkan telur kacau perlahan
satukan dengan tumisan dan
masukkan nasi
kacau sampai rata
masukkan garam secukupnya
akhir sekali masukkan
ikan bilis goreng kacau seketika
dan sedia untuk dihidang

selamat menjamu selera!

Juara 'Jogethon'

yaaaaa kepada anda sume yang tak tau
dan ini nak bagi tau
julung-julung kalinya diadakan pertandingan jogethon
peringkat angkasaraya dan juaranya jatuh tergolek kepada
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





kelembaban masa yang dicatatkan oleh juara kita ini dalam
jogethon yang bermula dari puchong sehingga ke garisan penamat di putra heights
telah menjadikan dia juara peringkat angkasaraya
walaupun ada sedikit masalah sesat barat yang dialaminya
akhirnya dia berjaya jugak!
syabas diucapkan..... malaysia boleh!

kepada sesapa yang ingin menyertai pertandingan ini
sila hantar nama kepada pihak penganjur ya

juara ini juga telah merasuah memberi karipap sedap kepada pihak penganjur
di atas kemenangannya itu!


nota piede : hati sangat bahagia kerana ramai yang sudah dekat dihati..... 


Goodbye Honey!

hai uolls
ni entry sedih ala manja
balik dari keje petang semalam sampai je umah
muka itu 3 kanak-kanak riang
tak berapa nak riang..... rasa pelik sangat
selalunya bila i park je kereta kat garage
3 org tu dah kluar jerit-jerit.....mama balik! mama balik!
sorang sorang i tengok muka sedih
lebih-lebih si kakak.... mata pun bengkak mcm baru lepas nangis
bila ditanya.... rupanya bunny honey dah mati
terperanjat jugaklah i dibuatnya
bunny manja i dah mati.... honey nape?
masuk je umah cepat-cepat i dapatkan honey
nak tengok keadaan dia..... sedihlah uolls
sebenarnya i dah agak last 2 weeks honey start cirit birit
yang peliknya i bagi makanan dia je
tak de pulak bagi menda lain
badan honey pun nampak susut sejak kena cirit birit tu
dari mula ambik honey dulu badannya macam tak besar-besar
slalu gak tanya dia nape tak macam dutch
bila tengok dutch makin lama makin tembam
makin lama makin berat
bulu dia pun semakin kembang
maybe honey demam kot.... i ni tak pandai lagi nak mengagak
bila bunny ni sakit, pasal first time bela bunny ni
kesian honey..... tak dapat hidup berbahagia selamanya dgn dutch
tak sempat nak ehem ehem dgn dutch....
lepas puas i mengadap si honey manja i tu
upacara menanam dimulakan
muka hanah, chal dan adhi
masing-masing sedih tak terkata
i pun join sedih sama........

kesian Honey....

Honey memang bunny yang manja

Upacara menanam dimulakan...



Si hanah lah yang paling sedih sekali...

rest in peace honey!


nota piede : dutch, nanti mama carikan bini baru untuk dutch ye......

