The Ads

Search This Blog

Showing posts with label Me Happy. Show all posts
Showing posts with label Me Happy. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

3 Budak Notti !

last weekend agenda merayau jek.... maklumlah en. pai kan dah gaji....hehehe.... haruslah anak bini kerjakan! anak beranak pegi melepak kat ioi mall puchong.... seluruh pelosok ioi mall kitorang jelajah.... yang jadi penat bukannya merayau tu tapi melayan kerenah si little faidhi yang tak mau jalan sendiri, dia dok minta berdukung jek. pinsannnn dibuatnya.... paling best kitorang gi membeli belah kat daiso.... ala kedai barang2 jepun yang 5 hengget tuh! bahaya jugak kedai 5 hengget ni kan.... ambik punya ambik silap2 boleh habis beratus... kitorang memang suka shopping kat daiso ni, bukannya apa.... pasal barang2 dia tu yang macam2... bebudak ni pun suka menyelongkar kat situ. kadang2 gelihati gak bila tengokkan keletah dan perangai diorang bila berumah sementara kat daiso tu. semua menda nak di try nye!...... 






ini 3 budak notti ada jek menda nak dibuatnya.....


nota piede : hati seorang mama pasti akan bahagia bila melihat raut wajah anak2 yang gembira dan ceria.

Wednesday, January 25, 2012

Jepang '88 In Memory



afternoon uolls! dah lunch ke? hari ni i heavy breakfast so malas nak kluar lunch. lagipun takde geng.... ramai yg cuti hari ni. maklumlah memasing mood holiday and CNY.

oklah sebenarnya i nak cerita sesuatu yang buat i happy hari ni. pepagi on je fb, i dikejutkan dgn message dari my long lost friend ...... alhadi bujang. actually he was my good friend during my primary school at kuching, sarawak. tak sangka kan dengan adanya fb ni kadang-kadang membantu jugak kita menjejaki geng-geng lama zaman sekolah rendah. masa dulu-dulu, family i ni memang sentiasa merantau dari sabah sampailah ke sarawak dan kemudian balik semula ke kuala lumpur. tapi banyak-banyak tempat kitorang merantau, memang hati i dekat sangat di sarawak. i pun tak tau kenapa. maybe disebabkan bahasa pasarnya yang buat hati i ni melekat di kuching. setelah lama meninggalkan kuching pun i masih boleh lagi cakap sarawak....kelassss kann! so pagi ni alhadi add i dlm group jepang 88. hahahahhahahaa nang happy gilak kamek tok ko! and... yang paling best sidak jepang masih ingat lagik dengan kamek tok..... thanks korang! rindu pulak zaman sekolah kat jepang dulu....

hopefully kita semua akan terus keep in touch okay! kalau ada sesapa geng jepang '88 yang nak datang kl tu, jangan lupa call i tau. bolehlah kita bersua muka. to all geng jepang '88, insyaAllah kalau tak ada aral melintang i akan menyerang kuching. nanti korang bentang karpet merah eh!! hahahahahah guhgou jak! ngegeh kamek tok ooo! hahahhahahaa ......bestkan kalau dapat buat reunion! 


Saturday, November 26, 2011

Happy Weekend!

hai uolls! salam berhujung minggu.... 
dari hari ke hari, minggu ke minggu, kesibukan kat office menjadi-jadi. rasa benci pada masa yang berlalu kerana langsung tak menunggu walau sesaat pun..... setiap hari yang penuh dengan jadual yang sangat ketat, report yang tak berkesudahan, meeting yang berangakai-rangkai...... buatkan i rasa sedikit tertekan. namun begitu bila difikirkan kembali tanggungjawab adalah tanggungjawab dan tak boleh dipertikaikan. walaupun cuti hujung minggu kali ni i terikat dengan proposal yang mesti disiapkan, tapi i pastikan quality time bersama family akan diperuntukkan sebaik-baiknya.

begitulah lumrah hidup sebagai career woman yang perlu seiring dengan tugasan sebagai isteri dan mama yang mithali! .....ecewahhhhh! ye ke? ehhhh mestilah ye kann. apa yang penting, kita cuba buat yang terbaik untuk kebahagian dan kesejahteraan family.... hati mestilah ikhlas tanpa ada terdetik walau penat macam mana sekalipun....... insyaAllah barulah hidup keluarga kita akan sentiasa diberkati. rasanya macam dah panjang lebar pulak i membebel.... 

oklah, petang ni bebudak sume sibuk sangat nak makan cekodok pisang. i beredar dululah ye.....nak pegi melenyek pisang jap. oh ya, nama pun cuti hujung minggu kan, hari ni lepas habis berkemas satu rumah, my hero-hero pulak sibuk beraksi ganas, main tembak-tembak. bingit jugak telinga i ni dibuatnya......tapi mama hari ni abis baik punya sporting....lantaklah korang yer asalkan barang-barang perhiasan mama tak ditembaknya...hahahahhahaa....... my anak dara asyik memerap dalam bilik barunya hari ni.... permintaan untuk ada bilik sendiri.....so kenalah tunaikan









happy weekend!

