Bahan-bahan :
10 ekor udang harimau
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
200 ml santan pekat
1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
1 cawan air
Bahan-bahan yang dikisar :
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras
4 biji buah keras
Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kacau dan biarkan sehingga naik minyak. Masukkan air diikuti santan. Masakkan kuah sehingga dia agak memekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan udang harimau, kacau seketika. Masukkan serai dititik dan asam keping. Masak sehingga air udang harimau mesra dengan kuahnya. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment