Bahan A:
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup
Air asam jawa (ikut selera memasing)
Bahan B :
5 sudu besar cili boh
4 / 5 ekor ikan cencaru
(bergantung pada saiz)
Garam
Gula
Cara membuatnya :
Kisar bahan A sehingga halus. Kemudian
masukkan ke dalam bekas bersama bahan B.
Masukkan sedikit gula dan garam. Lumurkan
ikan cencaru bersama bahan tadi. Panaskan
kuali, goreng ikan sehingga masak. Selepas
itu dengan menggunakan minyak bekas
menggoreng tadi, tumiskan sisa bahan.
Masakkan sehingga agak garing dan terbit
minyak. Masukkan air ikut kepekatan kuah
yang dikehendaki (i suka banyak kuah).
Rasakan semula garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Bila sudah agak mesra, sedia untuk dihidangkan.
Selamat menjamu selera!
2 comments:
pehhh..menggoda !
finaz, jemputlah makan.....
Post a Comment