Tuesday, July 26, 2011

Thank U Sayang!

memori indah ini bertitik tolak dari 2 minggu lepas dimana si mama bertanyakan sesuatu pada si baba.....

mama : yang, kalau i nak beli playbook ok tak?
baba : u nak playbook? maju tu..... i ingat nak belikan u napbook
mama : woww.... macam menarik tu
baba : ke u nak ipad?
mama : entahlah yang..... playbook tu macam best je. lagipun i kan pakai bb!
baba : nantilah i check kan.... ok!

dan terukirlah memori indah itu pada 25 julai 2011 @ 7.00pm di rumah pasangan romantik ini.....




baba : surprise!!!!!!!!
mama : yanggggg....... u beli galaxy tab!
baba : ni u punyalah.... i belikan untuk u.... galaxy tab much more better. u can make a call and video call.
mama : betul ke ni yang???? lah...... i tak nak nyusahkan u
baba : playbook tak bleh buat call...
mama : thank u yang!!!!! sukalahhhhhhh





nampak gayanya si mama akan mula mengganas dalam berfacebook dan berblogging. maklumlah tak de sapa nak kacau. so lepas ni tak kan ada lagi kejadian berebut computer kat rumah! hihihi......




nota piede : sayang en. pai sangat-sangat! lepas ni u nak belikan I apa pulak eh?

Thursday, July 14, 2011

Kebanggaan Ku

gud afternoon uolls....
lunch hari ni tak de mood nak makan..... boleh??? nanti-nantilah.... i pun tak tau nape hari ni rasa buhsan sangat. maybe banyak keje kot... cuaca kat luar pun mendung, patutlah mood pun agak mendung. lepas dapat kerja baru ni, i tak de lagi cite ngan uolls kan.... i kerja kat mana.... eh ada ke orang nak tau? tak pe lah... tak nak tau pun tak pe... ada haku kesah??? lagipun ni kan blog i, suka hati i lah nak cite ape pun! ehhhh emo pulak..... tak de lah! gurau je..... uolls marah ke? i ni blajar tak lah tinggi mana, tapi penahlah masuk u jugak. i start keje waktu umur 18 thn. pas tu berenti sambung blajar.... pas tu keje balik.... berenti jap....pasal sibuk nak jadi penyanyi, so i pun berkecimpunglah dalam dunia hiburan. dari nyanyi 2 piece pas tu 3 piece, i join live band-group FREEDOM. hahhh tau tak freedom tu... alahhh yang shuib n arwah seha tu! lagu yang fofular-mulanya disini. bangga gaklah dapat nyanyi lagu tu! rasa macam lagu sendiri pulak....hehehee...wahhhh time ni memang i rasa dah macam artislah konon. maklumlah ada gak peminat, siap ambik autograph lagik. dah cukup disitu, tak bleh cite banyak2. bila dah kahwin, i stop menyanyi, cari balik keje opis.... bukan apa nak tumpukan perhatian kat family. dari keje ngan insurance company, bank, engineering & construction, advertising agency dan skrg i keje kat manufacturing plak. uolls i jadi minah kilang lah skrg!!! kat mana pun i keje, i hanya tau buat admin & hr je ye. lain pada tu, i'm sorry!
tapi banyak-banyak keje, i macam suka sangat keje i yang skrg ni. walaupun keje banyak, tp i suka ngan suasana keje kat sini. bos tak pressure kita, dan kita diberi ruang untuk beri cadangan dan buat keputusan. so rasa macam kita ni dihargai sangat. management pun tak berkira sangat, kalo keje bagus hujung tahun masing-masing pasti akan dapat habuan! syokkk wwooooo..... dah tu pengiraannya pun sangat adil, ada formula yang telah ditetapkan. so takdelah jadi kes, ko pandai ampu bos, ko dapat lebih! boleh dikatakan i ni sangat bertuah, walaupun tak tinggi sangat blaja..... tapi dah dapat jugaklah duduk kat tempat sekarang ni. inilah yang dinamakan rezeki dan i amat-amat bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. lagipun dengan berkat pengalaman yang dikutip dan usaha gigih serta tanggungjawab insyaAllah, kita akan diberikan ruang dan peluang untuk berjaya dalam hidup. mesti diingat segala usaha itu mestilah diiringi dengan doa kepadaNYA. panjang pulak i melalot, oh ya pasal keje i yang skrg ni, sebenarnya i keje kat kilang membuat makanan ringan. alahhhh wise cotagge fries tu!!! waktu mula-mula keje sini dulu dah macam jakun pasal tiap-tiap hari jumaat akan bawak balik cottage fries tu sorang satu beg palstik besar. tapi skrg ni dah rasa jemu pulak.... dah tak larat nak makan. bawak balik umah pun bebudak dah menyampah nak makan. i siap bagi adik beradik dan jiran mana yang datang ke umah. uolls nak? kalo nak........ nah ambik ni.............


sila abaikan packaging gambar misai tu yer!



nota piede : dah naik lebam makan cottage fries neh.....

