The Ads

Search This Blog

Saturday, March 31, 2012

Sejuk Hati...


bahagia dan bangga hati seorang mama tatkala
anaknya datang bercerita akan kejayaan yang dikecapinya
senyuman ceria yang terukir dibibir
jelas menggambarkan betapa si anak rasa
sungguh puas hati



hanah...... sayang, sejuk hati mama
serasa disirami air terjun diwaktu pagi
tahniah sayang
mama tau, hanah pasti dapat melakukannya
selagi ada usaha, kejayaan akan senantiasa
berada di pihakmu sayang.....


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita


setiap tahun pada 8 mac, seluruh dunia akan meraikan hari wanita. sebagai wanita, i rasa teramat bangga kerana dilahirkan ke dunia ini dari seorang yang bergelar wanita juga........ betapa indahnya ciptaan dari NYA tentang wanita itu sendiri. terdetik di hati ni serasa ingin berkongsi dengan semua wanita diluar sana dan juga kepada lelaki yang mengagumi wanita yang dekat dengan mereka tentang hari wanita ini.

sejarah perjuangan wanita yang berabad lamanya untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. peristiwa yang telah berlaku pada 155 tahun yang lalu iaitu 8 mac 1857, satu mogok besar-besaran diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di new york. mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang rendah, masa kerja yang panjang serta suasana keadaan tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan. 50 tahun kemudian pada ogos 1910, persatuan wanita sosialis antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. pada tahun 1975, bangsa-bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai hari wanita sedunia.

so, di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latar belakang agama, kaum, budaya dan politik bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan yang bangga, gembira dan ceria.....dengan ini juga i mengambil kesempatan di hari yang sungguh indah ini mengucapkan selamat menyambut hari wanita 2012! salam muhibbah kepada semua wanita di luar sana....



nota piede : sayangilah wanita yang paling dekat denganmu dan yang sekelilingmu....



Wednesday, February 29, 2012

Faidhi New Ride!

pada suatu petang si little faidhi hilang bersama babanya.... semua yang kat dalam rumah macam pelik pasal tetiba je keluar berdua dan tak bagitau pun kat kitorang ni. lepas sejam dua beranak tu pun muncul dengan muka tersenyum simpol..... haishhhh rupa-rupanya si baba pegi bawak si little faidhi untuk dapatkan benda alah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





nota piede : pandai pulak si kecik ni tagih janji dari babanya.....

Sardine Puff



bahan-bahan :
1 peket pastry puff brand kawan
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
1 tin sardin brand ayam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (potong kecil)
1 sudu besar serbuk cili
garam dan gula secukupnya

cara-cara membuat inti :
panaskan minyak dulu lepas tu tumiskan bawang besar. bila dah naik bau masukkan serbuk cili (nak bancuh dulu dengan air pun boleh, tapi i tak buat.... masukkan je terus). kacau sebentar, kemudian masukkan isi sardine yang telah dibuang tulangnya. hancur-hancurkan isi sardin di dalam kuali tu dan bolehlah di masukkan sedikit dalam sesudu dua jus tomato yang dalam tin tu supaya inti tidak terlalu kering. kemudian masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukupnya. kacau sebentar, tutup api dan biarkan inti sejuk.

cara membuatnya :
mula-mula ambil sekeping pastry brand kawan. potong tanpa putus di sebelah bahagian saja. kemudian letakkan inti secukupnya di bahagian yang sebelah lagi. lipat dua dan temukan setiap penjuru pastry. dengan menggunakan garpu, tekan di setiap hujung pastry bagi menutup pastry puff. sapukan kuning telur diseluruh bahagian atas pastry puff dan bolehlah dibakar pada suhu 150-180 darjah celsius dan bakar selama lebih kurang 30 minit. 

selamat mencuba !





3 Budak Notti !

last weekend agenda merayau jek.... maklumlah en. pai kan dah gaji....hehehe.... haruslah anak bini kerjakan! anak beranak pegi melepak kat ioi mall puchong.... seluruh pelosok ioi mall kitorang jelajah.... yang jadi penat bukannya merayau tu tapi melayan kerenah si little faidhi yang tak mau jalan sendiri, dia dok minta berdukung jek. pinsannnn dibuatnya.... paling best kitorang gi membeli belah kat daiso.... ala kedai barang2 jepun yang 5 hengget tuh! bahaya jugak kedai 5 hengget ni kan.... ambik punya ambik silap2 boleh habis beratus... kitorang memang suka shopping kat daiso ni, bukannya apa.... pasal barang2 dia tu yang macam2... bebudak ni pun suka menyelongkar kat situ. kadang2 gelihati gak bila tengokkan keletah dan perangai diorang bila berumah sementara kat daiso tu. semua menda nak di try nye!...... 






ini 3 budak notti ada jek menda nak dibuatnya.....


nota piede : hati seorang mama pasti akan bahagia bila melihat raut wajah anak2 yang gembira dan ceria.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com