The Ads

Search This Blog

Showing posts with label Me Kids. Show all posts
Showing posts with label Me Kids. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Oh Roller Blade Oh Skateboard

Demam roller blade dan skateboard telah melanda amir amira! Tak kiralah siang ke malam ke..... itu 3 orang tak henti2 praktis katanya....

Ni semua angkara encik pai lah ni yang rajin sangat melayan kehendak anak-anaknya.

Dah macam-macam aksi sarkas yang budak-budak ni buat.....

Thursday, May 24, 2012

Terlepas Kandang!

actually ni cerita agak dah basi.... tulah memanjang je busy, banyak sangat yang terlepas nak mengupdate! i ni selalu jugaklah dapat free pass for movie. so oleh kerana pass tu dah nak dekat expired, last 2 weeks i bawaklah juga kanak-kanak ribena ni pergi tengok movie yang tengah meletup letup kat cinema....apalagi kan, avengers lah! memang tak dinafikan sampai je kat tgv, orang beratur punyalah ramai, nasib baik ada jugak seat untuk kitorang anak beranak ni..... itu pun dapat seat yang paling depan sekali. teleng jugak kepala dibuatnya. tapi yang syoknya tu kanak-kanak ribena, especially si faidhi..... bila dapat seat yang paling depan sekali, dianya memang tak duduk diamlah.... dah macam rumah dia dibuatnya cinema tu. ruang diantara screen dengan seat tu dibuatnya macam playground... nasib baiklah i takde lemah jantung, kalau tak dah pitam kot kat situ. okalah jom layan aksi-aksi kanak-kanak ribena ni bila terlepas dari kandang!











Saturday, March 31, 2012

Sejuk Hati...


bahagia dan bangga hati seorang mama tatkala
anaknya datang bercerita akan kejayaan yang dikecapinya
senyuman ceria yang terukir dibibir
jelas menggambarkan betapa si anak rasa
sungguh puas hati



hanah...... sayang, sejuk hati mama
serasa disirami air terjun diwaktu pagi
tahniah sayang
mama tau, hanah pasti dapat melakukannya
selagi ada usaha, kejayaan akan senantiasa
berada di pihakmu sayang.....


Wednesday, February 29, 2012

Faidhi New Ride!

pada suatu petang si little faidhi hilang bersama babanya.... semua yang kat dalam rumah macam pelik pasal tetiba je keluar berdua dan tak bagitau pun kat kitorang ni. lepas sejam dua beranak tu pun muncul dengan muka tersenyum simpol..... haishhhh rupa-rupanya si baba pegi bawak si little faidhi untuk dapatkan benda alah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





nota piede : pandai pulak si kecik ni tagih janji dari babanya.....

Monday, February 20, 2012

Adegan Terlampau...

satu kejadian yang dilaporkan telah berlaku pada hari ahad lepas tepat jam 2 petang. daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berpunca daripada ketidakupayaan seorang mangsa untuk meneruskan aktiviti-aktiviti hariannya yang telah dirancangkan pada hari tersebut. maka dengan ketidakupayaan itu juga telah menyebabkan satu adegan yang tidak diingini berlaku. semua orang yang disekitar kawasan berdekatan dengan tempat kejadian merasa amat pelik, bingung dan ada juga yang tidak dapat menahan diri daripada ketawa yang terbahak-bahak sehingga terkeluar semua anak tekak, gigi dan gusi! kejadian adegan tido yang terlampau itu benar-benar menyeksakan sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





nota piede : terserlah sungguh notti nya si little faidhi ni !



