The Ads

Search This Blog

Saturday, August 27, 2011

Sementara Tunggu Sahur...

sebenarnya pada minggu lepas lagi i dah janji dgn hanah nak buat kuih raya. memandangkan mood tak mari lagi so i diamkan ajelah. nasib baik si hanah ni tak sibuk bertanya!

on the way balik dari opis td, tetiba i rasa macam bersemangat pulak nak buat kuih raya. maybe jugak pasal jumaat adalah last day before i start cuti raya! yahuuu! so lepas je berbuka tadi i bawa itu three stooges pegi giant temankan i beli barang nak buat biskut cornflakes rangup!

agenda mengonflakeskan diri bermula sekitar pukul 12 malam... tak sangka jugak i itu three stooges yang sanggup bersengkang mata nak menyiapkan biskut cornflakes ni! 






lepas satu loyang ke satu loyang kitorang masukkan adunan ke dalam oven, dan lepas tu jugakla sorang demi sorang surrender terus cabut naik ke bilik tido! haiii bebudak ni...orang lain yang beria- ia, mama jugak yang kena settle kan saki baki biskut cornflakes tu.... hmmm nasib baikla i ada mer'maid' yang boleh tolong!




hahhh inilah hasilnya keje separuh jalan hanah dan chal...huhu! ....... i siap tambah untuk satu adunan lagi tau! pengsannnn! oh ya..... resepi biskut cornflakes rangup ni i dapat dari my beloved cousin ....noorfarahaida.... tapi i modified sikit resepi ni dengan tambahkan kismis hitam...hehehe..... slalunya setiap tahun i akan minta cousin i ni yang buatkan, tapi dah si hanah sibuk sangat nak buatkannn so i layankan je lah! 




uolls dah buat biskut raya?????



Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri



di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja, mungkin ada kalanya saya terkasar bahasa, komen-komen yang menyinggung perasaan dan tulisan-tulisan saya yang tidak menyenangkan sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.

semoga lebaran kita kali ini akan lebih dirahmati dan diberkati oleh NYA. saya juga mengharapkan agar semua sahabat saya di alam maya khususnya kepada pembaca setia MeLuvAmirAmira berbahagia bersama  keluarga tersayang di hari yang mulia ini. terima kasih juga yang tidak terhingga di atas sokongan semua sebagai pembaca yang setia.

kepada sesiapa yang balik beraya di kampung halaman, pesanan saya berhati-hatilah ketika memandu dan jagalah diri baik-baik. dalam keseronokan kita menyambut syawal, jangalah lupa pada mereka yang memerlukan. bersederhana adalah lebih mulia. akhir kata sambutlah salam aidilfitri dari saya dan keluarga khas buat kalian semua.

Nak Menang Merdeka!

pagi tadi i terpaksa bangun awal sikit pasal nak menyiapkan si hanah dan chal. hari ni diorang ada pertandingan menyanyi lagu merdeka kat sekolah..... haishhhh macam manalah gamaknya diorang eh? harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. semalam si hanah dah pesan yang cikgu kata kena pakai baju kurung dan make up cantik-cantik. so i apalagi dengan kepakaran yang ada memang terserlahlah kecomelan hanah lepas di make up! cewahhhhhh masuk bakul angkat sendiri! si chal pulak kena pakai baju melayu dan bersamping bendera malaysia. hhmmmm jenuh jugaklah hari tu menjahit bendera nak disambungkan menjadi samping. wahhhh terserlah kehenseman chal bila bersampingkan bendera. dah macam arwah sudirman masa buat show merdeka dulu je kebetulan pulak cikgu memang suruh chal nyanyi lagu merdeka arwah sudir! masa hantar diorang pagi tadi kat sekolah, i rasa bangga sangat bila dua-dua pun mewakili kelas untuk pertandingan tu. haiiii kemanalah kuah kalau tak tumpah ke nasi. mewarisi bakat seni mama dia ni! huhu terlebih suda! bagus jugak cikgu sekolah diorang ni buat pertandingan macam ni sempena menyambut hari kemerdekaan, bukan apa dari keciklah kita kena terapkan dalam hati jenerasi muda ni untuk cintakan negara sendiri dan tau sejarah kemerdekaan malaysia kan! mama harap hanah dan chal dapat hadiahkan kemenangan supaya menjadi kebanggaan cikgut nora dan cikgu rosidah ok. tapi tulah yang frustnya dek kerana tergesa-gesa pagi tadi i tak sempat nak ambik gambar diorang...potong betul lahhh!



