The Ads

Search This Blog

Saturday, September 21, 2013

Ayam Masak Sos Tomato


salam petang uolls!
jangan anggap memasak ni susah atau memenatkan
dan tak semua masakan perlu ambil masa yang lama
yang penting bila kita memasak biarlah dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang
ok, satu lagi resepi yang mudah, ringkas tapi sedap!



bahan-bahan :
3 keping whole leg - dipotong 3
1 atau 2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2cm halia*
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya

cara-cara membuatnya :
mula-mula sekali gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. goreng ayam sehingga kekuningan atau masak. kemudian ketepikan sebentar. selepas itu tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sampai lumat. kalau terlampau malas, blend kan aje. lebihan minyak gorengan tadi bolehlah digunakan untuk menumis pula, sekiranya banyak sangat minyak, kurangkan dulu ya. tumiskan cili boh sehingga garing. selepas itu masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi. kacau sehingga sebati dan naik minyak. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kacau lagi. masukkan sedikit air sekiranya inginkan berkuah sedikit. rasakan garam dan gula secukupnya dan bolehlah masukkan gorengan ayam tadi. balik-balikkan seketika agar ayam dan kuah mesra. ok done... sedia untuk dihidang!



No comments:

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com