The Ads

Search This Blog

Showing posts with label The Story. Show all posts
Showing posts with label The Story. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Rama-rama 3 Sekawan


Ingat tak lagi fenomena rama-rama yang melanda Malaysia baru-baru ni? Rasanya dimana pon corong radio dan tv malah suratkhabar semua dok hangat cerita pasal rama-rama gergasi ni kan..... Maklumlah dengan saiznya yang besar dan datangya tu pulak dengan berkumpulan.... Dah macam Malaysia kena serang rama-rama pulak.

Walaupun cerita rama-rama ni kurang kita dengar sekarang, mungkin juga semua rama-rama yang datang berkumpulan tu pun dah mati tapi mesti ada lagi sekumpulan yang tersesat kan??? Rama-rama kan bersayap.... so ikut suka hati dialah kan nak terbang kemana..... dan I rasa itu jugalah yang terjadi pada kejadian di rumah I pagi tadi.... Ada 3 sekawan rama-rama datang menziarah... sekor liuk lentuk dalam rumah, sekor malu-malu kucing depan pintu rumah dan sekor lagi bak gagah perkasa kat meja kayu depan rumah.... Sampai si little Faidhi takut nak keluar rumah pagi ni tau.... tak pepasal lambat sikit ke sekolah hari ni.





nota piede : orang dulu-dulu kata kalau rama-rama besar ni masuk rumah, ada orang nak datang.... betul ke uolls?

Saturday, February 4, 2012

Bungkusan Merayau


hai uolls! malam ni i kembali bersiaran.... huhu! alahhh macam tak biasa pulak, i ni kan minah bz body. kalau dah berhari-hari tak muncul tu tandanya i membatukan diri kat opis! haishhhh rasanya macam dah tak menang tangan dah nak handle kerja-kerja kat opis tu. bohonglah kalau i kata tak stress kann, tapi ahhhhhhhhhhhhh sebaiknya bila dalam keadaan tertekan baik jangan dok fikir. lagi kita fikir lagi serabut otak kita ni jadinya.

so bercerita pasal nak menghilangkan tension ni, i dah ada satu cara baru....hehehe.... uolls nak tau apa tak? ni semua berpunca selepas i dilanda 'ombak rindu' lah... dek kerana filem meletop te ba bowwww yang diadaptasi dari sebuah novel...... kini i dah mula kembalikan hobi masa masa zaman sekolah dulu.... apa lagi baca novel ler! tapi sebelum hobi lama ni hangat semula, ada plak kisah tragis disebaliknya tu....selepas dari novel ombak rindu, i dapat info dari adik-adik sayang yang sekarang ni ramai orang dok rebut-rebut baca novel dari tulisan siti rosmizah. novel beliau yang tengah hangat diperkatakan ni berjudul andai itu takdirnya. so dengan semangatnya, i pun mencarilah novel ni di mana je ada kedai buku yang berhampiran kat rumah i. malangnya semua kedai buku yang i pergi out of stock! gggrrrr....... nasib i baik ada pulak sorang adik ni yang  sudi belikan novel tu untuk i. jauh tu uolls..... dari kedah! dahlah susah nak dapatkan novel tu, lepas dah diposkan pun i tunggu-tunggu tak juga sampai. dalam seminggu jugaklah menantinya tu.... tup-tup rupanya novel tu merayau-rayau dan dihantar balik kat orang yang mengepos sebabnya barang diposkan tidak dituntut. sungguh pelik plak difikirkan pasal takde apa bukti langsung nak dituntutkan barang tu........dipendekkan cerita rupanya alamat i yang ditulis tersalah suda! adehhhh tragis sungguh kisah nak dapatkan novel meletop ni. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kat adik sayang kemboja puteh kerana bersusah payah dapatkan novel ni untuk i. sayang tini ketat-ketat! lain kali bleh minta kirimkan lagi yer......jangan serik pulak!

tini pesan, kalau nak baca novel tu kena sediakan tisu banyak-banyak...... dari muka surat pertama je 3 4 helai tisu abis lencun! alamakkkkk ia ke ni........ pinsannnn!!! dah dah.............jom baca!



