The Ads

Search This Blog

Saturday, October 29, 2011

1 Cukup!

kurangkan manis dalam minuman, banyakkan manis dalam senyuman.... kurang gula, badan pun lebih sihat. 1 sudu gula sudah cukup ya!



boleh dikatakan kebanyakan orang-orang kat malaysia ni tak boleh hidup tanpa gula. apa-apa pun makanan dan minuman mesti ada gula. nak masak lauk pauk, kuih muih semua mesti ada gula apatah lagi kalau nak buat kek atau cookies kan. tapi tau tak uolls kalau kita ambik gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita. 

oklah, i sebenarnya nak share dengan uolls beberapa langkah bijak bagi pengurangan gula dalam kehidupan kita seharian. perkara yang baik haruslah dikongsi, lagipun secara tak langsung boleh educate diri sendiri. untuk pengetahuan uolls, ada 7 langkah kesemuanya, iaitu;

1. sentiasa minum air kosong berbanding minuman manis seperti air gas dan air kordial.



2. hadkan penggunaan gula, susu pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh saja untuk setiap cawan minuman (ni memang susah sikit, nanti nescafe i tak kaw! tapi i akan kurangkan juga secara sikit demi sikit....hehehe)



3. cuba elakkan atau hadkan penggunaan gula dalam masakan kita seharian. kalau nak buat kek atau kuih muih tu cuba rendahkan kandungan gula ya.



4. sebaiknya elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula diantara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.



5. kalau boleh gantikan pencuci mulut atau desert seperti kuih, kek dan bubur pengat tu dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.



6. kalau beli barang makanan di kedai-kedai, baca dulu senarai ramuan pada label. elakkan produk makanan dan minuman dimana gula atau gula tambahan tersenarai di bahagian awal.



7. pilih produk yang hanya dilabel 'kurang gula', 'bebas gula' atau 'tanpa gula tambahan'.



marilah kita sama-sama membuat perubahan demi kesihatan dalam kehidupan kita seharian. bila badan sihat, otak kita pun cerdas. lagipun masa kita masih panjang untuk sama-sama membesarkan anak-anak kan. kalau kita dah sakit nanti tanggungjawab pada anak-anak akan terabai pulak. keluarga sihat, keluarga bahagia! betul tak?


Friday, October 28, 2011

Ayam Masak Kicap Lebur

ok, hari ni nak share menu dinner semalam yang mudah, ringkas dan dah tentu-tentunya sedap!



bahan-bahan
1/2 ekor ayam ~ i pakai 3 keping whole leg dipotong 4
2 biji kentang ~ belah 8
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
lada hitam ~ ikut pada selera memasing
daun bawang ~ tak letak pun tak pe

cara-caranya
mula-mula gorengkan kentang dan ketepikan dulu
kemudian tumbuk sekali segala bawang-bawang, halia dan lada hitam sehingga halus
selepas tu lumurkan pada ayam dan perapkan seketika
panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar
leburkan saja ayam yang diperap tadi ke dalam kuali
kacau seketika sehingga air ayam kering
masukkan air ikut pada kesesuaian kuah yang dikehendaki
bila ayam dah agak masak, masukkan kicap
biarkan isi ayam mesra dengan kuahnya
rasakan garam secukupnya
jika nakkan kuah pekat bolehlah bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air
kacau sebentar dan akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng tadi
boleh juga dicampakkan sedikit potongan daun bawang
dan percikan minyak bijan

mudahkan...... leburkan je semua bahan tu!
selamat mencuba...



Aishiteru - Zhivilia Band



Thursday, October 27, 2011

Karnival Sekolah

bila anak-anak dah bersekolah, kenalah kita merajinkan diri memenuhi aktivi-aktiviti yang dianjurkan sekolah anak-anak kita kann... so itulah jugak yang terjadi dekat i dan en. pai. actually, ni entry dah basi. tapi seperti yang uolls tau i kan very the bz woman nowdays....hahahahahaa bz lah sangat kann! ntahlah nak kata malas tu, adalah jugak.... tu yang lambat update entry tu.

oklah..... hari karnival sekolah wawasan berlangsung pada last sunday. i dan en. pai terpaksalah bangun seawal pagi nak temankan si hanah dan chal, tak lupa si little faidhi tu pun ikut sama tau. sampai je kat sekolah, semua cikgu-cikgu tengah berhempas pulas buat preparation. boleh tahan banyak jugak gerai-gerai yang dibuka termasuklah gerai makan seringgit, gerai hotdog ala-ala 1901, gerai nasi berlauk, gerai kuih muih, gerai ice blended, gerai alatan permainan dan aksesori, gerai buah-buahan, gerai minuman, gerai karoeke pun ada. bukan setakat tu aja, siap ada mini cinema, cycling go-kart, poney riding, water park game, control car racing dan rumah hantu. boleh dikatakan happening jugak sekolah wawasan bila anjurkan karnival ni. so konsep karnival macam biasalah, segalanya pakai kupon..... selain daripada tu kupon-kupon yang dibeli akan ada cabutan bertuah but no luck for chal and hanah. kesian derang yang sememangnya ternanti-nanti nama dipanggil nak dapat hadiah cabutan tu...hehehe....

so selain dari membeli belah segala makanan dan minuman, hanah dan chal cuma riding poney dan masuk rumah hantu jek..... hmmm cerita pasal rumah hantu, hanah siap nangis teresak-esak lepas keluar dari rumah hantu tu.....hahahahahhaah kelakar pulak kitorang dibuatnya..... tulah nak masuk sangat, mula-mula i dah tegah takut dia terperanjat kat dalam tu, tapi katanya berani sangat! haishhhh tulah budak-budak kan..... ikutkan aje lah!










Wednesday, October 26, 2011

Cucur Kurma Kak Lily


cuti deepavali memang i habiskan sepenuh masa dan detik bersama family tercinta. i dan en pai bangun seawal pagi kerana tak nak buangkan masa yang terhad hari ni bersama 3 budak notti tu! hehehe.... bersarapan ala-ala western je pagi ni. lebih kurang pukul 10 pagi kitorang anak beranak keluar pergi membeli belah segala barang dapur dan sebagainya. lagipun budak-budak ni dah rindu dengan uncle ronald mc'donalds nye tuh! lepas habis memborong, bergegas balik umah utk masak makan tengahari~se simple yang boleh.... sambal sardin, taugeh goreng, drummet, telur dadar dan sambal belacan.....wowww mabeles jugak, siap bertambah-tambah. hancur lagi diet i tau! lantaklah! cuaca memang syok je hari ni, lepas hujan lebat tengahari tadi dah tentu-tentu petang perut mulalah start berkeroncong. fikir punya fikir..... apalah agaknya kuih yang simple nak dihidangkan kat budak-budak notti tu yer? jeng jeng jenggggg tetiba teringatkan cucur kurma kak lily. memandangkan kurma yang melambak-lambak dalam peti ais tu, i pun cubalah resepi yang ringkas ni dan ternyata memang sedap! berebut-rebut budak-budak makan cucur kurma ni. thanks yer kak lily!




nota piede : apa pun juadah dari air tangan sendiri, anak-anak mesti puas menikmatinya kann!


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com