nota piede : hanah, chal buat betul-betul tau. nyanyi lagu merdeka kena bersemangat. mama doakan anak- anak mama menang dalam pertandingan hari ni.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 25, 2011

Testing Testing Testing

Muahuahuahua..... saje je ni nak testing! baru download blogger-droid dalam tab ni. hihihi jadi tak ni, kalo jadi lepas ni senanglah nak update blog all the time.


nota piede : kes bila dah bosan kat opis, cari ape je mende nak di download!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Macam Setahun Tak Makan!

bila cerita je pasal anak-anak, memang bermacam ragamkan diorang ni! kadang-kadang tu naik geram jugak kita ni dibuatnya bila anak-anak ni buat perangai. tapi bila nengok time diorang ni tido, alahai..... sayu pulak rasa hati ni, mulalah perasaan sayang tu bertambah meluap-luap dan pelok diorang tak lepas-lepas. ni i nak cerita sikit pasal perangai si little faidhi tu. sekarang ni umur faidhi dah masuk 2 tahun 9 bulan. selalunya budak yang umur dah macam ni kalau bab makan tu mesti dah teror kannn! tapi little faidhi ni tak macam tu, boleh dikatakan dia makan nasi atau apa-apa je makanan yang agak berat lebih kurang seminggu sekali. paling banyak pun 3 kali. kadang-kadang tu naik risau i dibuatnya. risaukan kesihatan dia, yalah.... kalau tak makan betul-betul takut badannya jadi lemah, nanti mulalah macam-macam penyakit yang nak menghinggapkan. tapi kalau bab minum susu memang little faidhi is no 1. dia memang kuat minum susu, satu hari dia akan minum susu lebih kurang 8-10 botol. pengsan jugakla baba dia kena beli stok susu tiap-tiap bulan..... 

sejak bulan puasa ni, little faidhi memang pengacau yang paling ganas bila mula je kitorang nak buka puasa. selalunya time berbuka tu jugaklah dia nak i tidokan dialah, suruh tepok dialah, nak susu yang i je buatkanlah, nak dukunglah..... haishhhh geram betul dibuatnya. bila kita suruh dia makan, katanya 'adhi kenyangla'.......hahahhaaha uolls nak tau dia ni memang keletah sangat dan cakapnya pun tak pelat. bila dengar dia celoteh memang dah macam budak umur 4 tahun je! selalu yang kena ceramah dia, abang chal dan kak hanah dialah!

semalam time berbuka little faidhi kata dia lapar sangat. bila kitorang dengar macam rasa ya tak ya je..... siap dah warning dia tu suruh makan betul-betul. uolls nak tau apa dia jawab 'adhi tak notti la'..... lepas dah sendukkan nasi dan sikit lauk kat dia, tetiba kitorang semua berpandangan diantara satu sama lain! ehhhh betul ke faidhi ni??? bila tengok dia makan, i lah yang paling rasa happy sangat..... bersungguh-sungguh betul dia makan. dah macam orang setahun tak makan lagaknya!.... faidhi.....faidhi......kalau tetiap hari makan macam ni kan bagus.







nota piede : mama nak adhi makan macam ni tiap-tiap hari ya.....

Monday, August 22, 2011

Nasi Ambang

salam ramadhan yang ke 21 untuk semua.....
hahh cuti hujung minggu macam ni uolls masak apa ek? ke..... uolls berbuka kat luar jek? maklumlah hari minggu mesti nak bawa anak-anak shopping baju raya kan? pas tu bolehlah berbuka kat luar sekali. hhmmm panjang pulak celoteh i ni..... oklah, sebenarnya hari ni i nak share resepi tradisi orang jawa. dapat arahan dari orang atasan en. pai lah, menu nasi ambang..... kalau dah orang jawa tu jawa jugak kann!



kepada sesapa yang tak tau nasi ambang ni, untuk menyiapkan satu hidangan nasi ambang memerlukan banyak bahan-bahan ya. so selalunya nasi ambang ini wajib ada bahan-bahan seperti nasi putih, ayam masak ungkep, mee goreng, serunding kelapa, sambal goreng jawa, ikan masin bulu ayam dan daun pisang.

jom layan resepi!

ayam masak ungkep


bahan a (dikisar) :
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi

1 ekor ayam (dipotong 16)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
halia (dihiris nipis)
2 batang serai
1 liter air
garam secukupnya

cara-caranya :
mula-mula panaskan minyak dan tumis halia sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak. kemudian masukkan serbuk ketumbar dan jintan putih, kacau seketika. lepas tu bolehlah masukkan ayam, balik-balikkan segingga ayam agak kecut. kemudian masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukupnya. bolehlah di kacau sekali sekala dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat. 

mee goreng 'ambeng'


bahan-bahan :
1 peket mee kuning
taugeh 30 sen - i tak letak pun
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar kicap manis

bahan untuk ditumbuk :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar udang kering

cara-caranya :
tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga naik minyak. masukkan kicap dan sedikit air. lepas tu masukkan mee dan gaul rata. rasakan garam secukunya.

sambal goreng jawa


bahan a (dikisar) :
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
belacan
asam jawa secukupnya

kacang panjang (dipotong serong)
cili merah (dipotong serong)
cili hijau (dipotong serong)
pucuk tauhu
soh on
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar kicap manis
air secukupnya
garam secukupnya

bahan b (dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu)
1 peket tempe
2 keping tauhu
2 biji kentang
500gm pedal + hati ayam
udang saiz sederhana

cara-caranya :
tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. kacau seketika sehingga garing. kenudian masukkan santan dikuti dengan kicap manis. rasakan garam secukupnya. kacau lagi dan kemudian masukkan sedikit air ikut keperluan. lepas tu bolehlah masukkan kacang panjang dan gaul rata. kemudian masukkan pula cili merah, cili hijau dan pucuk tauhu. kacau seketika dan diikuti dengan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. gaul rata dan akhir sekali masukkan soh on. kacau lagi sehingga semua nampak mesra.

serunding kelapa


bahan a (dikisar) :
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintah putih
3 sudu besar ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

1 biji kelapa parut
2 sudu besar cili boh
air asam jawa secukupnya
1/2 cawan gula merah
garam secukupnya

cara-caranya :
goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan. ketepikan sebentar. tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan kacau sehingga naik minyak. masukkan gula merah dan biarkan sehingga cair. lepas tu masukkan pula air asam jawa dan garam secukupnya. biarkan atas api kecil sehingga agak pekat. akhir sekali masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. gaul rata dan sehingga kelapa nampak agak kering.

selamat menjamu selera!

Friday, August 19, 2011

Ketam Pecah Telur





bahan-bahan :
5 ekor ketam bunga (dipotong dua)
2 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 - 3 sudu besar cili boh (bergantung kpd kepedasan memasing)
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur
1 batang serai (dititik)
Air secukupnya
Garam

cara-caranya :
mula-mula panaskan minyak dalam kuali. tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah diblend/ditumbuk halus. kacau sehingga tumisan terbit minyak. masukkan sos tiram dan air secukupnya bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki. rasakan garam secukupnya. kemudian masukkan ketam dan serai. biarkan ketam masak dan sehingga mesra dengan kuahnya. akhir sekali pecahkan sebiji telur dan balik-balikkan ketam sehingga telur rata bersama kuahnya.
sedia untuk dihidang....


KAMI BLOGGER PRIHATIN

assalammualaikum semua...



RM3 juta menjelang syawal yang IRM perlukan untuk somalia tidak mustahil. insyaAllah akan tercapai matlamat kalau ramai lagi blogger di luar sana yang join segmen ni.

segmen ni adalah sebagai tanda sokongan para blogger terhadap kempen tabung kemanusiaan somalia anjuran IRM.


sempena bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menderma kepada mereka yang memerlukan. fikirkanlah kepayahan mereka mencari sesuap nasi dan kepayahan mereka menanggung berbagai jenis penyakit dek kerana kebuluran yang menghimpit. 

tidak terdetik kah di hati kalian akan kesengsaraan mereka itu? fikirkanlah.... renungkanlah.... sesungguhnya tangan yang menghulur adalah lebih mulia dari yang menerima....


nota piede : panjatkan kesyukuran di atas apa yang kita ada....




