The Ads

Search This Blog

Sunday, July 21, 2013

Udang Harimau Masak Serai Lengkuas



Bahan-bahan :
10 ekor udang harimau
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
200 ml santan pekat
1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
1 cawan air

Bahan-bahan yang dikisar :
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kacau dan biarkan sehingga naik minyak. Masukkan air diikuti santan. Masakkan kuah sehingga dia agak memekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan udang harimau, kacau seketika. Masukkan serai dititik dan asam keping. Masak sehingga air udang harimau mesra dengan kuahnya. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing. 

Selamat mencuba!

Kuih Kaswi



bahan-bahan :
1 cawan gula merah - dimasak hingga larut dengan 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
3 1/4 cawan air
1/2 sudu kecil kapur

cara-cara membuatnya :
satukan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga larut
kemudian blend kan sehingga bahan menjadi lembut dan halus, tapiskan
kemudian tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian dan bolehlah di stimkan dalam 30 minit - 45 minit
selepas kuih dah masak, ketepikan dan bolehlah dipotong bila kuih sudah sejuk
golekkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam yang juga telah distimkan bagi mengelakkan kelapa cepat basi
sedia untuk dihidangkan

Hati Ayam Masak Kicap Pedas




bahan-bahan :
300gm hati ayam
10 biji cili padi*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(satukan bahan-bahan * dan ditumbuk lumat)
1 sudu besar serbuk cili
bahan penumis (bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis)
3 sudu besar kicap lemak manis
garam & gula secukupnya
daun kari

cara-cara membuatnya :
panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi
kacau sehingga agak garing dan naik baunya
masukkan serbuk cili dan kacau lagi hingga sebati
kemudian masukkan hati ayam dan kacau lagi sehingga hati ayam kecut
masukkan kicap dan sedikit air, biarkan sehingga pecah minyak
rasakan garam dan gula secukupnya
akhir sekali masukkan daun kari dan kacau seketika sebelum di angkat
sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba!

Lidah Masak Merah - Thai Style



bahan-bahan :
Lidah lembu - direbus sehingga empuk dan dihiris nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang besar - di belah 6
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar Nam Pla (sos ikan)*
1 sudu besar sos tomato*
(satukan bahan-bahan *)
hirisan cili merah dan capsicum hijau
garam & gula secukupnya
daun ketumbar sebagai hiasan

cara-cara membuatnya :
panaskan minyak, gorengkan hirisan lidah lembu hingga kekuningan (separuh masak) - ketepikan
tumis bawang putih, masukkan cili boh dan kacau sehingga cili garing
masukkan bahan-bahan * yang telah disatukan tadi
kacau seketika dan masukkan sedikit air
kacau semula sehingga sebati
kemudian masukkan hirisan lidah lembu semula, kacau
masukkan bawang besar, cili merah dan capsicum hijau, garam dan gula secukup rasa
kacau lagi hingga sebati dan bolehlah ditutupkan api
angkat dan taburkan dengan daun ketumbar

selamat mencuba!

Ayam Masak Lemak Cili Api




bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong ikut saiz kesukaan
200ml santan / 1 biji kelapa parut (perah santannya)
1/2 biji hirisan bawang besar
1/2 inci halia - dihiris bulat
15-20 biji cili padi - ditumbuk (ikut kepedasan masing-masing)
2 biji kentang - dibelah 4
kunyit serbuk
asam keping
daun kunyit
1 batang serai - dititik
gula
garam

cara-caranya :
masukkan santan, bawang besar, cili padi dan serai dalam periuk
masakkan bahan tadi di atas dapur dengan api sederhana
masukkan kunyit serbuk ikut kepekatan warna kesukaan
biarkan mendidih seketika dan masukkan ayam dan biarkan seketika
kemudian masukkan kentang, asam keping, gula dan garam secukupnya
akhir sekali masukkan sedikit helaian daun kunyit
bila dah agak mesra dan kentang empuk, tutupkan api dapur
sedia untuk dihidangkan

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com