The Ads

Search This Blog

Saturday, November 10, 2012

Kembali Merindu...




Pejam celik pejam celik dah nak dekat hujung tahun.... Sepanjang tahun ni jugalah mood blogging i nun jauh tercampak ke laut.... Siap lemas lagi nasib je tak KO.... Hihihi sorry la yer uolls, bukan apa.... tahun ni i memang betul2 bz.... Kalau ikutkan hati ni banyak na yang nak di update.... Especially resepi air tangan i. Apa je menu yg rasa menarik semua i dah snap picture, tapi bila nak update je masa pulak terhad. Ada yang merindu ke? Hahahhha takde maknanya kann! Angkat bakul sendiri pulak. Yalah sapalah i ni pun kan, takde yang perasan pon..... Tapi kan.... sebenarnya i ni yang merindu tau! Especially blog kesayangan i ni. Kesian meluvamiramira.... Lama sangat menyepi dalam kalangan warga bloggers. Geng2 bloggers pon mesti dah bosan kan, asal datang singgah..... tuan rumah asyik la dok takde. Oklah buat uolls yang masih ada secebis rindu buat meluvamiramira, i akan sedaya upaya mengubat rindu itu tapi tak janji tau! InsyaAllah i akan cuba luangkan sikit masa untuk update cerita ceriti buat tatapan uolls. I pon harap sangat uolls akan sentiasa support i untuk kekalkan meluvamiramira bagi memeriahkan lagi dunia blogger kita ni. Sayang uolls!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan




dikesempatan ini, i dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua bloggers yang rajin menyinggah di sini, sahabat handai, saudara mara dan khususnya buat keluarga tersayang.

semoga ramadhan kali ini akan lebih membawa keberkatan dalam setiap amalan kita dan mendapat kerahmatan dari yang Maha Esa

salam kemaafan buat semua...



Dory Cheddar Cheese


need to eat more fish??? ok, let's have another quick and flavorful dory fish...



cara-cara :
just marinate dory fish tu bersama mc cormick all seasoning purpose. biarkan seketika. lepas tu panaskan 2 sudu besar butter dan grill kan di dalam pan grill. bila dah hampir masak, taburkan dill dan cheddar topping cheese ke atas dory fish dan panggang selama 5-8 minit atau sehingga cheddar cheese cair. selepas itu curahkan lebihan butter dalam pan grill tadi ke atas dory fish yang telah dihidangkan ke atas pinggan bersama potato fries, japanese cucumber dan carrot rebus. 



done! simple kan???

selamat mencuba!!!


Dory Fish With Creamy Garlic


salam uolls! uolls sihat ke? sorry ya.... lama sangat kali ni menghilang. somebody miss me hah??? hahahahahah ..... ok, just a quick one.... simple but so delicious! hhmmmm thumb's up!



bahan-bahan :
dory fish 
salad
150ml fresh milk
potato fries
mix herbs
cumin ground
all purpose seasoning
2 sudu besar mc cormick creamy garlic

cara-cara :
lumurkan dory fish bersama sedikit mix herbs, cumin gound dan all purpose seasoning. biarkan seketika dan panaskan butter lalu grill kan dengan menggunakan pan grill di atas dapur. apabila dory fish dah nampak kuning keemasan bolehlah diangkat. kemudian panaskan butter dalam kuali masukkan creamy garlic kacau dengan cepat diikuti fresh milk. kacau lagi sehingga kuah memekat.



senangkan!!! selamat mencuba...

Thursday, June 7, 2012

The 4 Of Us !


salam petang uolls !
dah lunch ke memasing? ke ada yang diet? me? ntahlahhhh taklah diet sangat.... yang pasti lunch memang kena ambik, cuma dinner i dah kurangkan or kadang-kadang tu tak ambik pun. cukuplah sekadar milo panas or teh panas.....hehehe
oklah mood blogging macam dah datang balik. sebelum terlupa apa benda yang nak di update, baik i mengarut dulu cepat-cepat kan.
oklah secara ringkasnya, nak cerita aktiviti masa cuti sekolah. memang dah lama janji dengan hanah, chal, adhi yang cuti sekolah nak bawa derang jenjalan jauh-jauh sikit..... tapi dek kerana mama and baba masih tak berkesempatan disebabkan tuntutan kerja tu, so i dengan rela hati try jugak curi-curi my time untuk temankan derang jenjalan without my beloved en pai. last monday i pun ambik cuti dan bawaklah derang lepak kat subang parade. just 4 of us! agenda utama seperti biasa watching movie lah.... apa lagi kann! aktiviti ni lah yang memang diidamkan derang and menjadi favourite aktiviti....nasib baiklah company tempat i kerja tu selalu sangat bagi free admission voucher especially for mbo cinema dan tgv.........muahahahahhahahahaaha jomlah layan celoteh-celoteh itu 3 stooges!















nota piede : asyiklah mama dating dengan 3 budak notti..... bila nak dating dengan baba ni???