Monday, January 2, 2012

Goodbye 2011, Hello 2012 !

salam sayang dan rindu uolls!
well, tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya..... dan kini 2012 sudah pun menjelma. hhmm apa agaknya azam uolls untuk tahun baru ni ye? ke.... masih meneruskan lagi azam tahun lepas yang masih belum terlaksana? apa yang pasti setiap orang ada azamnya sendiri, dan apa pun azam kalian i harap semuanya dapat dikecapi akhirnya okay!
hahhh??? azam tahun baru i? hahahahhaa...... seperti biasalah, sebagai seorang anak, isteri dan mama kepada anak-anak.... tentunya azam yang sama setiap tahun akan i pertahankan. i sangat-sangat berharap semoga i dapat melaksanakan segala tanggungjawab sebagai anak, isteri mahupun mama dengan lebih baik dari tahun ke tahun. semoga tahun ni i masih diberi peluang dari yang Esa untuk membalas segala jasa mak dan dapat memberikan lebih lagi kebahagian dihatinya. buat suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi, i harap dapat terus bersamanya mengecapi kebahagian dan keharmonian, saling memahami serta bersama-sama memikul segala tanggungjawab dalam menaikkan taraf keluarga bagi memastikan kesempurnaan masa depan anak-anak kami.......insyaAllah. dalam kerjaya pula, sudah tentulah i akan buat yang terbaik demi masa depan yang lebih cerah...... semoga perjalanan tahun 2012 ini akan lebih mudah buat i sekeluarga.....dan begitu juga uolls ya! sama-samalah kita berusaha demi kebaikan bersama...... selamat tahun baru semua!


Friday, November 4, 2011

Sakit dan berehat, tapi...

setelah berhari-hari bahkan dah berbulan jugak rasanya kesibukan di tempat kerja membuatkan sampai i terlupa tentang kesihatan diri yang sepatutnya diutamakan terlebih dulu.... haishhhhh teruk betulah i ni! padahal start bulan november hari tu, i dah promise dengan diri sendiri yang i akan balik rumah tidak lebih dari pukul 6.30 petang. tapiii bila dah dekat office, semua perkara masuk dalam group 'urgency'..... nak ditolak, dah tentu itu adalah tanggujawab, nak dibiarkan sekejap mulalah rasa gelisah, nak disimpankan saja ehhh tu namanya tak amanah..... tak baik kan! kalau difikirkan pun sampai mati kerja takkan habis. maybe i masih belum bijak dalam mengaturkan masa untuk selesaikan kerja-kerja tu dengan baik. ntahlah.... lately memang ada sikit stress kat office, bukan i saja tau! boleh dikatakan semua kat office maklumlah company dah mula berkembang.... permintaan dah bertambah, kakitangan je kurang. but sometimes i need a good stress to stay motivated and productive!....chewahhhh! ye ke???
so ceritanya hari ni i surrender..... hahahahahaa memang dah tak boleh blah..... system down! hari ni i mc. sume sakit~perut sakit, kepala sakit, badan sakit, pinggang sakit, nasib baik otak tak sakit. kawan2 yang ambil berat pasal i pun dah banyak yang menasihatkan supaya cuti berehat, belum sempat pun nak plan cuti i dah terpaksa mc. so hari ni nak rehat cukup-cukup, tenangkan fikiran lagipun minggu ni cuti panjang sikit.
tapi............... call dari office sehingga ke saat i menulis blog ni pun masih tak berhenti berbunyi. adehhhhh apalah nasib kann. bos rindu kat i ke? kan i kata i sakit. ke u nak tengok i jadi 'hulk'???




nota piede : incredible hulk yang pink tak de ke ek? mesti shomel kann!