Friday, June 24, 2011

Meng 'update'


hhhmm rasanya kerja2 yg penting dah kasi settle
tinggal yg ciput2 je.... tak pelah! kita postpone je minggu depan
sorry ya boss ...... kasi chanlah sikit hehehee
lenguh dah kaki ni asyik kluar masuk kluar masuk opis
dgn panas terik kat luar lg
penatlah boss.... i ni bukan boleh berjemur sgt
rosak kulit nanti  kalo sakit kang sapa yg susah
boss jugakkan... i mc, hr dept tutup opislah
hahahahhahahahah
meraban lebih plak i ni..... so
sudah tiba masanya utk i  bermesra kembali dgn 
rindulah kat dia....
byk juga benda nak di update ni
nak cantikkan dia
nak meriahkan hidup dia
nak kenyangkan dia 
dgn cerita2 menarik
gambar2 yg comel..... gambar i lah
barulah dia nanti akan rasa lebih bahagia
pasal ramai yg akan menatapnya
ramai yg akan membacanya
dan ramai yg akan meng 'follow' nya
hehehe...... betul tak? ..... jawablah betul!
ala..... nangis kang!!!

Monday, June 13, 2011

Happy Monday

salam pagi uolls....
i pasti monday morning hari ni sume orang agak bz dan tergesa2 kan!
maklumlah budak sekolah dah abis bercuti, mak bapak pun ada juga yang ambik cuti tahunan.
walau apa pun keadaannya i harap sumenye ceria, cergas dan produktif ok!
tak mohlah malas2..... mulakan hari uolls dengan lebih bersemangat tau....
YES! YES! YES!

apa??? i? oh....hahahha hari ni seawal pukul 4.30 pagi i dah bangun. bukann apa, pagi ni ada tugas menghantar my mother ke LCCT-bercuti ke Medan (i frust tak dapat ikut... tak boleh ambik cuti lagi da....). balik dari LCCT i terus menuju balik ke rumah kerana ada tugas ke 2.  hantar my kids pegi sekolah pulak.... so lepas tu barulah i hantar diri i sendiri pegi ke opis
hahahhahahahha lawak sengal pagi isnin!

sesampai opis, make my all time favourite - Nescaffe cinta hati beta dan makan bekal dari umah (dijamin bersih, sihat dan sedap)...... kejap lagi i pun nak mulakan tugas dengan lebih tenang dan ceria. banyak juga perkara yang nak di follow up neh....
so uolls...... happy working! no monday blues ok.......

cheers!!!

Monday, June 6, 2011

Balik JB

gud afternoon uolls........
sihat ke hari ni? every monday kita sume mesti ceria tau. haaahaaa uolls nak tau, hari nikan mood i happy sangat. banyak benda nak update dalam blog ni. last saturday agak bz sikit, bukannya apa~dah lama kitorang tak balik jb. kebetulan ada jemputan kahwin kat pontian, so dah alang2 ke arah selatan, terus ajelah ke jb. dari rumah kitorang bertolak lebih kurang pukul 10.30am. siap2 bekfas kat umah dulu, pasal my en. pai tak nak singgah mana2~straight a way to rumah kenduri kononnya. tp dalam perjalanan tu en. pai yg tak larat menahan mata~ngantok bebenor katanya.....hehehee so kitorang singgahlah sekejap kat RnR pagoh. sementara en. pai nak menyegarkan matanya, i ngan anak2 pun pergi segarkan mata kat gerai2 yang ada~beli pau untuk alas perut..... dan yang paling best i ternampak sumthing yang memang dah lama sangat i tak makan~last makan menda tu pun masa umur i 10 ke 11 tahun....hah! apa dia? haaaa inilah dia.....