Thursday, January 19, 2012

It's All About Car!

salam rindu kat uolls sume! ishhh ishhh lama sangat rasanya mood berblogging i campakkan ke laut......ke padang pasir...... ke hutan belantara! kalau ikutkan memang ler hati ni meronta-ronta rindu blogging, namun apakan daya dek kerana memanjang je busy sampai langsung tak boleh nak curi masa sikit walaupun kat rumah. macam poyo je kan i ni! hehehe.....

oklah kita layan cerita baru si little faidhi.... lately i dok perasan si faidhi ni suka sangat dengan model-model kereta. pegi mana pun dia akan cerita pasal kereta. mana je kereta yang dia nampak kat atas jalan raya tu, sedaya upaya dia akan hafalkan apa model kereta tu......  bila nampak je kereta yang dia minat, mulalah asyik tanya itu ini sampai dah tak terlayan. tapi yang paling tak tahan tu, sejak akhir-akhir ni asal pegi bookshop je dia minta belikan magazine yang ada gambar kereta...haishhhhh faidhi faidhi...... boleh tahan gak harga magazine tu. so faidhi's new hobby..... mengumpul any of car magazine!


peace yeowww!



Sunday, January 8, 2012

Permata Hati Mama

tak ada apa yang lebih membahagiakan hati mama selain dari melihat wajah-wajah comel dan kesayangan mama. resah gelisah hati ni bila berjauhan seketika walaupun pada ketika mama di tempat kerja....ntahlah sukar nak dinyatakan persaan mama ni. bagi mama, hanah, chal, adhi adalah hidup mama.....jiwa dan raga mama..... kamu semua adalah permata hati mama, pengikat kasih sayang mama dan baba. akan mama abadikan setiap saat kebahagian yang kamu semua berikan......senyuman, gelak ketawa, senda gurau, jenaka...... segala yang mama abadikan akan menjadi tatapan mama dikala rindu bila permata hati mama tiada di depan mata....








nota piede : mama sentiasa doakan kesejahteraan buat anak-anak mama.....semoga menjadi anak yang baik, berpekerti mulia dan tinggi imannya serta berjaya dalam hidup baik didunia maupun di akhirat......amin


Sunday, December 25, 2011

Big Boy Don't Cry!


peristiwa di cuti sekolah yang tidak dijangka.....hahahaha! kesian anak mama chal.... actually i dan en pai memang langsung tak merancang nak sunatkan chal pada cuti sekolah hujung tahun ni. semuanya last minute plan, chal pun sebenarnya agak ragu-ragu bila diajukan soalan kat dia......"chal nak sunat tak?"....dengan terpinga-pinga, dia cuma angukkan kepalanya saja. so last week en pai bawa chal bersunat dengan menggunakan kaedah 'smartklamp'. lepas cukup seminggu klamp pun dah dibuka. sekarang ni hanya menunggu luka 'kuku bird' dia kering je! hhmmm anak mama dah jadi herolah sekarang yer!..... mama tau abang rasa sangat sakit dan pedih sejak beberapa hari tu, tapi dengan semangat keberanian abang tu dan daya ketahanan yang kuat membuatkan abang mampu menanganinya. big boy dont't cry hah!


That's My Girl






actually entry ni patut dah di update sebelum cuti sekolah lagi. memandangkan simamanya ni asyik busy je kat office so tak berkesempatanlah jawabnya. kesian princess mama.....baiklah sayang, mama akan sedaya upaya mengupdate apa je cerita anak-anak mama minggu yang agak ada sedikit kelapangan ni.

congratulations my dear hanah! alhamdulillah atas kejayaan anak mama dalam peperiksaan akhir tahun lepas. mama amat bangga dengan kejayaanmu sayang. semoga kecermelangan ini akan terus menyuntikkan semangat buat anak mama agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi. kejayaan hanah adalah kejayaan keluarga kita bersama. mama dan baba akan sentiasa doakan yang terbaik untuk hanah.....dan untuk hero-hero mama juga....chal dan adhi.