Happy Bila Teringat!

hello uolls.... dah lama sangat rasanya i tak update blog ni kannn! ni bukan lagi bersawang dah ni, dah penuh dengan habuk tebal, bangkai cicak, lipas, nyamuk, lalat sume pun dah ada. ntah nape i pun tak tau.... tetiba kentandusan idea, maklumlah bulan puasa. bila badan letih otak pun jadi penat so mana nak datangnya idea tu kan. sebenarnya ada banyak gambar-gambar yang i dah ambil bila ada agenda-agenda besar i dan family. semua tu kononnya nak di update dalam blog tapi dek kerana penyakit malas ni dah menular satu badan semua tu simpan terperok je dlm henpon.....
oklah kita mulakan entri baru yang dah lama....eh apa i merepek ni! betula cite yang dah sejuk...... sejuk-sejuk pun, bila i nengok semua gambar-gambar tu i rasa happy sangat. 

gambar ni diambil masa i dan family belah en. pai celebrate birthday abah (fil) dan en. pai kat umah cousin vouge kitorang 'ahloha'. abah n en. pai birthday selang sehari jer, tu yang tiap-tiap tahun mesti celebrate besar-besaran! menu malam tu dah tentu-tentulah special. semuanya dimasak sendiri oleh kak ahloha kita ni..... masakan dia mabeles tau! 








tapi kalo ada agenda berkumpul adik bradik, sanak saudara ni yang paling meriahnya ialah budak-budak.... yelah time nilah derang nak jumpa seronok-seronok. yang si ayah, papa, baba, daddy ni semua pun time nilah nak berborak-borak panjang, mcm-mcm cite - pasal bola, golf, hal semasa, kerja..... eh nak cite pasal kerja jugak....hhhmm lelaki kannn. hah yang si mak, ibu, mama, umi, mummy pulak kebanyakkannya cite pasal anak-anak, shopping, resepi dan perkara yang mesti tak tinggal..... gossip! hahahahahaha hai.... tulah pompuan kann!



nilah kek for birthday celebration malam tu....yummy!!! memang sedap sangat kek ni plus pulak dgn coffee.... peerrrggghhhhh memang mabeles!!!


nota piede : kepada kak ahloha, thank you so much organised family party ni. you really our super cousin! lebiu...mmuahhh!




Thursday, August 18, 2011

Masa Ni Lah....


bila bulan puasa, masa yang paling seronok bila adik beradik berkumpul. so last week i dan adik-adik plan buka puasa sama-sama. selalunya rumah i lah port yang paling utama. maklumlah kakak yang sulong so adik-adik kena mengadaplah kannn! menu masakan pun i yang akan decide pasal yang tukang masaknya pun dah tak de orang lain lagi kalau tak akakkkkkk ni jugak! uolls nak tau i masak apa hari tu?... hmm i buat nasi ayam hainan, 2 ekor ayam panggang dan kuih talam ubi.....ni sume air tangan sendiri tau! adik bongsu i beli mertabak singapore dari bazar ramadhan kat keramat. tapi yang buat kitorang adik beradik happy sangat-sangat bila tengok wajah mak yang ceria tu. tapi dalam pada tu tersentuh juga hati ni.... ntahlah i rasa sayu, maybe sebab ayah dah tiada....lebih 18 tahun jugak kitorang adik beradik dan mak berbuka puasa tanpa ayah.........sedih.


nota piede : semoga arwah ayah tenang di sana... al fatihah


Terhenti Di Sini - Asfan






Cinta Teragung - Hazama





nota piede : favourite song chal...

Tuesday, August 16, 2011

Lidah Masak Merah

ok uolls semua..... hari ni mari kita share resepi esotik sikit! lidah lembu ----> all time favourite en. pai i....




bahan-bahan :
lidah lembu (direbus dulu sampai empuk kemudian dihiris)
2 ulas bawang putih (diracik)
1cm halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji capsicum
1 batang serai (dititik)
daun limau purut
2 - 3 sudu besar cili boh (ikut kepedasan memasing)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam secukupnya

cara-caranya :
mula-mula panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bawang putih, halia, serai dan bawang besar. kacau seketika sehingga naik bau. lepas tu masukkan sos tomato dan sos tiram. kacau seketika dan masukkan air ikut banyak kuah yang uolls kehendaki. rasakan garam secukupnya dan akhir sekali baru masukkan capsicum dan lidah yang telah direbus tadi. biarkan lidah mesra dengan kuahnya dulu dan sedia untuk di hidangkan.

selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

Less Than Perfect - Pink




Made a wrong turn, once or twice
Dug my way out, blood and fire
Bad decisions, that's alright
Welcome to my silly life

Mistreated, misplaced, misunderstood
Miss "No way, it's all good," it didn't slow me down
Mistaken, always second guessing, underestimated
Look, I'm still around

Pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than, less than perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel
Like you're nothing, you are perfect to me

You're so mean when you talk about yourself
You were wrong
Change the voices in your head
Make them like you instead

So complicated, look how we all made it
Filled with so much hatred, such a tired game
It's enough, I've done all I can think of
Chased down all my demons, I've seen you do the same

Pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than, less than perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel
Like you're nothing, you are perfect to me

The whole world's scared, so I swallow the fear
The only thing I should be drinking is an ice cold beer
So cool in line, and we try try try
But we try too hard and it's a waste of my time

Done looking for the critics, 'cause they're everywhere
They don't like my jeans, they don't get my hair
Estrange ourselves, and we do it all the time
Why do we do that? Why do I do that? Why do I do that?

Yeah, oh, oh baby, pretty baby

Pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than, less than perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel
Like you're nothing, you are perfect to me

You're perfect, you're perfect to me
Pretty pretty please, if you ever ever feel
Like you're nothing, you are perfect to me


Rolling In The Deep - Adele

me luv to hear this.....



There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare

See how I'll leave, with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark

The scars of your love remind me of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat

Baby, I have no story to be told
But I've heard one of you and I'm gonna make your head burn
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there as mine sure won't be shared

The scars of your love remind you of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat

Could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it with a beating

Throw your soul through every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow

(Now I'm gonna wish you never had met me)
We could have had it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
We could have had it all

(Now I'm gonna wish you never had met me)
It all, it all, it all, it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

(Now I'm gonna wish you never had met me)
We could have had it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
Rolling in the deep

(Now I'm gonna wish you never had met me)
You had my heart and soul
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
And you played it to the beat

(Now I'm gonna wish you never had met me)
Could have had it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
Rolling in the deep

(Now I'm gonna wish you never had met me)
You had my heart and soul in your hand
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
But you played it, you played it, you played it to the beat


Asam Pedas Ikan Tenggiri





Bahan-bahannya :
3 - 4 kepingan ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
Segenggam daun kesum
2 sudu cili boh
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris
2 biji terung bulat - dibelah 4
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan yang dikisar :
7 biji cili merah
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5cm kunyit hidup
3cm Belacan 

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan cili boh. Biarkan seketika sehingga garing. Kemudian masukkan pula bahan-bahan yg dikisar sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Tambahkan air ikut keperluan masing-masing, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan terung terlebih dahulu, kemudian barulah masukkan ikan dan daun kesum, kacau perlahan dan biarkan mendidih. Kecilkan api dapur dan biarkan seketika sehingga terbit minyak. Bila ikan dah mesra dgn kuahnya, tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!


Ikan Tenggiri Goreng Berlada

bila dah ketandusan idea menu berbuka i masak lauk yang simple je. lagipun masa suntuk sangat balik dari opis sampai kat rumah pun dah pukul 6.45pm..... jom kita layan resepi simple tapi sedap ni!




bahan-bahan :
3 keping ikan tenggiri
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
garam & gula secukupnya

cara-caranya :
goreng dulu ikan tenggiri tu dan ketepikan
tumbuk cili merah, bawang besar, bawang putih dan halia
kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi
bila dah garing dan naik minyak masukkan
sos tomato, sos tiram, sos ikan dan garam & gula secukupnya
masukkan sedikit air dan kacau seketika
hingga terbit minyak
bila semua dah nampak mesra masukkan
ikan tenggiri yg telah digoreng tadi
balik-balikkan dan sedia untuk dihidang


senangkan.... walaupun menu ni simple tapi terangkat jugalah
bila kena dengan nasi panas! 

selamat mencuba...

