The Ads

Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita


setiap tahun pada 8 mac, seluruh dunia akan meraikan hari wanita. sebagai wanita, i rasa teramat bangga kerana dilahirkan ke dunia ini dari seorang yang bergelar wanita juga........ betapa indahnya ciptaan dari NYA tentang wanita itu sendiri. terdetik di hati ni serasa ingin berkongsi dengan semua wanita diluar sana dan juga kepada lelaki yang mengagumi wanita yang dekat dengan mereka tentang hari wanita ini.

sejarah perjuangan wanita yang berabad lamanya untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. peristiwa yang telah berlaku pada 155 tahun yang lalu iaitu 8 mac 1857, satu mogok besar-besaran diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di new york. mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang rendah, masa kerja yang panjang serta suasana keadaan tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan. 50 tahun kemudian pada ogos 1910, persatuan wanita sosialis antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. pada tahun 1975, bangsa-bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai hari wanita sedunia.

so, di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latar belakang agama, kaum, budaya dan politik bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan yang bangga, gembira dan ceria.....dengan ini juga i mengambil kesempatan di hari yang sungguh indah ini mengucapkan selamat menyambut hari wanita 2012! salam muhibbah kepada semua wanita di luar sana....



nota piede : sayangilah wanita yang paling dekat denganmu dan yang sekelilingmu....



3 comments:

oshin-jamel said...

" SELAMAT HARI WANITA : kakak sayammm♥

Azhafizah MN said...

Inspirasi wanita..selamat hari wanita ^__^

p/s:kak,inbox fiza apa yang akak nak tu ye?

Anonymous said...

hari yang buat wanita sedar mereka wanita..sekarang dh heboh ada dragons di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com