Wednesday, May 30, 2012

Grill Salmon With Luv

salam uolls!
sejak my en pai kata no nasi for dinner.... asal petang je i mengagau cari idea nak masak apa untuk dinner. haishhhh susah jugak kan kalau nak masak menda yang selain main course nya nasi ni. so fikir punya fikir, untuk menu yang sihat for en pai (konon tak nak ambik karbo banyak sangat) i buatkanlah my beloved en pai grill salmon... resepi??? hahahahahhaha jangan uolls tak percaya ye..... resepi ni ciptaan dari naluri i sendiri di atas rasa cinta yang sangat abadi! cheeewwahhhhh!



bahan-bahan :
ikan salmon
cumin
paprika
all purpose seasoning
capsicum - green, red, yellow
butter

cara-cara :
sprinkle salmon tu dengan cumin, paprika dan all purpose seasoning. marinate dalam 20 - 30 minit. kemudian dengan menggunakan pan grill, panaskan butter dan bila dah cair grill kan salmon tu sehinga masak. sesekali balik-balikkan salmon. jangan biarkan salmon terlalu masak atau sehingga kering kerana nanti teksturnya akan jadi tidak menarik. pastikan ikan salmon tu still juicy. bila dah diangkat, lebihan butter dalam pan grill itu boleh di gorengkan capsicum itu sehingga naik bau dan kemudian tuangkan ke atas ikan salmon. bagi penyediaan salad sampingan bergantung kepada masing-masing punya selera. anything will do! jemput makan !!!


nota piede : kalau kita masak dengan penuh rasa kasih dan sayang, resepi yang simple pun akan jadi menarik dan sedap sehingga menjilat jari !



Thursday, May 24, 2012

Terlepas Kandang!

actually ni cerita agak dah basi.... tulah memanjang je busy, banyak sangat yang terlepas nak mengupdate! i ni selalu jugaklah dapat free pass for movie. so oleh kerana pass tu dah nak dekat expired, last 2 weeks i bawaklah juga kanak-kanak ribena ni pergi tengok movie yang tengah meletup letup kat cinema....apalagi kan, avengers lah! memang tak dinafikan sampai je kat tgv, orang beratur punyalah ramai, nasib baik ada jugak seat untuk kitorang anak beranak ni..... itu pun dapat seat yang paling depan sekali. teleng jugak kepala dibuatnya. tapi yang syoknya tu kanak-kanak ribena, especially si faidhi..... bila dapat seat yang paling depan sekali, dianya memang tak duduk diamlah.... dah macam rumah dia dibuatnya cinema tu. ruang diantara screen dengan seat tu dibuatnya macam playground... nasib baiklah i takde lemah jantung, kalau tak dah pitam kot kat situ. okalah jom layan aksi-aksi kanak-kanak ribena ni bila terlepas dari kandang!











Bread Crispy Salad




menu salad lagi yer uolls...
penyediaan yang sangat mudah, simple, berkhasiat lagi mengenyangkan

bahan-bahan
salad
japanese cucumber
tomato (lupa nak letak)
chicken finger (digoreng dan dihiris)
roti (dipotong kecil dan digoreng)
thousand island
lada hitam
black sesame

cara-cara
campurkan kesemua bahan-bahan di atas. kemudian tuangkan thousand island, sedikit lada hitam dan black sesame. gaulkan rata dan sedia untuk dihidangkan...


Wednesday, May 23, 2012

Fish Grill With Creamy Shitake

good morning uolls! suasana pagi hari ni agak menyegarkan, maybe i cukup tidur kot... oklah, another update from me yang dah lama menyepi.... i ada resepi baru yang mudah dan ringkas untuk uolls sama-sama mencuba. actually dah lama teringin nak buat fish grill ala-ala 'secret recipe' tu... tapi asyik takde masa je nak google resepi especially for the gravy... kebetulan my adik sayang iena hamdi nak buat chicken chop with balckpepper sauce untuk juadah berbuka puasa. i pun apalagi, minta dia share lah resepi macam mana nak buat gravy tu kan! dengan kebijaksanaan yang ada.......... bijak ke? hihihi.... i pun cubalah mengolah serba sedikit resepi tu... bukan apa nak bagi menyengat sikit! ecehhhh wahhhhhh! jom layannnnn



bahan-bahan :
dory fish fillet
paprika
shitake mushroom
green & yellow capsicum
carrot
japanese cucumber
potato fries
fresh milk
maggi blackpepper mix
olive oil

cara-cara :
panaskan sedikit olive oil dan tumiskan shitake dan capsicum yang telah dihiris. bila dah agak naik baunya, masukkan fresh milk dan 2 sudu besar maggi blackpepper mix (bergantung juga pada kepanasan kepedasan  yang dikehendaki). kacau perlahan dalam api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat. boleh juga dipekatkan kuahnya dengan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. bila kuah dah memekat bolehlah ditutupkan api. kemudian lumurkan fish fillet dengan sedikit paprika dan garam. grill dengan menggunakan grill pan yang telah disapukan sedikit butter. setelah fish fillet masak bolehlah tuangkan kuah tadi keatasnya dan dihidangkan bersama carrot yang telah direbus, potongan japanese cucumber dan potato fries.


