The Ads

Search This Blog

Tuesday, April 24, 2012

Gejala STRESS

heeyaaa ! STRESS atau dalam bahasa melayunya tekanan adalah salah satu masalah, or maybe boleh jugak dianggap satu penyakit yang sering melanda manusia di era zaman kini. kenapa agaknya eh? lagi dunia kian mengejar perubahan teknologi yang semakin moden, lagi ramai rasanya manusia yang dilanda stress ni. so kadang-kadang setiap perubahan yang ke arah kebaikan itu tidak sealiran dengan kesihatan manusia di dunia ini. apa-apa pun diharap manusia di era zaman canggih ini yang lagi genius dan bijak pandai, lebih tahu bagaimana cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. jom uolls, kita sama-sama share gejala-gejala tekanan atau stress ni !

disturbed sleep patterns
corak tidur yang terganggu


depression
kemurungan


anger
kemarahan


sexual disorders
gangguan seksual


tiredness

keletihan


increased smoking
merokok berlebihan


over eating
makan berlebihan


mascular pain

sakit mascular


headaches
sakit kepala


*picture ihsan dari uncle google*



nota piede : kena cari aktiviti yang menarik bagi menghindari gejala stress ni kann !  hmmmm..... patutlah lately i kuat makan.... haissshhhhhhhhh tak boleh jadi ni!!!!!! gggrrrrrrrr 





Sweet Honey Fish Fillet





bahan-bahan :
fish fillet - salutkan dengan tepung jagung dan goreng sehingga keemasan
1 biji bawang besar - dipotong saiz sederhana
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn secawan air
garam & gula secukupnya

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. selepas itu masukkan serbuk cili, kacau cepat dan diikuti dengan sos tiram, sos ikan, sos tomato dan madu. kacau seketika dan bolehlah dimasukkan bawang besar dan capsicum. rasakan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau kuah sehingga sebati. apabila kuah sudah agak memekat, masukkan fish fillet yang telah digoreng. balik-balikkan seketika, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.


Friday, April 13, 2012

Kari Ikan Kerapu

sesampai jer kat rumah semalam dah agak lewat.... rasanya nak dekat pukul 7 malam. hishhhh pening jugak kepala memikirkan nak masak apa dengan masa yang agak suntuk ni. bongkar punya bongkar dalam peti sejuk tu, nasib baik ada barang basah yang boleh di masak untuk jangkamasa yang pendek..... so inilah dia resepi malam tadi. meh ler berkongsi resepi air tangan i ni !




bahan-bahan :
3 keping isi ikan kerapu
1 peket serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
250ml santan
Air secukupnya
1 sudu teh serbuk cili
bahan penumis (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 sudu teh biji sawi
2 biji terung bulat (belah empat)
4 biji cili hijau
2 biji tomato (belah 2)
sekeping asam keping
daun kari

bahan-bahan ditumbuk :
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

cara-cara membuatnya :
mula-mula panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. kemudian bahan yang ditumbuk tadi kacau sehingga naik baunya. lepas itu masukkan serbuk cili dan kacau seketika dengan diikuti serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. kacau lagi sehingga naik minyak. masukkan daun kari dan biji sawi berserta santan dan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. bila sudah mendidih, masukkan terung bulat dan biarkan seketika sehingga agak-agak separuh masak. selepas itu bolehlah dimasukkan kepingan ikan kerapu dan diikuti dengan cili hijau dan tomato. biarkan seketika sehingga ikan mesra bersama kuahnya dan naik minyak. selepas tu tutupkan api dapur dan sedia untuk dihidang.

selamat menjamu selera !












Wednesday, April 4, 2012

Hanah 1st TVC Shoot !

salam petang! lama pulak kali ni i menyepikan... sorrylah uolls, tak boleh nak hindari dah dengan perkataan 'busy' tu! lately kerja memang menimbun, nasib baik je tak tertimbus.... kalo tak sesak nafas dibuatnya. silap hari bulan ada plak yang pengsan! oklah panjang pulak mukadimahnya kali ni, almaklumlah dah lama tak mengadap blog kesayangan ni.
sebenarnya ni i nak cerita aktiviti yang sangat memenatkan hujung minggu hari tu. semua berlaku pun macam sepantas kilat, tak plan tetiba kena main redah jer! actually all my kids memang i register kat talent agency. so selalu jugaklah bebudak ni pegi casting kalau dapat panggilan dari talent agency tu. tapi buat masa ni, all the kids belum ada rezeki.
so nak jadi cerita last saturday, kitorang dapat call dari talent agency yang si hanah kena shooting tvc untuk dutch lady on sunday. panik jugaklah kitorang dibuatnya, mana nak cari wardrobe lagi, nak match dengan colour yang diorang nak lagi.... jln cerita pun tak tau.... memang mamanya yang menggelabah sangat masa dapat call tu. so our preparation ala kadar je lah kan... lagipun nasib baik bukan jadi main talent, so hanah punya role cuma extra aje....hehehe....but apa yang sangat menariknya dapatlah i and hanah experience suasana penggambaran. it was so fun but exhausted! tapi apa yang penting, hanah dah dapat exposure during the tvc shooting... so next time tak ada lah lagi dia kaku sangat bila buat casting for next tvc kan!
jom layan picture masa tvc shoot hanah last sunday!






















nota piede : si mama tak pasal2 jadi manager tak bertauliah kann! hehehe..... sambil tukang pegang baju!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com