The Ads

Search This Blog

Wednesday, August 10, 2011

Roti Jala & Kari Ayam

setiap kali bulan puasa je, i dapat tender catering roti jala. cewahhh yo yo oo je! macamlah supply ke restoran sangat! hehehe....tak de la.... sebenarnya my hero 'chal' tu ahh yang suka sangat berbuka dgn roti jala. kalau beli kat bazar ramadhan tak tentu lagi sedapnya, lebih-lebih lagi kari ayam. air tangan sendiri jugak yang best, rasa lemak2 sikit, lembut je dan yang paling penting kebersihan dalam penyediaannya kann? nak kata roti jala i mabeles sangat pun i tak gerenti arrr terpulang pada tekak memasing....yang pastinya all my kids kalau dah mengadap roti jala mesti sampai licin lebih-lebih lagi si 'chal' tu!!! jom layan resepi roti jala method i.......





roti jala

bahan-bahan ( untuk 1 adunan) :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan (i pakai santan kotak sri harmuni je)
1 biji telur ayam
2 1/4 cawan air (bergantung pada kualiti tepung)
sedikit serbuk kunyit (asli) atau pewarna kuning (moden)
garam secukupnya

cara-caranya :
masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam bekas. kacau sehingga adunan sebati. kemudian masukkan kedalam blender dan blend sehingga adunan menjadi gebu. tuangkan adunan yang gebu tadi kedalam bekas dan bolehlah mula menjala ikan dengan acuan roti jala tu yer! 



kari ayam



selamat mencuba!

Monday, August 8, 2011

Percaya Pada Ku - Ungu



tetiba macam suka jek dgn lagu ni.....


Heret Semua Sekali


dah lama beno tak update blog....rasanya dah bersawang! hati ni memang meronta-ronta nak ngadap blog tapi apakan daya, nak curi masa walau seminit pun tak dan. lately i memang sangat-sangat buzy kat opis. sejak bulan posa ni, asal balik umah je dah tergesa-gesa menyiapkan juadah berbuka, bila dah malam sikit badan pun dah penat.... mata pun dah macam digam-gam. asal masuk kul 11 malam je i dah hanyut......zzzzzzzzzzzzz

tapi last friday night my cousin called ajak gi minum kopi dan lepak-lepak kat taipan. nasib baik esoknya tu cuti, so i n hubby angkut itu kanak-kanak riang dengan bibiknya sekali kluar gi mengopi kat taipan! larat tak larat jugaklah kanak-kanak riang tu bersengkang mata sampai kul 2 pagi.....hahahhahahahaah

yang paling hebat sekali malam tu adalah si tecik.....amboi bukan main lagi siap menari shuffle bila band tu start menyanyi. okalah tu ada gak peminat tecik kalo tak pompuan tu macam nyanyi sorang-sorang, pasal sume yang datang tak heran pun nak tengok band tu.....huhu!




nota piede : yang heran tu..... mana dia belajar shuffle pun i tak tau.....

Wednesday, August 3, 2011

Onde Onde Buah Melaka

menu berbuka yang dirancang nampaknya tak menjadi
apsal ntah hari ni jam sangat
sampai kat umah dah pukul 6.45pm
so panaskan apa je lauk saki baki semalam dan goreng karipap
nasib baik en. pai beli rendang daging, apam balik dan roti boom
so i cuma sempat buat kuih ni jer





bahan-bahan
10 helai daun pandan (diblend dan tapis airnya)
1 cawan tepung pulut
Gula melaka (dipotong kecil)
pewarna hijau (kalau rasa nak lebih sikit colour hulk nyer!)
kelapa parut (seeloknya ditaburkan sedikit garam dan distimkan)

cara-caranya :
adun tepung pulut bersama air daun pandan yg sudah dititikkan sedikit pewarna hijau
gaulkan sehingga sebati dan menjadi satu doh
ambil sedikit adunan sebesar ibu jari
tekan ditelapak tangan dan masukkan gula melaka ditengah-tengah
tutupkan gula melaka dengan membulatkan adunan tadi
masukkan adunan yang sudah siap didalam rebusan air yg mendidih
bila onde-onde tu timbul maknanya kuih dah masak
kemudian gelekkan didalam kelapa parut 


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

salam sayang buat semua.....
rasanya masih belum terlambat untuk i ucapkan selamat berpuasa
kepada sesapa pun yang menjengah blog ini
dek kerana kesibukan tugas seharian
blog kesayangan ini i lupakan seketika

*********************************



kembang melati sungguhlah indah
di tengah taman jadi hiasan
harum ramadhan tercium sudah
salah dan khilaf mohon dimaafkan

bunga teratai indah berseri
kuntuman mekar mencuit hati
bersihkan hati sucikan diri
tunaikan ibadah setulus hati

********************************

selamat berpuasa dan salam ramadhan dari i sekeluarga


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com