mudahkan! dan tersangatlah sedapnya.... selamat mencuba!


Tuesday, May 22, 2012

Chicken Crispy Salad

hai uolls! dah lama sangatkan i menghilang... ada sesapa yang rindu tak? hihihi.... dah tau.... takde lah tu! yelah... sapalah i ni pun! blogger yang selalu tenggelam timbul. macam tak serius je nak blogging kan! abis tu, kalau dah asyik busy memanjang....haishhhh membebel ler pulak! 2 minggu kebelakangan ni, en pai bising bila tiap-tiap malam i masak makanan yang heavy. dia dah tak larat nak makan nasi dan lauk pauk tu for dinner. hhmm macam ni pun ado??? so lagi senanglah kerja i kann! dah 2 minggu kitorang makan yang simple-simple.... roti, salad, fruit, roti, salad, fruit.....gitu jer lahh dok ulang-ulang! jom layan resepi salad yang tersangatlah simple ni....



bahan-bahan :
salad
japanese cucumber
tomato
capsicum
telur rebus
chicken crispy fingers ( brand dindings )
thousand island


simple kann! budak sekolah rendah pun boleh buat.....hihihi.... simple tapi sangat berkhasiat. jom santap!



Tuesday, May 8, 2012

Pasti Ke Sana Lagi!


salam petang uolls! pbkl2012 baru je beberapa hari berlalu. sana sini rasanya semua sibuk bercerita kisah pesta buku kat pwtc kann! kalau uolls nak tau kalau tak tanya pun nak bagitau jugak i ni dulu takdelah kisah sangat pasal pesta buku ni semua.... bukan kata kisah, tak ambil pot pun! tapi sejak dua menjak dah start intim semula dengan bacaan novel-novel ni, tahun ni i dah terjebak dengan pesta buku....hihihi.... actually hasrat nak pergi sangat tu dah terpendam sebulan sebelum tarikh pbkl ni bermula, so dah set appointment dengan semua geng fb yang pembaca novel tegar nak serang pbkl pada 28.05.2012. tapi segala perancangan terganggu dek satu kejadian perhimpunan tu! haishhhhh tak pasal-pasal niat itu ku simpankan ke hari yang lain. so, last saturday i and my princess hanah pergi juga akhirnya...... hari pergi yang sangat tak kena kerana terlalu ramai orang! sampai nak berjalan dan membelek buku-buku pun serasakan sesak nafas ni. planning yang sangat tak mengena dengan banyak novel-novel yang diidamkan telah pun kehabisan stok! hampehhhhh kannnn!







but.... apa yang penting, my princess hanah happy.... kerana dia berkesempatan berjumpa dengan novelis favourite ain maisarah ..... excited betul dia masa tu! i pulak, sampai blur tak tau nak beli novel yang mana.... tak banyak pun yang i beli.... nak bergambar pun takde siapa yang boleh tolong snapkan....hahahahahahaha




ini sajalah picture yang sempat ambik untuk dijadikan kenangan pertama ke pesta buku.... jadilah kann! thanks to novelist umie nadzimah for the cute souvenir..... insyaAllah.... tahun depan nak plan sebaik mungkin and kena bijak pilih hari yang tak terlalu ramai orang..... tak sanggup betul i nak menempuh keadaan sesak-sesak tu..... so untuk kali ni, ini jer ler yang i rembat! huhu....... mana yang dah kehabisan stok tu haruslah i terjah ke popular or mph lah pulak kann !