Thursday, October 27, 2011

Karnival Sekolah

bila anak-anak dah bersekolah, kenalah kita merajinkan diri memenuhi aktivi-aktiviti yang dianjurkan sekolah anak-anak kita kann... so itulah jugak yang terjadi dekat i dan en. pai. actually, ni entry dah basi. tapi seperti yang uolls tau i kan very the bz woman nowdays....hahahahahaa bz lah sangat kann! ntahlah nak kata malas tu, adalah jugak.... tu yang lambat update entry tu.

oklah..... hari karnival sekolah wawasan berlangsung pada last sunday. i dan en. pai terpaksalah bangun seawal pagi nak temankan si hanah dan chal, tak lupa si little faidhi tu pun ikut sama tau. sampai je kat sekolah, semua cikgu-cikgu tengah berhempas pulas buat preparation. boleh tahan banyak jugak gerai-gerai yang dibuka termasuklah gerai makan seringgit, gerai hotdog ala-ala 1901, gerai nasi berlauk, gerai kuih muih, gerai ice blended, gerai alatan permainan dan aksesori, gerai buah-buahan, gerai minuman, gerai karoeke pun ada. bukan setakat tu aja, siap ada mini cinema, cycling go-kart, poney riding, water park game, control car racing dan rumah hantu. boleh dikatakan happening jugak sekolah wawasan bila anjurkan karnival ni. so konsep karnival macam biasalah, segalanya pakai kupon..... selain daripada tu kupon-kupon yang dibeli akan ada cabutan bertuah but no luck for chal and hanah. kesian derang yang sememangnya ternanti-nanti nama dipanggil nak dapat hadiah cabutan tu...hehehe....

so selain dari membeli belah segala makanan dan minuman, hanah dan chal cuma riding poney dan masuk rumah hantu jek..... hmmm cerita pasal rumah hantu, hanah siap nangis teresak-esak lepas keluar dari rumah hantu tu.....hahahahahhaah kelakar pulak kitorang dibuatnya..... tulah nak masuk sangat, mula-mula i dah tegah takut dia terperanjat kat dalam tu, tapi katanya berani sangat! haishhhh tulah budak-budak kan..... ikutkan aje lah!










Tuesday, October 18, 2011

Doa Mama Buat Mu Sayang...

cepat cepat cepat.... dah pukul 7 ni! macam tulah setiap pagi bila nak menguruskan anak-anak pergi sekolah... tapi pagi ni hati i rasa resah gelisah sikit. apa taknya si hanah dan chal akan menduduki exam akhir tahun bermula hari ni......haishhhh kenapa pulak mamanya yang resah kann! kita yang berdebar-debar, tapi tengokkan diorang relax jer. tak pe, bagus bagus bagus.... bila nak menghadapi exam kita mesti tenang ya hanah, chal!



buah hati mama hanah & chal, mama harap anak mama tenang dan berhati-hati menjawab soalan exam tu nanti ya. baca soalan baik-baik, jangan tergopoh gapah tau! mama doakan semoga semuanya berjalan dengan mudah dan lancar. Amin...


nota piede : insyaAllah kejayaan akan sentiasa bersama anak-anak mama selagi kita ada usaha dan diiringi doa yang tulus ikhlas dari mama. mama sayang sangat anak-anak mama...


Thursday, September 8, 2011

Kemaruk Kasut Raya

balik dari keje semalam, little faidhi menyambut kat pintu dengan gelagat ceria dia ya amat..... tapi yang buat i pecah perut gelak guling-guling bila little faidhi pakai kasut raya dalam umah.... dah kemaruk gamaknya, tak puas beraya dengan kasut baru tu kot! hahahahahhahahahaaa ........ bila i naik atas kebilik pun dia ikut dengan kasut raya dia tu siap posing kat tepi katil sambil tengok tv.....faidhi....... faidhi........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





asalkan anak mama bahagia.......