Thursday, July 14, 2011

Kebanggaan Ku

gud afternoon uolls....
lunch hari ni tak de mood nak makan..... boleh??? nanti-nantilah.... i pun tak tau nape hari ni rasa buhsan sangat. maybe banyak keje kot... cuaca kat luar pun mendung, patutlah mood pun agak mendung. lepas dapat kerja baru ni, i tak de lagi cite ngan uolls kan.... i kerja kat mana.... eh ada ke orang nak tau? tak pe lah... tak nak tau pun tak pe... ada haku kesah??? lagipun ni kan blog i, suka hati i lah nak cite ape pun! ehhhh emo pulak..... tak de lah! gurau je..... uolls marah ke? i ni blajar tak lah tinggi mana, tapi penahlah masuk u jugak. i start keje waktu umur 18 thn. pas tu berenti sambung blajar.... pas tu keje balik.... berenti jap....pasal sibuk nak jadi penyanyi, so i pun berkecimpunglah dalam dunia hiburan. dari nyanyi 2 piece pas tu 3 piece, i join live band-group FREEDOM. hahhh tau tak freedom tu... alahhh yang shuib n arwah seha tu! lagu yang fofular-mulanya disini. bangga gaklah dapat nyanyi lagu tu! rasa macam lagu sendiri pulak....hehehee...wahhhh time ni memang i rasa dah macam artislah konon. maklumlah ada gak peminat, siap ambik autograph lagik. dah cukup disitu, tak bleh cite banyak2. bila dah kahwin, i stop menyanyi, cari balik keje opis.... bukan apa nak tumpukan perhatian kat family. dari keje ngan insurance company, bank, engineering & construction, advertising agency dan skrg i keje kat manufacturing plak. uolls i jadi minah kilang lah skrg!!! kat mana pun i keje, i hanya tau buat admin & hr je ye. lain pada tu, i'm sorry!
tapi banyak-banyak keje, i macam suka sangat keje i yang skrg ni. walaupun keje banyak, tp i suka ngan suasana keje kat sini. bos tak pressure kita, dan kita diberi ruang untuk beri cadangan dan buat keputusan. so rasa macam kita ni dihargai sangat. management pun tak berkira sangat, kalo keje bagus hujung tahun masing-masing pasti akan dapat habuan! syokkk wwooooo..... dah tu pengiraannya pun sangat adil, ada formula yang telah ditetapkan. so takdelah jadi kes, ko pandai ampu bos, ko dapat lebih! boleh dikatakan i ni sangat bertuah, walaupun tak tinggi sangat blaja..... tapi dah dapat jugaklah duduk kat tempat sekarang ni. inilah yang dinamakan rezeki dan i amat-amat bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. lagipun dengan berkat pengalaman yang dikutip dan usaha gigih serta tanggungjawab insyaAllah, kita akan diberikan ruang dan peluang untuk berjaya dalam hidup. mesti diingat segala usaha itu mestilah diiringi dengan doa kepadaNYA. panjang pulak i melalot, oh ya pasal keje i yang skrg ni, sebenarnya i keje kat kilang membuat makanan ringan. alahhhh wise cotagge fries tu!!! waktu mula-mula keje sini dulu dah macam jakun pasal tiap-tiap hari jumaat akan bawak balik cottage fries tu sorang satu beg palstik besar. tapi skrg ni dah rasa jemu pulak.... dah tak larat nak makan. bawak balik umah pun bebudak dah menyampah nak makan. i siap bagi adik beradik dan jiran mana yang datang ke umah. uolls nak? kalo nak........ nah ambik ni.............


sila abaikan packaging gambar misai tu yer!



nota piede : dah naik lebam makan cottage fries neh.....

Tuesday, July 12, 2011

Ikan Masin Kurau Masak Lemak


hello uolls....
dah lama jugakkan i tak masukkan entry resepi air tangan i
oklah... oleh kerana hari ni hari bekerja
dinner tadi i masak yang mudah jer
apa jer ada dalam peti sejuk
i bongkar-bongkar asalkan boleh dijadikan lauk
so.... i teringat last 2 weeks 
kawan en pai ada bagi ikan masin kurau dari kuching
nenas pun ada jadilah menu meletops i dinner tadi ni
hahhahhh apa dia? ohhh nak resepi
oklah.... jap eh..... nah ambik neh!

bahan-bahan :
potongan saiz kesukaan ikan masin kurau
nenas saiz kecil (hirisan memanjang) - rebus sekejap
200ml santan / 1 biji kelapa parut (perah santannya)
1/2 biji hirisan bawang besar
1 biji bawang putih (kalo tak nak pun tak pe) - tumbuk
15-20 biji cili padi (kalo sembelit kasi 1 guni) - tumbuk
kunyit serbuk
asam keping
gula
garam

cara-caranya :
masukkan santan, bawang besar, bawang putih, cili padi dalam periuk
masakkan bahan tadi di atas dapur dengan api sederhana
masukkan kunyit serbuk ikut kepekatan warna kesukaan
biarkan mendidih seketika dan masukkan ikan masin kurau
kemudian masukkan nenas, asam keping, gula dan garam secukupnya
bila dah agak mesra, tutupkan api dapur
sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba!

cheers!


Sunday, July 10, 2011

Sesuci Hati Kami

salam petang uolls....
entry ni adalah sorotan dari perhimpunan suci yang diadakan
pada jumaat lepas kat mid valley
memang best.... hapening!
walaupun tak ramai yang dapat turut serta
tapi kekecohan kami dah macam sekampung riuhnya
pada i perhimpunan last minute plan ni memang sangat tepat pada namanya
semua memori yang dah terakam tu adalah benar2 suci
sesuci hati kami
kemesraan, keakraban, keseronokkan dan keceriaan
yang tak terjangka oleh kami semua
benar-benar mengundang bahagia di hati masing-masing
setiap saat berdetik tidak langsung kami persia-siakan
segalanya penuh dengan cerita ceriti kami
saling bertukar pendapat, cerita tentang kebahagian diri dan keluarga
nasihat menasihati dan berkongsi pengalaman suka dan duka
insyaAllah kisah ini takkan terhenti disini
selagi ada hati yang suci persahabatan ini
akan kekal sampai mati
nah...uolls lihatlah sendiri!




kebahagian itu kita yang cipta, jadi janganlah persiakannya......



nota piede : akan cuba menjaga persahabatan ini sebaik-baiknya.....

