The Ads

Search This Blog

Saturday, September 21, 2013

Ayam Masak Sos Tomato


salam petang uolls!
jangan anggap memasak ni susah atau memenatkan
dan tak semua masakan perlu ambil masa yang lama
yang penting bila kita memasak biarlah dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang
ok, satu lagi resepi yang mudah, ringkas tapi sedap!



bahan-bahan :
3 keping whole leg - dipotong 3
1 atau 2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2cm halia*
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya

cara-cara membuatnya :
mula-mula sekali gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. goreng ayam sehingga kekuningan atau masak. kemudian ketepikan sebentar. selepas itu tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sampai lumat. kalau terlampau malas, blend kan aje. lebihan minyak gorengan tadi bolehlah digunakan untuk menumis pula, sekiranya banyak sangat minyak, kurangkan dulu ya. tumiskan cili boh sehingga garing. selepas itu masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi. kacau sehingga sebati dan naik minyak. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kacau lagi. masukkan sedikit air sekiranya inginkan berkuah sedikit. rasakan garam dan gula secukupnya dan bolehlah masukkan gorengan ayam tadi. balik-balikkan seketika agar ayam dan kuah mesra. ok done... sedia untuk dihidang!



Dory Butter Cheezy


quick and simple for busy mama just like me!

 

cara-cara :
just marinate dory fish tu bersama mc cormick all seasoning purpose. biarkan seketika. lepas tu panaskan 2 sudu besar butter dan grill kan di dalam pan grill. bila dah hampir masak, sprinkle kan mixed herbs whole  dan letakkan sekeping dua cheese (siapa yang hantu cheese macam i) ke atas dory fish dan panggang selama 5-8 minit atau sehingga cheese cair. selepas itu curahkan lebihan butter dalam pan grill tadi ke atas dory fish yang telah dihidangkan ke atas pinggan bersama potato fries dan round salad. 

ok, dah siap... jom makan!


Sunday, September 15, 2013

Sayur CinCai

salam uolls
hujung minggu yang agak mendung tak bererti hujan
so suasana dalam rumah pun hanya rasa angin-angin sejuk
walaupun i, en pai dan anak-anak dah pekena heavy breakfast
tepat je pukul 1 tghari mesin dalam perut dah mula je nak on
menggelodak angin lapar dalam perut memasing
cuaca mendung buat mamanya jadi malas, so hari ni i just masak fillet sweet sour, telur dadar
dan sayur orang malas.... namanya sayur cincai
jom terjah



bahan-bahan yang ditumbuk lumat :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar paste sambal belacan adabi (pedas & tradisi)

bahan-bahan :
4 tangkai kacang panjang (potong dlm 3cm)
4 biji bendi (potong serong)
1 batang terung (potong memanjang)
petai
1 sudu besar sos tiram
garam

cara-cara membuatnya :
panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi.
kacau sehingga naik bau dan garing. kemudian masukkan sos tiram dan garam secukupnya.
masukkan juga sedikit air dalam suku atau setengah cawan
(bergantung kepada selera memasing kalau nak agak berkuah sikit)
bila dah agak naik minyak, bolehlah di masukkan kesemua sayur-sayuran yang telah dipotong.
kacau sehingga sebati dan sehingga sayur agak masak.
sedia untuk dihidangkan

oh ya, ni dia sambal paste untuk tajaan masakan kita hari ini! 




Angel Hair Bolognese



bahan-bahan :
3 sudu besar olive oil
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (diracik)
1 tin besar tomato paste
6-8 biji buah tomato (potong dadu)
500gm daging cincang
1 batang carrot
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 tin cendawan butang (belah empat)
1 helai daun bay
1 sudu besar dried oregano leaves
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
garam dan gula secukupnya
1 peket angel hair (san remo)
serbuk dill


cara-cara membuatnya :
panaskan olive oil, masukkan bawang besar dan bawang putih dan
tumis sehingga layu. kemudian masukkan daging cincang, kacau agar tidak berketul-ketul
dan masak sehingga daging empuk. jika daging masih belum empuk dan dah agak kering,
boleh di tambahkan sedikit air dan dibiarkan seketika. selepas itu bolehlah dimasukkan pula
tomato paste, buah tomato, dried oregano leave, lada hitam, bay leaf dan kacau sehingga sebati.
tambahkan sedikit air jika bahan campuran tadi agak pekat dan biarkan mereneh.
seterusnya masukkan carrot, cendawan dan capsicum serta rasakan garam dan gula secukupnya.
sementara menunggu kuah masak dan mesra bersama bahan-bahannya, bolehlah merebus angel hair.
masa merebus bergantung kepada jenama yang digunakan ya
(ala agak-agak sampai angel hair tu lembut). toskan angel hair, dan hidangkan di dalam
mangkuk hidangan. sprinkle kan sedikit dengan dried dill.


kalau nak lebih mengancam lagi, selepas menyendukkan kuah bolognese ke atas angel hair,
taburkan sedikit parmesan cheese ke atasnya.

walahhhhhh !



Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com