The Ads

Search This Blog

Sunday, December 25, 2011

Big Boy Don't Cry!


peristiwa di cuti sekolah yang tidak dijangka.....hahahaha! kesian anak mama chal.... actually i dan en pai memang langsung tak merancang nak sunatkan chal pada cuti sekolah hujung tahun ni. semuanya last minute plan, chal pun sebenarnya agak ragu-ragu bila diajukan soalan kat dia......"chal nak sunat tak?"....dengan terpinga-pinga, dia cuma angukkan kepalanya saja. so last week en pai bawa chal bersunat dengan menggunakan kaedah 'smartklamp'. lepas cukup seminggu klamp pun dah dibuka. sekarang ni hanya menunggu luka 'kuku bird' dia kering je! hhmmm anak mama dah jadi herolah sekarang yer!..... mama tau abang rasa sangat sakit dan pedih sejak beberapa hari tu, tapi dengan semangat keberanian abang tu dan daya ketahanan yang kuat membuatkan abang mampu menanganinya. big boy dont't cry hah!


That's My Girl






actually entry ni patut dah di update sebelum cuti sekolah lagi. memandangkan simamanya ni asyik busy je kat office so tak berkesempatanlah jawabnya. kesian princess mama.....baiklah sayang, mama akan sedaya upaya mengupdate apa je cerita anak-anak mama minggu yang agak ada sedikit kelapangan ni.

congratulations my dear hanah! alhamdulillah atas kejayaan anak mama dalam peperiksaan akhir tahun lepas. mama amat bangga dengan kejayaanmu sayang. semoga kecermelangan ini akan terus menyuntikkan semangat buat anak mama agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi. kejayaan hanah adalah kejayaan keluarga kita bersama. mama dan baba akan sentiasa doakan yang terbaik untuk hanah.....dan untuk hero-hero mama juga....chal dan adhi.


Tuesday, December 20, 2011

Where Am I ?


blog bersawang kembali.... rasanya kali ni lagi tebal kot, siap dengan cicak, lipas, tikus mati pun ada. haishhhhh....entahlah bukannya takde mood nak berupdate tapi masa memang betul-betul tidak mengizinkan. lately dah asyik macam biskut chipsmore jek! sekejap ada, sekejap tak ada......kann? eh eh kejap-kejap, ada ke yang tanya ek? macamlah terkenal....hehehe.... suka hatilah kalau nak bagi tau pun. this is my blog okay! kepada sahabat handai dan follower yang setia tu sebenarnya i ni bukanlah kemana-mana pun, outstaion pun tak, oversea pun tak......ada je kat sini. cuma apa yang telah melanda i tu sebenarnya adalah........ni hahhh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kesibukan kat opis menjadi-jadi. setiap hari pulak berjalan dengan terlalu pantas, kadang-kadang tu rasa macam dah tak boleh bernafas dibuatnya. kerja yang setiap hari pun tak dan nak selesaikan sampai terpaksa membawa kepada hari esoknya....haishhhhh......keluhan yang terpaksa dipendamkan bila difikirkan yang itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan......nak cerita pasal pressure atau stress, tipulah kalau i kata tak kann....apa yang penting cara kita mengatasinya. walaupun i terpaksa bersekang mata sampai tengah malam kat opis tapi i cuba mengawal emosi dan keadaan supaya ianya tak memudarakan diri i nanti. itupun juga atas sokongan dari my sayang en pai. kalau tak kerana nasihatnya i mungkin tak dapat kawal segala stress yang melanda. oklah just nak share dengan uolls apa yang i buat bila i rasa stress kat opis. pertama, sampai-sampai je kat opis, cuba mulakan hari kita sebagai hak kita. maksudnya kita yang tentukan semua jadual dan tugas ikut kepentingan kita sendiri. kedua, sentiasa selesakan diri dalam apa jua keadaan. ketiga, jangan terlalu 'perfectionism' bila kita buat semakan dalam kerja-kerja kita. Keempat, bijak dalam memberi keutamaan dalam tugasan kita seharian atau dalam erti kata lain 'prioritize', kelima, cuba legakan stress dengan senyuman and learn how to be happy. Keenam, dengarlah alunan muzik bila kita dalam perjalanan pulang kerumah kerana ini adalah terapi yang mudah dan berkesan. lagipun uolls kena ingat kita mesti letakkan fullstop kepada stress sebelum kita sampai didepan pintu rumah. so my advise pada uolls.................say no to............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


cheers!

Saturday, December 3, 2011

Cinema Time !

orang kata janji mesti ditepati. kalau selalu mungkir janji satu hari nanti takkan ada orang yang akan mempercayai kita lagi.......hahhhh kalau uolls nak tau, inilah ungkapan anak dara i si hanah tu ucapkan kat i sejak dua menjak ni. dah lama jugak i janji dengan my kids nak bawa diorang gi cinema, tapi asyik tak berkesempatan je..... so hari ni janji yang dah lama terikat tu dikotakan.....apalagi marathonlah pulak kann! dahlah dapat tiket free......dan yang selebihnya tambah sendirilah yer! hehehe...... our quality time padat dengan cinema, makan, games and ice cream! yahooooo happy nye kanak-kanak riang dan mak budak riang....huhu!












Thursday, December 1, 2011

Tiga Tahun Lah !

tepat pada jam 10.13 pagi, hari isnin bersamaan 1 disember 2008 dalam operation teather di hospital putrajaya.....kelahiranmu ke dunia ini terus meredakan perasaan mama yang ketika itu sungguh resah gelisah, celaru dan bimbang kerana terpaksa menempuhi berbagai kesukaran dan komplikasi disaat-saat akhir sebelum kelahiranmu itu. pipi mama ini masih lagi terasa hangatnya tubuhmu bila yang menyambutmu itu letak di pipi mama. air mata gembira mengalir tanpa disedari. inilah saat-saat yang paling indah buat sesiapa saja yang bergelar ibu. bahagia yang menerpa langsung lupa akan kesakitan yang dirasai sebelum itu.....alhamdulillah semuanya selamat walaupun berminggu kita di dalam hospital dan bermain dengan pelbagai persoalan. mungkin dah itu bahagian mama, setiap kali mengandung hari yang sepatutnya melahirkan takkan sama dengan tarikh yang telah ditetapkan......mesti akan tunggu dan terus menunggu sehingga lewat dua minggu.....sejarah dari kandungan yang pertama lagi tidak membolehkan mama melahirkanmu secara normal. hadirmu sungguh membahagiakan.........






muhammad amir faidhi...... hadirmu menambah sinar bahagia di hati baba, mama, kak hanah dan abang chal. mama doakan semoga faidhi akan menjadi anak yang soleh, dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, memperolehi ilmu yang berguna dan kehidupan yang sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT...... amin.




nota piede : baba, mama, kak hanah & abang chal loves faidhi so much!


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com