 hhmmm dah lama betul i tak makan sagon ni, apalagi i ajarlah anak2 i makan sagon ni jugak. seronok betul diorang dapat rasa 'ala2 candy' zaman mamanya dulu~budak2 sekarang cuma tau marshmellow jek! so habis memborong sagon, kitorang pun meneruskanlah perjalanan ke pontian. uolls nak tau, dalam keta anak2 i dah macam pirana yang kelaparan~licin pau diorang kerjakan. lapar sangat gamaknya yer.......
sampai je kat pontian, kitorang pun mencarilah umah kenduri kahwin tu kat kg api2. sepanjang perjalanan nak menuju ke kg api2 tu kalau tak silap i ada lebih kurang 8 umah yg buat kenduri kahwin. gamaknya sume orang kampung yang berdekatan tu kekenyangan seharian asyik dok makan kat umah orang kenduri..... sempat gak i ambil pic kat umah kenduri kahwin yang kitorang pergi~saudara mara en. pai






lepas settle kat umah kenduri kahwin, kitorang dah tak sabar2 nak ke jb, bukannya apa cuaca panas sangat, kesian betul bila tengok anak2 i yang macam dah nak pitam menahan cuaca yang panas terik tu. sesampai je kat jb, tempat bermalam dah tentulah umah port 'wajib' kitorang~larkin jaya. sume saudara mara belah en. pai kalau balik jb mesti berkumpul kat situ.
bila dah sampai tempat 'port' syoklah~dpt mandi (sejuklah sikit badan), tido, baring2, guling2, tengok tv. dalam pada tu tiba2 menyelit pulak babak i jadi dentist tak bertauliah~anak i yang nama chal tu gigi dia dah goyang sangat, memang perlu dicabut....kalau tak nanti ada yang tertelan gigi sendiri kang! yang klakar dengan anak i si chal ni, punyalah penakut nak cabut gigi, siap berlari keliling nak mengejar dia~bukannya tak pernah cabut sebelum ni....haizzzz
uolls nak tau, agenda yang paling menarik sekali lepas kitorang dinner (makan nasi & lauk umah org kahwin je. dah tapau banyak sangat~5 set), cousin en. pai panggilan manjanya meme telah meng'order' sate. yang bestnya pasal sate ni ialah service dari umah ke umah. kalau zaman dulu2 diorang bawa pakai bakul raga (alah... yang macam dalam cite p. ramlee or wahid satay tu) tapi skrg senang dah ada motor. tapi i tak rasa kat kl ada orang jual sate cenggini, abang yang jual sate ni pun memang dah terkenal seluruh jb~abang bahari. uolls nak tau...rasa satenya memang marvellous....sorrylah cakap~hj. samuri ke, sate uptown ke, sate ria ke (ada lagi ke) bagi i memang kalah.....






kalau dah balik jb, selalunya cite yang tak habis2 mesti pasal makan...dan makan....dan makan. esoknya kitorang punya bekfas pun as usual....mesti beli kat tapah (tempat paling femes kalau nak beli bekfas kat jb ni). dahlah makan bekfas kitorang ditaja (thanx meme) beraneka jenis pulak tu.... nasi lemak, nasi jawa, mee hoon, karipap, lepat ubi, lepat pisang & kuih kertas ........ memang kenyang sampai tengahari.....

so lepas bekfas kenyang2, kitrorang pun bersiap2 balik kl. kitorang terpaksa bertolak awal sikit~takut tersangkut jam... kan tengah musim cuti sekolah. dalam perjalan balik ke kl, i tengok muka anak i sorang2, sume muka penat. diorang tido dlm keta sampai kat kl dan en. pai sudah pasti tidak ada persinggahan dimana2 pun RnR ya....so straight a way back home!




cheers!

Thursday, May 26, 2011

Sesen Pun Tak Luak!


salam khamis buat uolls....
so how's ur day? i harap uolls akan sentiasa ceria sepanjang hari ni ya. hhmm n3 hari ni bukanlah apa sangat pun, tapi nak share cite baru ni je di tempat keje baru.....hah? apa dia?
nilah nak cite nehhh.hihihii...sejak keje kat tempat baru ni, inilah kali pertama dalam kehidupan i yang bekerjaya tidak mengeluarkan walau sesen pun utk belanja hari. wowwww syoknya! kat pantry opis ni sume ada~especially microwave! so everyday i boleh bawa bekal dari umah dan panaskan jek... bestkan.... jimat sangat. bolehlah start menyimpan lebih sikit, bukan apa utk masa depan gak. memang rasa lega sangat semenjak keje kat tempat baru ni~dekat ngan umah, tak de tol, tak mengadap jam hari2, tak kena bayar parking, save petrol!
wowwww SYOKNYE......
Cheers!

Monday, May 23, 2011

If You Can Dream It, You Can Do It!



Assalammualaikum, selamat pagi, good morning uolls...
bermulalah episod baru dlm kerjaya i. diharapkan semoga semuanya berjln dgn mudah dan lancar. mungkin seharian ni i agak bz sikit, almaklumlah 1st day.... byk benda dan perkara yg nak ditelaahkan. anyway, i harap hari ni akan berakhir dgn penuh keceriaan! uolls doakan i ye...
cheers!


Quote for myself n for uolls too :
"go confidently in
the direction
of your dreams!
LIVE THE LIFE
you've imagined"
~thoreau~

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com