The Ads

Search This Blog

Sunday, September 25, 2011

Balik Dah!
















tup tap tup tap dah 3 hari 2 malam kitorang kat PD. cepat betul masa berlalu. bila cakap nak balik jer mulalah muka hanah dan chal monyok! budak-budak kann tak mananya puas. walau berjam jam berendam dalam laut dan nak pengsan kepenatan pun masih tak puas bermain bila bercuti. oklah i nak cerita agenda kemuncak dihari terakhir. lepas jer perut diisi dengan menu lunch oleh uncle tu dah tentu-tentunya lah sesi fotografi menjadi acara kemuncaknya! tapi yang bestnya kali ni sesi fotografi kitorang, semua mesti mengenakan baju raya. lagi pun last weekend raya kan dan tujuan semua saudara mara berkumpul ni pun selain dari bercuti memang nak beraya sekali, maklumlah masing-masing kan duduk jauh, yang satu kat melaka, yang satu lagi kat johor dan selebihnya merata rata kat kawasan selangor. mana yang duduk jauh tu dah tentulah susah nak jumpa slalu, tapi yang sesama kawasan dalam selangor pun tak juga dapat jumpa slalu. abisss kalo dah semua sibuk je dengan tugas harian masing-masing. so bila plan buat gathering macam ni memang semua rasa happy sangat. selesai jer sesi fotografi, masing-masing sibuk berkemas pulak. balik dahhh! kalo ikutkan list kehadiran, ramai juga yang tak dapat datang gathering kali ni. tak pe lah, maybe next time bila buat lagi, semuanya dapat datang dan berkumpul. oklah uolls, habis sudah cerita PD. kalo ada lagi percutian yang menarik i akan update yer. sampai jumpa lagi, daaaaaaaa!!!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Sampai Kecut!







lama jugaklah menunggu hujan berhenti tadi! mood anak-anak pun seperti dah menjunam kebosanan. tunggu punya tunggu, akhirnya dalam pukul 11 pagi berhenti jugaklah hujannya. hahhh time ni anak-anak dah macam kemaruk sangat dan tak sempat-sempat nak terjun ke laut. hhmmm layankan jer lah! asalkan korang bahagia yer anak-anak... berjam-jam jugaklah anak-anak ni berendam dalam laut tu, sampai dah naik kecut derang ni dibuatnya...... haishhhhh!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Jom Tarik Selimut





hari kedua di PD, bangun je pagi rasa sejuknya sampai menusuk ketulang sumsum. apa taknya hujan turun mencurah curah! so aktiviti pagi ni nampaknya harus di cancel sudah... para hubby tak ada aktiviti golf yer, all the kids tak dapat turun laut bermandi manda so apa jer yang boleh buat! lepas jer breakfast kita main tarik selimut ler. dahlah bilik sejuk dengan aircond kat luar pulak cuaca mendung, bestnya buat taik mata kannn! jom sambung tido.....


Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 24, 2011

Malam Yang Santai





























angin malam yang bertiup sepoi sepoi bahasa tu merancakkan lagi acara kemuncak makan malam kami di PD. menu yang dihidangkan pun sangat-sangat mavelous! diantara menu menu tu adalah chinese fried rice, garlic bread, bbq chicken, bbq lamb, sotong goreng tepung, fries, potato salad and mix vege salad. memang sedap sehingga menjilat jari tau! semua makan dengan sepuas-puasnya sampai kekenyangan huhu! janganlah kata kitorang pelahap atau gelojoh pulak yer, tapi makanan yang banyak tu mesti dihabiskan, kalo tak membazir namanya hehehe... habis siap jer makan, acara melepak dan bersantai bersambung lagi. kali ni siap diiringi alunan muzik santai yang pelbagai genre seperti r&b, soul, jazz dan ballad. hhhmmm sungguh mengasyikkan sambil kitorang menikmati udara nyaman, berbual bicara, bergurau senda dan gelak tawa. dan tak lupa juga acara yang sangat meriah pada malam kedua ni bilamana semua anak-anak dan bapak budak bergembira bermain bunga api. hahahahahhahahaa fun sangat wehhhh! macam2 kerenah dan keletah yang dapat dilihat bila semua anak-anak masing-masing berkumpul.

huahhhhhhhhhh..... dalam pada i tengah menulis blog ni pun, dah lebih 6 kali jugaklah i menguapppp! bila perut dah kenyang mata pun jadi berat. niat dihati nak teruskan bersantai dengan mereka-mereka yang matanya masih buntang, tapi apakan daya..... i surrenderlah..... memandangkan keletihan yang amat sangat pada petang tadi, i rasa baik i pergi naik atas kebilik untuk acara pejam mata rapat-rapat sampai mimpi. oklah uolls mata i ni dah macam digam-gam. insyaAllah akan i updatekan lagi cerita cuti di PD lepas bangun pagi esok yer. see you tommorrow ok! gud nite uolls......


Published with Blogger-droid v1.7.4

Fun Fun Fun





















hello uolls! dah lunch ke? Mestilah dah kan. oklah meh kita sambung cerita holiday i n family kat PD. hehehe..... lepas je breakfast semua hubby masing-masing dah sibuk bersiap dengan agenda utama mereka. hhhmmm apalagi kalo tak pergi menebas rumput dipadang! hahahahhahahahhhh main golf lah, apa lagi!!!!. itu dah kira acara wajib para hubby kalo bercuti kat bungalow ni. group wifey plak kebiasaannya lepas breakfast agenda utama adalah berlumba-lumba sapa makan jajan paling banyak! hahhahahahhahaha just joking! menguyah semestinya acara wajib, bermacam-macam menda dikunyah~kuih raya, kerepek, kacang, roti naik  dan... dah tak tertaip rasanya...... tapi yang paling syoknya tu chit n chat! time nilah si mama, mummy, ibu dan ummi dapat berkumpul dan bercerita kisah perihal masing-masing. bagi kanak-kanak remaja dan kanak-kanak riang pulak dah tentu tentulah diorang tak sabar nak terjun ke laut! berjam-jam berendam selagi boleh! adooohaiiiii dan ada yang sibuk main pasir, ada yang sibuk main kat playground, main layang-layang dan ada jugak tu yang masih sibuk buat taik mata! yang paling penting kitorang memang betul betul fun n happy kat PD ni. kalo uolls tak percaya, uolls layan jer picture kat atas tuh! seronok tau! oh ya, malam ni agenda yang ditunggu tunggu~BBQ! see u tonight.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com