The Ads

Search This Blog

Friday, June 10, 2011

'Blogging Itu Aku Suka'

hello uolls.....
jangan marah haaa... ingatkan hari ni dah tak dpt langsung ngadap blog!
sampai2 umah je tangan dah gatal nak on mac.....
sambil dok menjengah blog org, i cam tingin nak join segmen neh....hehehe
i kan baru berjinak dlm dunia blogging ni.... yeayyy
i memang suka blogging..........
uolls jomlah join sama


so sesape je yang terbaca n3 ni
automatically uolls ter'tagged' lah ye.....
so apa tunggu lagi.... jom join!
mehlah kita sama2 support blogger neh!
tarikh tutup 15 Jun tau....

Cheers!

Wednesday, June 8, 2011

Kari Ayam

salam pagi uolls.....
how's everything today? i harap2 sumenya ok2 ajelah ek! sape yang tak suka kari ayam? hahahhaa..... i'm sure ramai yang suka kari ayam, tak mungkin ada yang tak sukakan. so pagi ni i nak share resepi kari ayam spesel cara i walaupun i tau ramai kat luar sana pun pandai buat kari ayam ni.
 



bahan a (ditumbuk halus) :
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia

bahan b :
1 ekor ayam (potongan saiz ikut suka)
1 peket rempah kari
(kalau nak pekat 1 1/2 peket)
1 sudu besar serbuk cili
bahan penumis (kulit kayu manis, 
bunga cengkih,buah pelaga, bunga lawang)
200 ml santan
2 biji kentang
daun kari


cara-caranya :
mula-mula tumiskan bahan penumis dalam minyak panas. kemudian masukkan bahan a dan kacau sehingga naik bau. masukkan serbuk cili kacau seketika dan teruskan memasukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan juga daun kari. masak sehingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kemudian masukkan ayam biarkan sehingga ayam sedikit kecut (elakkan lauk cepat basi). masukkan santan dan apabila sudah mendidih masukkan kentang dan biarkan sehingga mesra. akhir sekali masukkan cili hijau yang telah dibelah sedikit. kecilkan api dan biarkan sehingga terbit minyak dan sedia untuk dihidang. 


selamat menjamu selera!

Monday, June 6, 2011

Balik JB

gud afternoon uolls........
sihat ke hari ni? every monday kita sume mesti ceria tau. haaahaaa uolls nak tau, hari nikan mood i happy sangat. banyak benda nak update dalam blog ni. last saturday agak bz sikit, bukannya apa~dah lama kitorang tak balik jb. kebetulan ada jemputan kahwin kat pontian, so dah alang2 ke arah selatan, terus ajelah ke jb. dari rumah kitorang bertolak lebih kurang pukul 10.30am. siap2 bekfas kat umah dulu, pasal my en. pai tak nak singgah mana2~straight a way to rumah kenduri kononnya. tp dalam perjalanan tu en. pai yg tak larat menahan mata~ngantok bebenor katanya.....hehehee so kitorang singgahlah sekejap kat RnR pagoh. sementara en. pai nak menyegarkan matanya, i ngan anak2 pun pergi segarkan mata kat gerai2 yang ada~beli pau untuk alas perut..... dan yang paling best i ternampak sumthing yang memang dah lama sangat i tak makan~last makan menda tu pun masa umur i 10 ke 11 tahun....hah! apa dia? haaaa inilah dia.....



 hhmmm dah lama betul i tak makan sagon ni, apalagi i ajarlah anak2 i makan sagon ni jugak. seronok betul diorang dapat rasa 'ala2 candy' zaman mamanya dulu~budak2 sekarang cuma tau marshmellow jek! so habis memborong sagon, kitorang pun meneruskanlah perjalanan ke pontian. uolls nak tau, dalam keta anak2 i dah macam pirana yang kelaparan~licin pau diorang kerjakan. lapar sangat gamaknya yer.......
sampai je kat pontian, kitorang pun mencarilah umah kenduri kahwin tu kat kg api2. sepanjang perjalanan nak menuju ke kg api2 tu kalau tak silap i ada lebih kurang 8 umah yg buat kenduri kahwin. gamaknya sume orang kampung yang berdekatan tu kekenyangan seharian asyik dok makan kat umah orang kenduri..... sempat gak i ambil pic kat umah kenduri kahwin yang kitorang pergi~saudara mara en. pai






