The Ads

Search This Blog

Showing posts with label Our Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Our Ramadhan. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan




dikesempatan ini, i dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua bloggers yang rajin menyinggah di sini, sahabat handai, saudara mara dan khususnya buat keluarga tersayang.

semoga ramadhan kali ini akan lebih membawa keberkatan dalam setiap amalan kita dan mendapat kerahmatan dari yang Maha Esa

salam kemaafan buat semua...



Saturday, August 27, 2011

Sementara Tunggu Sahur...

sebenarnya pada minggu lepas lagi i dah janji dgn hanah nak buat kuih raya. memandangkan mood tak mari lagi so i diamkan ajelah. nasib baik si hanah ni tak sibuk bertanya!

on the way balik dari opis td, tetiba i rasa macam bersemangat pulak nak buat kuih raya. maybe jugak pasal jumaat adalah last day before i start cuti raya! yahuuu! so lepas je berbuka tadi i bawa itu three stooges pegi giant temankan i beli barang nak buat biskut cornflakes rangup!

agenda mengonflakeskan diri bermula sekitar pukul 12 malam... tak sangka jugak i itu three stooges yang sanggup bersengkang mata nak menyiapkan biskut cornflakes ni! 






lepas satu loyang ke satu loyang kitorang masukkan adunan ke dalam oven, dan lepas tu jugakla sorang demi sorang surrender terus cabut naik ke bilik tido! haiii bebudak ni...orang lain yang beria- ia, mama jugak yang kena settle kan saki baki biskut cornflakes tu.... hmmm nasib baikla i ada mer'maid' yang boleh tolong!




hahhh inilah hasilnya keje separuh jalan hanah dan chal...huhu! ....... i siap tambah untuk satu adunan lagi tau! pengsannnn! oh ya..... resepi biskut cornflakes rangup ni i dapat dari my beloved cousin ....noorfarahaida.... tapi i modified sikit resepi ni dengan tambahkan kismis hitam...hehehe..... slalunya setiap tahun i akan minta cousin i ni yang buatkan, tapi dah si hanah sibuk sangat nak buatkannn so i layankan je lah! 




uolls dah buat biskut raya?????



Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Masa Ni Lah....


bila bulan puasa, masa yang paling seronok bila adik beradik berkumpul. so last week i dan adik-adik plan buka puasa sama-sama. selalunya rumah i lah port yang paling utama. maklumlah kakak yang sulong so adik-adik kena mengadaplah kannn! menu masakan pun i yang akan decide pasal yang tukang masaknya pun dah tak de orang lain lagi kalau tak akakkkkkk ni jugak! uolls nak tau i masak apa hari tu?... hmm i buat nasi ayam hainan, 2 ekor ayam panggang dan kuih talam ubi.....ni sume air tangan sendiri tau! adik bongsu i beli mertabak singapore dari bazar ramadhan kat keramat. tapi yang buat kitorang adik beradik happy sangat-sangat bila tengok wajah mak yang ceria tu. tapi dalam pada tu tersentuh juga hati ni.... ntahlah i rasa sayu, maybe sebab ayah dah tiada....lebih 18 tahun jugak kitorang adik beradik dan mak berbuka puasa tanpa ayah.........sedih.


nota piede : semoga arwah ayah tenang di sana... al fatihah


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

salam sayang buat semua.....
rasanya masih belum terlambat untuk i ucapkan selamat berpuasa
kepada sesapa pun yang menjengah blog ini
dek kerana kesibukan tugas seharian
blog kesayangan ini i lupakan seketika

*********************************



kembang melati sungguhlah indah
di tengah taman jadi hiasan
harum ramadhan tercium sudah
salah dan khilaf mohon dimaafkan

bunga teratai indah berseri
kuntuman mekar mencuit hati
bersihkan hati sucikan diri
tunaikan ibadah setulus hati

********************************

selamat berpuasa dan salam ramadhan dari i sekeluarga


All About My Story

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com