Tuesday, April 24, 2012

Gejala STRESS

heeyaaa ! STRESS atau dalam bahasa melayunya tekanan adalah salah satu masalah, or maybe boleh jugak dianggap satu penyakit yang sering melanda manusia di era zaman kini. kenapa agaknya eh? lagi dunia kian mengejar perubahan teknologi yang semakin moden, lagi ramai rasanya manusia yang dilanda stress ni. so kadang-kadang setiap perubahan yang ke arah kebaikan itu tidak sealiran dengan kesihatan manusia di dunia ini. apa-apa pun diharap manusia di era zaman canggih ini yang lagi genius dan bijak pandai, lebih tahu bagaimana cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. jom uolls, kita sama-sama share gejala-gejala tekanan atau stress ni !

disturbed sleep patterns
corak tidur yang terganggu


depression
kemurungan


anger
kemarahan


sexual disorders
gangguan seksual


tiredness

keletihan


increased smoking
merokok berlebihan


over eating
makan berlebihan


mascular pain

sakit mascular


headaches
sakit kepala


*picture ihsan dari uncle google*



nota piede : kena cari aktiviti yang menarik bagi menghindari gejala stress ni kann !  hmmmm..... patutlah lately i kuat makan.... haissshhhhhhhhh tak boleh jadi ni!!!!!! gggrrrrrrrr 





Sweet Honey Fish Fillet





bahan-bahan :
fish fillet - salutkan dengan tepung jagung dan goreng sehingga keemasan
1 biji bawang besar - dipotong saiz sederhana
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn secawan air
garam & gula secukupnya

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. selepas itu masukkan serbuk cili, kacau cepat dan diikuti dengan sos tiram, sos ikan, sos tomato dan madu. kacau seketika dan bolehlah dimasukkan bawang besar dan capsicum. rasakan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau kuah sehingga sebati. apabila kuah sudah agak memekat, masukkan fish fillet yang telah digoreng. balik-balikkan seketika, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.


Friday, April 13, 2012

Kari Ikan Kerapu

sesampai jer kat rumah semalam dah agak lewat.... rasanya nak dekat pukul 7 malam. hishhhh pening jugak kepala memikirkan nak masak apa dengan masa yang agak suntuk ni. bongkar punya bongkar dalam peti sejuk tu, nasib baik ada barang basah yang boleh di masak untuk jangkamasa yang pendek..... so inilah dia resepi malam tadi. meh ler berkongsi resepi air tangan i ni !




bahan-bahan :
3 keping isi ikan kerapu
1 peket serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
250ml santan
Air secukupnya
1 sudu teh serbuk cili
bahan penumis (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 sudu teh biji sawi
2 biji terung bulat (belah empat)
4 biji cili hijau
2 biji tomato (belah 2)
sekeping asam keping
daun kari

bahan-bahan ditumbuk :
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

cara-cara membuatnya :
mula-mula panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. kemudian bahan yang ditumbuk tadi kacau sehingga naik baunya. lepas itu masukkan serbuk cili dan kacau seketika dengan diikuti serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. kacau lagi sehingga naik minyak. masukkan daun kari dan biji sawi berserta santan dan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. bila sudah mendidih, masukkan terung bulat dan biarkan seketika sehingga agak-agak separuh masak. selepas itu bolehlah dimasukkan kepingan ikan kerapu dan diikuti dengan cili hijau dan tomato. biarkan seketika sehingga ikan mesra bersama kuahnya dan naik minyak. selepas tu tutupkan api dapur dan sedia untuk dihidang.

selamat menjamu selera !












Wednesday, April 4, 2012

Hanah 1st TVC Shoot !

salam petang! lama pulak kali ni i menyepikan... sorrylah uolls, tak boleh nak hindari dah dengan perkataan 'busy' tu! lately kerja memang menimbun, nasib baik je tak tertimbus.... kalo tak sesak nafas dibuatnya. silap hari bulan ada plak yang pengsan! oklah panjang pulak mukadimahnya kali ni, almaklumlah dah lama tak mengadap blog kesayangan ni.
sebenarnya ni i nak cerita aktiviti yang sangat memenatkan hujung minggu hari tu. semua berlaku pun macam sepantas kilat, tak plan tetiba kena main redah jer! actually all my kids memang i register kat talent agency. so selalu jugaklah bebudak ni pegi casting kalau dapat panggilan dari talent agency tu. tapi buat masa ni, all the kids belum ada rezeki.
so nak jadi cerita last saturday, kitorang dapat call dari talent agency yang si hanah kena shooting tvc untuk dutch lady on sunday. panik jugaklah kitorang dibuatnya, mana nak cari wardrobe lagi, nak match dengan colour yang diorang nak lagi.... jln cerita pun tak tau.... memang mamanya yang menggelabah sangat masa dapat call tu. so our preparation ala kadar je lah kan... lagipun nasib baik bukan jadi main talent, so hanah punya role cuma extra aje....hehehe....but apa yang sangat menariknya dapatlah i and hanah experience suasana penggambaran. it was so fun but exhausted! tapi apa yang penting, hanah dah dapat exposure during the tvc shooting... so next time tak ada lah lagi dia kaku sangat bila buat casting for next tvc kan!
jom layan picture masa tvc shoot hanah last sunday!






















nota piede : si mama tak pasal2 jadi manager tak bertauliah kann! hehehe..... sambil tukang pegang baju!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com