Tuesday, October 25, 2011

Jamming Session!

keep on groovin'!!! huhu!
actually ni cerita last saturday night, tapi dek kerana busy memanjang kat office i tak sempat nak update dalam blog ni hah. so ni kira cerita dah basilah yer.... tak kisahlah, lagipun cerita ni i nak abadikan dalam blog kesayangan i ni buat tatapan permata hati i.

alamak.... i dah mula nak melalut pulak. oklah, last friday masa kat office en. pai call bagitau yang malamnya nanti dalam pukul 11 kitorang dapat jemputan untuk 'warm up stage'! adehhh dahlah lama tak jamming, tetiba nak kena warm up stage pulak...... kang ada jugak yang terpecah anak tekak! hhahaahhahahaa....

so lepas balik jer dari office, cepat-cepat siapkan dinner then makan, lepas tu suruh bebudak tido cepat especially si little faidhi tuh! puas dah tepuk tepuk, buat susu nak bagi dia tido, last-last si kakak dan abang yang tido. little faidhi masih terbunkang biji mata.... oleh kerana kitorang dah terlambat, en pai suggest bawa jer si faidhi.

sampai jer kat sana, kitorang disambut mesra dengan owner cafe tu ~ patio @21 dan otai dari kumpulan blackshed, mr lan. cafe tu memang sesuai untuk family bersantai sambil menjamu selera. suasana cafe tu pun nampak cozy dan sangat sesuai bila dihiburkan lagi dengan persembahan muzik dan nyanyian. actually mr. lan ni lah yang menguruskan segala kelengkapan stage. beliau adalah drummer blackshed yang tersohor suatu masa dulu and en. pai 's bestfriend! selalunya i dan en. pai akan jamming sama dengan mr. lan ni, tu yang dia invite kitorang untuk buat warm up stage malam tu. oleh kerana kitorang tak ready sangat malam tu, so jamming pun 3-4 buah lagu jer lagipun keybordist kitorang tak dapat dikesan.

jamming punya jamming, i terperasankan si little faidhi yang bukan main lagi hyper nye. siap menari shuffle, turun naik stage, dan langsung tak endahkan sesapa pun yang melihatnya. ingatkan bila dah pukul 12 malam energy dia akan menurun, tapi ini tak siap jadi photographer dok snap picture sesapa jer yang rajin melayan dia. oh ya, kalau uolls nak tau en. pai i main bass yer. actually kitorang ni dalam perancangan nak cari male singer yang bersuara husky dan keyboardist.....so ada sesapa yang berminat tak??? kalau ada silalah tinggalkan jejak kat komen tu yer... nanti i roger! cepat dapat singer and keyboardist, cepatlah kitorang dapat perform kat patio @21 tu.... meh layan picture malam tu...











nota piede : time i nyanyi tak dapat snap picture pasal i ni merangkap photographer jugak, walaupun time i menyanyi tu ada guest yang ambik gambo, takkan nak minta kat dia plak kann! poyo.....hehehe...


Wednesday, October 12, 2011

ANGRY With Angry Birds





uolls kenalkan karektor kat atas tu! hhmmm... tak mungkin ada yang tak tau tentang kewujudan game yang sangat-sangat digilai ramai iaitu ANGRY BIRDS! tua, muda, budak-budak sekolah dan si kecik yang berumur antara 2 hingga 4 tahun pun tau game ni. tak di nafikan i pun gila main game angry birds ni ok! game yang mendapat tempat dihati manusia di era ini memang seolah-olah dah macam 'candu'. ramai yang akan giankan 'candu' ni kalau tak dapat main sekali sehari kann!

karektor angry birds ni dicipta pada march 2009 oleh satu team yang dikenali sebagai ROVIO dan game angry birds yang pertama telah release dalam aplikasi Apple pada sekitar december 2009. selepas itu game ini barulah dikembangkan ke versi baru di dalam aplikasi android.

dah dah dah cukupppp! apa hal plak i dok cite sejarah si angry birds ni??? i ni kan sebenarnya nak ANGRY kat angry birds! haishhhhhh....oklah, back to the story. pasal si angry birds ni jugaklah, menyebabkan my 'little faidhi' dah kemaruk 'candu' ni siang dan malam. mula-mula dulu i layankan aje si faidhi ni, tapi lama kelamaan geram pun ada. apa taknya, asal i balik keje jer, satu soalan wajib dia pada i ~ mama, adhi nak main ANGY BED lam TAB mama?.... adehhh pening dah si mama ni sekarang. bukannya kata tak nak bagi main game tu, tapi kalau dah sampai tiap-tiap hari mesti nak main angry birds, kang tak baik jugak untuk perkembangan budak-budak yang nak membesar ni. dah tu game tu download dalam i punya galaxy tab plak, memang tak senanglah mamanya nak bagi selalu kan. jahanam jugak tab tu nanti. yang paling sadis lagi, bila little faidhi sampai mengigau malam bercakap dalam tido nak main angry birds. 'nak ANGY BED TAB! nak ANGY BED TAB' adohaiiii!!!..... 2, 3 malam jugak dia mengigau tau! apa tak ANGRY i dibuatnya dengan si ANGRY BIRDS ni!.......pinsan!