Wednesday, August 10, 2011

Roti Jala & Kari Ayam

setiap kali bulan puasa je, i dapat tender catering roti jala. cewahhh yo yo oo je! macamlah supply ke restoran sangat! hehehe....tak de la.... sebenarnya my hero 'chal' tu ahh yang suka sangat berbuka dgn roti jala. kalau beli kat bazar ramadhan tak tentu lagi sedapnya, lebih-lebih lagi kari ayam. air tangan sendiri jugak yang best, rasa lemak2 sikit, lembut je dan yang paling penting kebersihan dalam penyediaannya kann? nak kata roti jala i mabeles sangat pun i tak gerenti arrr terpulang pada tekak memasing....yang pastinya all my kids kalau dah mengadap roti jala mesti sampai licin lebih-lebih lagi si 'chal' tu!!! jom layan resepi roti jala method i.......





roti jala

bahan-bahan ( untuk 1 adunan) :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan (i pakai santan kotak sri harmuni je)
1 biji telur ayam
2 1/4 cawan air (bergantung pada kualiti tepung)
sedikit serbuk kunyit (asli) atau pewarna kuning (moden)
garam secukupnya

cara-caranya :
masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam bekas. kacau sehingga adunan sebati. kemudian masukkan kedalam blender dan blend sehingga adunan menjadi gebu. tuangkan adunan yang gebu tadi kedalam bekas dan bolehlah mula menjala ikan dengan acuan roti jala tu yer! 



kari ayam



selamat mencuba!

Monday, August 8, 2011

Percaya Pada Ku - Ungu



tetiba macam suka jek dgn lagu ni.....


Heret Semua Sekali


dah lama beno tak update blog....rasanya dah bersawang! hati ni memang meronta-ronta nak ngadap blog tapi apakan daya, nak curi masa walau seminit pun tak dan. lately i memang sangat-sangat buzy kat opis. sejak bulan posa ni, asal balik umah je dah tergesa-gesa menyiapkan juadah berbuka, bila dah malam sikit badan pun dah penat.... mata pun dah macam digam-gam. asal masuk kul 11 malam je i dah hanyut......zzzzzzzzzzzzz

tapi last friday night my cousin called ajak gi minum kopi dan lepak-lepak kat taipan. nasib baik esoknya tu cuti, so i n hubby angkut itu kanak-kanak riang dengan bibiknya sekali kluar gi mengopi kat taipan! larat tak larat jugaklah kanak-kanak riang tu bersengkang mata sampai kul 2 pagi.....hahahhahahahaah

yang paling hebat sekali malam tu adalah si tecik.....amboi bukan main lagi siap menari shuffle bila band tu start menyanyi. okalah tu ada gak peminat tecik kalo tak pompuan tu macam nyanyi sorang-sorang, pasal sume yang datang tak heran pun nak tengok band tu.....huhu!




nota piede : yang heran tu..... mana dia belajar shuffle pun i tak tau.....

Wednesday, August 3, 2011

Onde Onde Buah Melaka

menu berbuka yang dirancang nampaknya tak menjadi
apsal ntah hari ni jam sangat
sampai kat umah dah pukul 6.45pm
so panaskan apa je lauk saki baki semalam dan goreng karipap
nasib baik en. pai beli rendang daging, apam balik dan roti boom
so i cuma sempat buat kuih ni jer





bahan-bahan
10 helai daun pandan (diblend dan tapis airnya)
1 cawan tepung pulut
Gula melaka (dipotong kecil)
pewarna hijau (kalau rasa nak lebih sikit colour hulk nyer!)
kelapa parut (seeloknya ditaburkan sedikit garam dan distimkan)

cara-caranya :
adun tepung pulut bersama air daun pandan yg sudah dititikkan sedikit pewarna hijau
gaulkan sehingga sebati dan menjadi satu doh
ambil sedikit adunan sebesar ibu jari
tekan ditelapak tangan dan masukkan gula melaka ditengah-tengah
tutupkan gula melaka dengan membulatkan adunan tadi
masukkan adunan yang sudah siap didalam rebusan air yg mendidih
bila onde-onde tu timbul maknanya kuih dah masak
kemudian gelekkan didalam kelapa parut 


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

salam sayang buat semua.....
rasanya masih belum terlambat untuk i ucapkan selamat berpuasa
kepada sesapa pun yang menjengah blog ini
dek kerana kesibukan tugas seharian
blog kesayangan ini i lupakan seketika

*********************************



kembang melati sungguhlah indah
di tengah taman jadi hiasan
harum ramadhan tercium sudah
salah dan khilaf mohon dimaafkan

bunga teratai indah berseri
kuntuman mekar mencuit hati
bersihkan hati sucikan diri
tunaikan ibadah setulus hati

********************************

selamat berpuasa dan salam ramadhan dari i sekeluarga


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com