Friday, August 26, 2011

Nak Menang Merdeka!

pagi tadi i terpaksa bangun awal sikit pasal nak menyiapkan si hanah dan chal. hari ni diorang ada pertandingan menyanyi lagu merdeka kat sekolah..... haishhhh macam manalah gamaknya diorang eh? harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. semalam si hanah dah pesan yang cikgu kata kena pakai baju kurung dan make up cantik-cantik. so i apalagi dengan kepakaran yang ada memang terserlahlah kecomelan hanah lepas di make up! cewahhhhhh masuk bakul angkat sendiri! si chal pulak kena pakai baju melayu dan bersamping bendera malaysia. hhmmmm jenuh jugaklah hari tu menjahit bendera nak disambungkan menjadi samping. wahhhh terserlah kehenseman chal bila bersampingkan bendera. dah macam arwah sudirman masa buat show merdeka dulu je kebetulan pulak cikgu memang suruh chal nyanyi lagu merdeka arwah sudir! masa hantar diorang pagi tadi kat sekolah, i rasa bangga sangat bila dua-dua pun mewakili kelas untuk pertandingan tu. haiiii kemanalah kuah kalau tak tumpah ke nasi. mewarisi bakat seni mama dia ni! huhu terlebih suda! bagus jugak cikgu sekolah diorang ni buat pertandingan macam ni sempena menyambut hari kemerdekaan, bukan apa dari keciklah kita kena terapkan dalam hati jenerasi muda ni untuk cintakan negara sendiri dan tau sejarah kemerdekaan malaysia kan! mama harap hanah dan chal dapat hadiahkan kemenangan supaya menjadi kebanggaan cikgut nora dan cikgu rosidah ok. tapi tulah yang frustnya dek kerana tergesa-gesa pagi tadi i tak sempat nak ambik gambar diorang...potong betul lahhh!



nota piede : hanah, chal buat betul-betul tau. nyanyi lagu merdeka kena bersemangat. mama doakan anak- anak mama menang dalam pertandingan hari ni.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 25, 2011

Macam Setahun Tak Makan!

bila cerita je pasal anak-anak, memang bermacam ragamkan diorang ni! kadang-kadang tu naik geram jugak kita ni dibuatnya bila anak-anak ni buat perangai. tapi bila nengok time diorang ni tido, alahai..... sayu pulak rasa hati ni, mulalah perasaan sayang tu bertambah meluap-luap dan pelok diorang tak lepas-lepas. ni i nak cerita sikit pasal perangai si little faidhi tu. sekarang ni umur faidhi dah masuk 2 tahun 9 bulan. selalunya budak yang umur dah macam ni kalau bab makan tu mesti dah teror kannn! tapi little faidhi ni tak macam tu, boleh dikatakan dia makan nasi atau apa-apa je makanan yang agak berat lebih kurang seminggu sekali. paling banyak pun 3 kali. kadang-kadang tu naik risau i dibuatnya. risaukan kesihatan dia, yalah.... kalau tak makan betul-betul takut badannya jadi lemah, nanti mulalah macam-macam penyakit yang nak menghinggapkan. tapi kalau bab minum susu memang little faidhi is no 1. dia memang kuat minum susu, satu hari dia akan minum susu lebih kurang 8-10 botol. pengsan jugakla baba dia kena beli stok susu tiap-tiap bulan..... 

sejak bulan puasa ni, little faidhi memang pengacau yang paling ganas bila mula je kitorang nak buka puasa. selalunya time berbuka tu jugaklah dia nak i tidokan dialah, suruh tepok dialah, nak susu yang i je buatkanlah, nak dukunglah..... haishhhh geram betul dibuatnya. bila kita suruh dia makan, katanya 'adhi kenyangla'.......hahahhaaha uolls nak tau dia ni memang keletah sangat dan cakapnya pun tak pelat. bila dengar dia celoteh memang dah macam budak umur 4 tahun je! selalu yang kena ceramah dia, abang chal dan kak hanah dialah!

semalam time berbuka little faidhi kata dia lapar sangat. bila kitorang dengar macam rasa ya tak ya je..... siap dah warning dia tu suruh makan betul-betul. uolls nak tau apa dia jawab 'adhi tak notti la'..... lepas dah sendukkan nasi dan sikit lauk kat dia, tetiba kitorang semua berpandangan diantara satu sama lain! ehhhh betul ke faidhi ni??? bila tengok dia makan, i lah yang paling rasa happy sangat..... bersungguh-sungguh betul dia makan. dah macam orang setahun tak makan lagaknya!.... faidhi.....faidhi......kalau tetiap hari makan macam ni kan bagus.







nota piede : mama nak adhi makan macam ni tiap-tiap hari ya.....

