The Ads

Search This Blog

Monday, May 23, 2011

If You Can Dream It, You Can Do It!



Assalammualaikum, selamat pagi, good morning uolls...
bermulalah episod baru dlm kerjaya i. diharapkan semoga semuanya berjln dgn mudah dan lancar. mungkin seharian ni i agak bz sikit, almaklumlah 1st day.... byk benda dan perkara yg nak ditelaahkan. anyway, i harap hari ni akan berakhir dgn penuh keceriaan! uolls doakan i ye...
cheers!


Quote for myself n for uolls too :
"go confidently in
the direction
of your dreams!
LIVE THE LIFE
you've imagined"
~thoreau~

Sunday, May 22, 2011

Life Goes On




“Live life fully while you're here. Experience everything. Take care of yourself and your friends. Have fun, be crazy, be weird. Go out and screw up! You're going to anyway, so you might as well enjoy the process. Take the opportunity to learn from your mistakes: find the cause of your problem and eliminate it. Don't try to be perfect; just be an excellent example of being human.”


~Anthony Robbins~

Ayam Masak Serai Lengkuas

hepi noon uolls! dah lunch ke? masak apa hari ni? today i wanna share my favourite dish with all of u! hhmmmm me like....






Bahan-bahan :
1 ekor ayam (saiz potongan, ikut suka uolls)
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
200 ml santan
1 batang serai (dititik)
1 / 2 keping asam keping (bergantung pada saiznya)
1 cawan air


Bahan-bahan yang dikisar :
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras


Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga
agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan
yang dikisar tadi, kacau dan biarkan sehingga
naik minyak. Masukkan air diikuti santan. Bila
sudah agak mendidih, masukkan ayam, serai
dititik dan asam keping. Masak sehingga
ayam mesra dengan kuahnya dan naik minyak.
Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa
masing-masing.


Selamat mencuba!

Saturday, May 21, 2011

Peragut! Kau Kejam!

Salam semua... Uolls sakit hati tak, dek pasal orang lain, keluarga kita yg jadi mangsa. I geram betul baca berita mengenai sorang budak pompuan ni, gara2 pasal siperagut cuba nak meragut adiknya, tak pasal2 dia yang menemui maut....kau memang kejam peragut! Sumber berita ni i petik dari Bernama.


Pelajar perempuan maut ketika kejar peragut



BERNAMA - about 19 hours 23 minutes ago

KANGAR, (Bernama) - Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini maut dalam usahanya mengejar peragut yang dikatakan cuba meragut rantai leher perak milik adiknya di Km 10, Jalan Kaki Bukit di Beseri dekat sini malam tadi. 
Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira 8 malam itu. 
Adiknya, Nur Syaza Naurah, 15, yang membonceng motosikal itu menceritakan kejadian tersebut bermula ketika mereka baru sahaja mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Balai Baru apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal yang bertanyakan sesuatu tetapi mereka tidak mengendahkanya. 
"Pada masa yang sama lelaki itu cuba meragut rantas leher saya tetapi gagal kerana saya sempat menepis tangannya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri. 
Dia berkata kakaknya yang naik berang telah mengejar motosikal peragut itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut. 
Namun motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya selepas berselisih dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan. 
Menurutnya, selepas terjatuh dia sempat bangun menyelamatkan diri tetapi kakaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang menyebabkan dia meninggal serta merta di tempat kejadian. 
Mayat Nur Syaza Yasmin dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Keteri sebelum solat Jumaat. 
Pegawai Turus Trafik Perlis, ASP Rosli Yahaya berkata pihaknya telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit. 
"Kedua-dua pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun. Salah seorangnya adalah pemandu yang kenderaannya berselisih dengan motosikal mangsa manakala sorang lagi yang melanggar mangsa," katanya.
Beliau juga berkata polis masih belum pasti sama ada kes tersebut membabitkan kes ragut tetapi masa masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Lelaki yang dikatakan peragut itu belum dapat dikesan. 


p/s : buat keluarga simangsa, tabahkanlah hati kalian. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Ayam Madu

Salam uolls! Dah makan tgh hari ke? Masak apa hari ni? Cuti hari wesak ni i rasa malas sangat nak kluar berjalan... so cuti2 ni i rajinkan diri buat nasi ayamlah. Nasi ayam zaman skrg ni dah senang nak buat, cuma pakai stok ayam je... tak payah susah-susah rebus ayam lagi nak buat stok. So... tajaan kita pada hari ini 'stok ayam MAGGI'. Jom makan sama!



Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan/pot beras wangi
4 cawan/pot air
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
6 ulas bawang putih
5 cm halia
4 sudu besar Stok Pekat Ayam Maggi
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 helai daun pandan


Cara membuatnya:
Panaskan minyak bersama marjerin di dalam periuk nasi elektrik. Tumis bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan air, stok ayam, minyak bijan, daun pandan dan beras. Tutupkan api dan angkat periuk tadi dan teruskan memasaknya di dalam periuk nasi elektrik.



Cara membuat ayam madu:
Perapkan ayam bersama 'stok ayam Maggi' dan madu selama 30 minit. Kemudian bakar pada suhu 200-220 dc selama 1 jam. (bergantung juga pada saiz ayam)



Cara membuat kuah cili:
Kisar 6 biji cili merah, 5 biji cili padi, 2 ulas bawang putih, 3 cm halia dan 4 biji limau kasturi (buang bijinya). Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga cilinya agak pekat. Rasakan garam dan gula secukupnya.



Cara membuat kuah kicap:
Tumiskan 2 ulas bawang putih dan 2cm halia yang telah ditumbuk lumat sehingga naik baunya. Masukkan 5 sudu besar kicap lemak manis kegemaran keluarga i (kicap kipas udang). Kacau dan masukkan 1 cawan air yang telah dibancuhkan 1 sudu kecil tepung jagung. Biarkan seketika dan rasakan garam secukupnya.




Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com