Friday, July 8, 2011

Perhimpunan Suci

salam jumaat uolls
amboi-amboi..... basah rambut nampak!
hahahhahaaa maklumlah malam keliwon datang lagi
hahhhh tgh orang dok sibuk-sibuk pasal perhimpunan bersih tu
ni ada lagi satu perhimpunan yang lagi gempak tau!!!
perhimpunan suci

yang akan dihadiri oleh i dah tentunya lahkan
kakak shiela kita, tina othman, qaseh nilamsari, chenta ku'in
dan kemungkinan juga mummy vogue, nor azlin, aziati salehah, ibu darwisy, mrs emylyana aloya!
perhimpunan suci ini akan diadakan di midvalley megamall
kepada sesapa yang nak turut serta, silakan... lagi ramai lagi meriah
diharap perhimpunan suci ni akan mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kita
sambil-sambil kita bershopping, makan-makan dan minum-minum
ok uolls.... perhimpunan suci ini akan di update di entry seterusnya
bye!

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #5

hello uolls!




Monday, July 4, 2011

Semangat Membara

assalammualaikum...
selamat pagi uolls!
just nak bagi tau uolls that i rasa macam terkilan sangat terlepas satu perkara yang tak sepatutnya i terlepas!
ni semua gara-gara weekend i yang terlalu sibuk nak mati, sampai tak de can nak mengadap blog.... frust betul i tau. sabtu dan ahad lepas, i memang tak duduk diam kat umah. bukan apa, sebenarnya i kena bawa mak i pergi beli barang2 persiapan untuk ke umrah. sekali sekala mak kita minta tolongkan, takkan kita tak boleh luangkan masa sikit. lagipun dah lama sangat mak i teringin nak berpuasa kat sana..... dan tahun ni niatnya itu dah tercapai. sebagai anak waktu-waktu beginilah kita mesti ada disisi mereka.
oklah straight to the point.... dah jauh pulak i melalot ni. uolls nak tau tak kenapa i berblog? i ni sebenarnya bukan pandai sangat nak bercerita, mengarang ke, ape ke.... tapi bila dah selalu berblogwalking, tiba-tiba timbul pulak perasaan nak ada blog sendiri jugak. uolls tau tak i create blog ni sebenarnya dah lama, tak silap i tahun 2010. tapi i punya 1st entry start baru je bulan april tahun ni. punyalah lambat nak datang semangat tu! so, sepanjang dari bulan april sehingga ke julai ni, supporting dari kawan-kawan dan pembaca-pembaca seolah membakar semangat i untuk terus berblog. apa tak nya, lebih-lebih lagi bila pagi ni dengan tak disangka-sangka followers i dah mencecah 50 orang! memang i tak sangka sangat-sangat dari berblog yang hanya suka-suka tu! memang i akui blog i tak sehebat mana pun, mostly cerita ceriti pun banyak yang pasal hal peribadi, family, friends, resepi istimewa air tangan i dan isu-isu semasa yang i ambil dari bernama. apa yang penting semua entry tu dapat dikongsi bersama buat pembaca-pembaca  i yang setia....semua yang i paparkan itu adalah ikhlas dari hati i tau....
oklah, sempena dengan followers i yang dah mencecah 50 orang ni dan kerna uolls jugaklah semangat i dah membara, i nak ambil kesempatan, dan ianya lahir dari hati kecil i yang tulus ikhlas, buat semua pembaca-pembaca yang setia terima kasih banyak-banyak kat uolls especially semua followers i yang dah banyak support kat ~MeLuvAmirAmira~ jasa uolls tu tak terbalas rasanya. semoga kita semua ni sama-sama berblog dengan cara yang sihat. i harap tidak ada mana-mana pihak pun menjadikan blogging ni sebagai medan pertelingkahan. anggaplah blogging ini adalah medan informasi yang tiada sempadan untuk kita sama-sama berkongsi. thanx again and luv uolls!

cheers!


Saturday, July 2, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

morning uolls!
oklah tak nak cerita panjang hari ni
oleh kerana bulan julai baru je bertandang
meh kita kasi gegar sikit!!!


i memang tengah bersemangat gila ni
lagipun time nilah i boleh dapat ramai kenalan
makulmlah i ni kan baru je berjinak dalam dunia blogging
so uolls apa tunggu lagi
mehlah join sama!

soalan cepu emas i :
pada pendapat uolls, adakah blog memainkan peranan sebagai media informasi tanpa sempadan?
apakah faktor utama uolls berblog?
adakah setiap pengisian yang infomatif dalam sesuatu entri itu kesampaian pada pembaca blog?

cheers!

