The Ads

Search This Blog

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Kuih Kaswi



bahan-bahan :
1 cawan gula merah - dimasak hingga larut dengan 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
3 1/4 cawan air
1/2 sudu kecil kapur

cara-cara membuatnya :
satukan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga larut
kemudian blend kan sehingga bahan menjadi lembut dan halus, tapiskan
kemudian tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian dan bolehlah di stimkan dalam 30 minit - 45 minit
selepas kuih dah masak, ketepikan dan bolehlah dipotong bila kuih sudah sejuk
golekkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam yang juga telah distimkan bagi mengelakkan kelapa cepat basi
sedia untuk dihidangkan

Saturday, January 7, 2012

Sago Mata Ikan



juadah minum petang yang sangat mudah
senang nak sediakannya dan cepat
petang tadi memang kemalasan melanda
tapi untuk tidak menghampakan anak-anak
bahan ini jelah yang dapat di godek kat dapur

bahan-bahan
2 cawan sago (putih/merah/hijau) ikut suka
1 atau 1.5 cawan gula pasir - i tak suka manis sangat
4 cawan air
daun pandan
kelapa parut


cara-cara
cuci sago tu terlebih dahulu
lepas tu masakkan air bersama gula sampai gula cair
masukkan daun pandan supaya air gula tu wangi
bila air gula dah mendidihmasukkan sago
kacau sentiasa supaya tak melekat
bila sago dah kelihatan pekat
tutupkan api dapur
dan bolehlah masukkan sago
kedalam loyang dan ratakan
sejukkan sago tu dulu sebelum dipotong
kukuskan kelapa parut dalam 5-6 minit
gaulkan sedikit garam
lepas tu bolehlah digolekkan sago 
bersama kelapa parut tadi
sedia untuk dihidang

Wednesday, October 26, 2011

Cucur Kurma Kak Lily


cuti deepavali memang i habiskan sepenuh masa dan detik bersama family tercinta. i dan en pai bangun seawal pagi kerana tak nak buangkan masa yang terhad hari ni bersama 3 budak notti tu! hehehe.... bersarapan ala-ala western je pagi ni. lebih kurang pukul 10 pagi kitorang anak beranak keluar pergi membeli belah segala barang dapur dan sebagainya. lagipun budak-budak ni dah rindu dengan uncle ronald mc'donalds nye tuh! lepas habis memborong, bergegas balik umah utk masak makan tengahari~se simple yang boleh.... sambal sardin, taugeh goreng, drummet, telur dadar dan sambal belacan.....wowww mabeles jugak, siap bertambah-tambah. hancur lagi diet i tau! lantaklah! cuaca memang syok je hari ni, lepas hujan lebat tengahari tadi dah tentu-tentu petang perut mulalah start berkeroncong. fikir punya fikir..... apalah agaknya kuih yang simple nak dihidangkan kat budak-budak notti tu yer? jeng jeng jenggggg tetiba teringatkan cucur kurma kak lily. memandangkan kurma yang melambak-lambak dalam peti ais tu, i pun cubalah resepi yang ringkas ni dan ternyata memang sedap! berebut-rebut budak-budak makan cucur kurma ni. thanks yer kak lily!




nota piede : apa pun juadah dari air tangan sendiri, anak-anak mesti puas menikmatinya kann!


Saturday, October 15, 2011

Cekodok Pisang

dah lama rasanya i tak update resepi air tangan i kann!
so hari ni nak share resepi simple mimple tapi best
ape tuh??..... cekodok pisang
hah lepas hujan lebat, petang-petang ni
memang syok makan cekodok pisang panas-panas tau
kena pulak dengan cinta hati ku~nescaffe
memang ngamlah!


bahan-bahan
6 biji pisang emas dibawa belayar
1 - 11/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula

cara-caranya
lenyek pisang sampai lembut
masukkan gula dan kacau
masukkan tepung sedikit demi sedikit
adunan ni bergantung pada
mutu pisang dan saiznya
so agak-agak sendirilah yer
panaskan minyak
goreng ikut saiz yang dikehendaki
dan sedia untuk dihidang


senangkan...... jom kita minum petang!

Wednesday, August 3, 2011

Onde Onde Buah Melaka

menu berbuka yang dirancang nampaknya tak menjadi
apsal ntah hari ni jam sangat
sampai kat umah dah pukul 6.45pm
so panaskan apa je lauk saki baki semalam dan goreng karipap
nasib baik en. pai beli rendang daging, apam balik dan roti boom
so i cuma sempat buat kuih ni jer





bahan-bahan
10 helai daun pandan (diblend dan tapis airnya)
1 cawan tepung pulut
Gula melaka (dipotong kecil)
pewarna hijau (kalau rasa nak lebih sikit colour hulk nyer!)
kelapa parut (seeloknya ditaburkan sedikit garam dan distimkan)

cara-caranya :
adun tepung pulut bersama air daun pandan yg sudah dititikkan sedikit pewarna hijau
gaulkan sehingga sebati dan menjadi satu doh
ambil sedikit adunan sebesar ibu jari
tekan ditelapak tangan dan masukkan gula melaka ditengah-tengah
tutupkan gula melaka dengan membulatkan adunan tadi
masukkan adunan yang sudah siap didalam rebusan air yg mendidih
bila onde-onde tu timbul maknanya kuih dah masak
kemudian gelekkan didalam kelapa parut 


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com