lepas settle kat umah kenduri kahwin, kitorang dah tak sabar2 nak ke jb, bukannya apa cuaca panas sangat, kesian betul bila tengok anak2 i yang macam dah nak pitam menahan cuaca yang panas terik tu. sesampai je kat jb, tempat bermalam dah tentulah umah port 'wajib' kitorang~larkin jaya. sume saudara mara belah en. pai kalau balik jb mesti berkumpul kat situ.
bila dah sampai tempat 'port' syoklah~dpt mandi (sejuklah sikit badan), tido, baring2, guling2, tengok tv. dalam pada tu tiba2 menyelit pulak babak i jadi dentist tak bertauliah~anak i yang nama chal tu gigi dia dah goyang sangat, memang perlu dicabut....kalau tak nanti ada yang tertelan gigi sendiri kang! yang klakar dengan anak i si chal ni, punyalah penakut nak cabut gigi, siap berlari keliling nak mengejar dia~bukannya tak pernah cabut sebelum ni....haizzzz
uolls nak tau, agenda yang paling menarik sekali lepas kitorang dinner (makan nasi & lauk umah org kahwin je. dah tapau banyak sangat~5 set), cousin en. pai panggilan manjanya meme telah meng'order' sate. yang bestnya pasal sate ni ialah service dari umah ke umah. kalau zaman dulu2 diorang bawa pakai bakul raga (alah... yang macam dalam cite p. ramlee or wahid satay tu) tapi skrg senang dah ada motor. tapi i tak rasa kat kl ada orang jual sate cenggini, abang yang jual sate ni pun memang dah terkenal seluruh jb~abang bahari. uolls nak tau...rasa satenya memang marvellous....sorrylah cakap~hj. samuri ke, sate uptown ke, sate ria ke (ada lagi ke) bagi i memang kalah.....






kalau dah balik jb, selalunya cite yang tak habis2 mesti pasal makan...dan makan....dan makan. esoknya kitorang punya bekfas pun as usual....mesti beli kat tapah (tempat paling femes kalau nak beli bekfas kat jb ni). dahlah makan bekfas kitorang ditaja (thanx meme) beraneka jenis pulak tu.... nasi lemak, nasi jawa, mee hoon, karipap, lepat ubi, lepat pisang & kuih kertas ........ memang kenyang sampai tengahari.....

so lepas bekfas kenyang2, kitrorang pun bersiap2 balik kl. kitorang terpaksa bertolak awal sikit~takut tersangkut jam... kan tengah musim cuti sekolah. dalam perjalan balik ke kl, i tengok muka anak i sorang2, sume muka penat. diorang tido dlm keta sampai kat kl dan en. pai sudah pasti tidak ada persinggahan dimana2 pun RnR ya....so straight a way back home!




cheers!

Friday, June 3, 2011

Sotong Masak Kunyit

salam uolls..... dah dinner ke?
uolls masak apa malam ni?
apa...i? hhmm baru lepas masaklah
ni, untuk dinner malam ni i buat sotong
masak...ntah... tak tau apa namanya....
hahahhahaa resepi sendiri. oklah i bagi
nama sotong masak kunyit.





Bahan A :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras


Bahan B :
1 sudu besar cili boh


Sotong putih
Air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak


Caranya :
Kisar bahan A sehingga halus. Panaskan
minyak dan tumis cili boh sehingga garing.
Masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau
sekali sekala sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa dan
tambahkan sedikit air ikut keperluan.
Biarkan seketika dan masukkan sotong.
Apabila sotong sudah masak dan mesra
bersama kuahnya, tutupkan api dapur.
Sedia untuk dihidang.


Selamat menjamu selera!

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 
Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 
Membaca surah al-Kahfi. 
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 
Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. 
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. 

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. Antara kepentingannya adalah: 
Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam. 

Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri. 


Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran”. Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya. Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:
Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com