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


nota piede : jom kita wat 'angry birds' goreng berempah!



Sunday, May 1, 2011

'Hazard Lights'





you all know what is 'hazard light'? i rasa sume pemandu kat M'sia ni mesti tahu kegunaan 'hazard light' kan espeacially yg dah ada driving licence. kalo tak tau jugak, dah sah2lah lesen korang lesen tipu. waktu i mula2 ambik lesen dulu, sebelum belajar bawak keta kita mesti masuk kelas memandu. dalam kelas tulah kita belajar mcm2.... termasuklah pasal hazard lights ni. betul tak? betulkan.....tp yang buat i geram tu ada gak yg 'bebal' mcm tak tahu jek.... ggrrrrrr

infact the incident happened last week, my car is brokedown after the damansara toll. stressnye ya amat. dahlah hujan lebat, jam teruk pulak tuh. masa drive tu memang dah mcm perasan ada dengar sound enjin mcm pelik je.... nak dijadikan cerita belum sempat nak berenti ke tepi enjin pun mati....alamak!!!!!! napelah jadi time ni, dahlah lepas tol tu berdesup2 keta yg datang. apalagi dengan segera i pun on hazard lights. bila dah kena mcm tu 1st skali yg i call mestilah my hubby en. pai utk melaporkan dari tempat kejadian and then i call PLUS peronda utk dptkan bantuan. Bila dah dptkan PLUS peronda diorang kata, 'puan minta bersabarnye, kami akan cuba sampai secepat yg mungkin dan bergantung juga pd kesesakan jalan raya kerana kami dr Bukit Raja Klang, minta puan bersabar ya'....... hmm ya lah abang PLUS sabar jelah, nak buat mcm mana.... nak tak nak i pun tunggulah dlm keta tuh. Ini yg nak citer pasal perangai org M'sia neh.... dah tahu kita on hazard lights mestilah maksudnya tu ada kecemasan ke, keta breakdown ke.... kan?. tp ini tak mcm diorang tak nampak yg i dah on hazard lights tu...... siap meluncur laju mcm nak di langgarnya keta kita, dah pulak tu ada gak yg hon2 mcm marah pasal keta kita blok jalan. Hoiiiiiii bongok ke korang ni? tak nampak ke aku dah on HAZARD LIGHTS tu! haissssshhhhh .......barua raskol

dari jalan jam sampai dah tak jam, dari cuaca cerah sampai dah gelap PLUS peronda tak sampai2 lg. hah waktu ni lagi sadis. bila dah tak jam sume bas dan lori yang lalu punyalah laju ya amat. macam nak dilanggarnye keta i. nasib baik at last ada gak yg sudi membantu, adalah sorang lelaki bermotorsikal ni berenti bagi bantuan kat i ingatkan dia berenti nak mengurat, ada pulak yg kena sepak kang. nasib baik dia tolong tolakkan keta i ketepi jalan. selang beberapa minit abang PLUS pun sampai, dengan kadar segera dia membelek keta i.... apa taknya waktu tu i buatlah muka sengsara sikit. telek punya telek, enjin pun dapat gak dihidupkan.....lega rasanya. pas tukan en. pai i pun call, 'yang i dah nak dekat sampai ni, tunggu je kat situ ok!' hero melayu ni kalo sampai mesti dah nak last2 cerita tau...... mencikkk! sampai je en. Pai i buatlah muka kesian pulak, so dek muka kesian tulah kitorang pun apa lagi tukar ketalah, tak sanggup i nak drive keta yg breakdown tu bawak balik, takut kang jadi lagi...hehehee so off coz hero melayu yg bawak keta rosak tadi balik kan..... hhmmm apa nak buat dah nak jadi tp nilah kes time balik kerja yg paling stress buat i......

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com