Wednesday, June 29, 2011

Ni Yang Buat Tak Tahan...






alahai faidhi..... napelah lasak sangat sayang oiii
kalau tak di bawa, menjerit-jerit nak ikut
bila dah di bawa, macam ni lah peelnya
dah malas mama nak kejar
buat jelah apa nak buat
intan payung... buah hati...
kang malam mama gak yang susah nak lena
kalau dah faidhi asyik mengigau
bila dah hyper active waktu siangnya...
mengigau sikit-sikit tu tak pelah jugak
ni siap meraung macam orang kena pukul
apa pulak jiran kata nanti
silap2 kang ada pulak yang call talian dera
buat report.....hah macam mana?
aduh haiiiii


nota piede : nak rotan anak depan orang ramai macam melampau pulak. bila ditegah, lagi dia buat. waktu sebegini memerlukan tahap kesabarn yang amat tinggi.


Sunday, June 19, 2011

Jangan Notti!

hai ntah napelah pepagi hari ni Faidhi buat perangai
masa bangun tido tadi ok je.... gelak-gelak
siap nyanyi..... (dalam sebutan dia)~icha awah 3x yu ha ah wey
hahhahaaa sebenarnya lagu InsyaAllah~Maher Zain
sabo aje lah..... bila tiba time bekfes
mula dah main baling-baling makanan-pinggan-cawan-sudu
hah apa lagi memang kenalah dengan babanya
bila dah menangis mcm kesian pulak
hhmmm hati mak..... kan!



tulah..... lain kali jangan notti lagi!



Friday, June 17, 2011

Belajar Hidup Susah




intan payung buah hati mama semua......
sengal caesarean mama ni masih lg terasa
tup tup.... dah besar anak-anak mama rupanya
amir(s) dan amira........
mama bahagia di anugerahkan Allah kamu semua pada mama
kamu semua adalah kunci kebahagian mama dan baba
kamu semua pengikat kasih sayang mama dan baba
kamu semua adalah penyeri hidup mama dan baba
kamu semua adalah kekuatan dan keazaman mama dan baba
menempuhi onak ranjau, perit getir dalam membina sebuah keluarga
kesayangan mama sekalian....
walaupun mama dan baba mencurahkan sepenuh kasih sayang
dan harta kebendaan
janganlah anak-anak mama semua mudah lalai.....
apa yang mama dan baba beri
bukanlah untuk kamu banggakan pada sesiapa
bukanlah untuk kamu tunjukkan yang kamu orang berada
itu cuma tanda kasih sayang sejati mama dan baba
apa yang mama harapkan pada anak-anak mama semua
belajarlah hidup susah
belajarlah untuk berkongsi jika kita ada lebih
belajarlah untuk sentiasa menghulurkan bantuan pada yang memerlukan
belajarlah untuk jadi orang yang bermurah hati
ingat sayang, 
sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan
mama pasti apabila anak-anak mama besar nanti
hidup akan lebih sempurna, bahagia, dipandang mulia dan di berkati oleh NYA
InsyaAllah.....Amin


Tuesday, May 31, 2011

Faidhi's Bestfriend~BumBleBee


hello uolls..... today's n3 is all about me little faidhi
last week me and hubby, together with the kids....of course
pegilah jenjalan kat carrefour kota kemuning
me hubby dah gajikan masa tu, kenalah pegi beli barang2 dapur
yang dah nyawa2 ikan tuh!
row by row kitorang menjengah supaya tak tertinggal list
tetiba..... sampai kat satu row neh.....(alamak!!! silap masuk da...kawasan larangan....
~TOYS AREA~
abih tu nak buat camno....redah gaklah, pasal si little faidhi dah
jumpa apa yang diidamkan selama neh....
so nilah dia besfriend baru faidhi
~BumBleBee~






Asalkan bahagia.....

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com