Friday, July 1, 2011

Korek Sampai Dalam!


uolls.... mancung tak hidung i? he he he
entry kali ni i nak cerita satu perkara yang ada 
kena mengena pasal hidung
semua orang tau hidung adalah pelengkap wajah kita
cuba uolls bayangkan kalau kita tak de hidung
scary kannn....! 
hidung kita ni pun ada berbagai-bagai bentuk
ada yang mancung, kemek, kembang, kuncup, besar, comey
kegunaanya pun tersangatlah penting
dengan adanya hidunglah kita dapat bernafas tetiap hari
uolls bangga ada hidung kan? nak nak lagi yang
sihidung mancung.... ala2 shah rukh khan atau kojol kajul tu
tapi kalau dah terlebih bangga pun ada hidung mancung
rajin pulak tu nak menjaga dan membersihkannya
tak payahlah sampai buat kerja depan khalayak ramai
jangan korek hidung depan orang!
buruk perangai tu.... geli orang menengoknya
tabiat orang suke korek hidung ni pun ada bermacam-macam
ada yang suka korek hidung dalam keta bila berhenti traffic light merah
pantang betul i kalau nampak orang korek hidung dalam keta ni
ada tu yang sampai nampak macam nak tembus jari kat dalam otak kau

ada juga orang yang suka korek hidung dalam bas, lrt atau komuter
hah.... yang ni memang tak bleh blah!!!
diorang ni macam tak sedar ke ada ramai orang kat sekeliling yang perhatikan
cuba bayangkan tetiba nasib uolls tak berapa baik
dapat pulak tempat duduk sebelah dengan orang yang tabiat buruk ni
korek hidung tu dah satu hal
siap gentel-gentel lagi bijih dalam terowong tu
dah tu bertaburan pulak kat atas paha yang menggentel tu
angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan beberapa cebisan bijih
disisi uolls atau kat kerusi tempat uolls duduk tu...... hampehkan!
haissss!!!! hormatlah sikitlah hoiiiii!!!!!!

hah! satu lagi korek hidung depan tv
tabiat yang macam ni pulak kena tengok pada keaadaan
kalau memang dah sorang-sorang tengok tv sambil mengorek
suka hatilah nak buat apa pun kan
tapi kalau dah tau ada orang kat sebelah kita
faham-faham sendiri je lah!



memang semua orang tahu yang kita disunatkan
untuk membersihkan terowong hidung kita tu
tapi biarlah kena dengan tempat dan masanya
kan elok pagi-pagi kat dalam bilik air sebelum mandi tu
kita bersihkan je dulu terowong tu
hah.... waktu ni tak de sapa pun yang nampak
nak korek sampai dalam pun tak pe
nak gentel-gentel, nak jentik-jentik pun boleh!
tak de orang yang nak marah
tak de orang yang nak buat muka
tapi kena ingat juga.......
kalau terpelanting dan melekat kat dinding tu
bersihkanlah dulu ye sebelum keluar bilik air!
oklah, i'm sorry...... kalau ada yang terasa
bukan apa sebagai manusia tak salah kalau
kita sama-sama ingat mengingatkan
perkara yang baik kita jadikan tauladan
perkara yang buruk kita jadikan sampan sempadan

cheers!

nota piede : memang suka korek hidung dalam bilik air!....alamak terpecah suda!!!

Peluang Kedua


salam jumaat semua
selamat datang kebulan baru
so how's your day?
hopefully uolls akan lebih rasa ceria dan gembira
dan yang paling penting adalah kesihatan
kita mesti lebih rasa cergas dan cerdas
hari berganti hari
bulan berganti bulan
berbagai kenangan dan peristiwa telah berlalu
adakah kita rasa bahagia?
adakah kita telah membahagiakan?
adakah kita dibahagiakan?
atau sebaliknya...........
ada tak kita menyakiti hati sesiapa?
sama ada sengaja atau tidak sengaja?
kalau ada..... adakah kita rasa menyesal?
rasa menyesal itu adalah lebih baik
dan sebagai manusia kita perlu memberi peluang kedua
tak usahlah kita asyik bertelagah
hanya kerana sesuatu perkara kecil
kalau besar sangat pun kesalahnnya
uraikannya dengan jalan pendamaian
tak rugi mana pun kita buat semua itu
malah akan lebih dipandang tinggi dan mulia
bila kita sentiasa memohon maaf dan memaafkan


nota piede : akan cuba buat yang terbaik dalam ikatan persahabatan dan berharap agar diri ini sentiasa disenangi.......


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com