The Ads

Search This Blog

Sunday, October 6, 2013

1st G.A of Gengentry

Assalamualaikum semua..


Objektif segmen ini :
1. meningkatkan kenalan blog selain dapat mengeratkan silaturrahim
2. dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru & lama
3. dapat meningkatkan trafik/followers di blog


Syarat & Peraturan:
1. Follow blog dan fanpage sponsor
2. Buat entri bertajuk "1st G.A of Gangentry"
3. Copy coding di bawah dan paste di ruang HTML entri.

Follow blog Geng entry & Plus|Like Fan Page
ref="https://www.facebook.com/pages/Geng-entry/215205611870710" target="_blank">Fan Page 

Like fanpage sponsor :


Join Group Blogger:

4. Publish dan tinggalkan link di ruang komen ya
5. Jika rajin anda patut pergi ke blog- blog rakan yang sertai segmen ini

Thursday, October 3, 2013

Labbaik Allahumma Labbaik

salam buat semua....
tetiba malam ni hati i terpanggil untuk mula bercerita... kalau uolls semua perasan, lately ni i lebih banyak dok post resepi air tangan je... actually banyak bahan yang ingin i kongsikan di sini tapi memandangkan masa yang agak suntuk dengan badan dan otak yang penat, akhirnya i just pendamkan aje niat nak berblogging itu..... hhmmm

oklah, sebenarnya ni cerita yang dah lepas. last week all my family sibuk mengantar mak ke kompleks tabung haji. alhamdulillah.... mak dapat lagi panggilan untuk menunaikan ibadah haji buat kali yang kedua. first time mak pergi kalau tak silap i pada tahun 1997. penerbangan mak ke tanah suci Mekah sebelah petang pada 29/09/2013 hari ahad lepas tapi semua jemaah Haji kena berkumpul pada paginya sekitar dalam pukul 10 pagi. seminggu sebelum tu lagi i dah tolong mak pack kan semua barang-barang keperluan dan susun atur dalam beg besar mak tu.... hehehe

kali ni mak pergi dengan abang kesayangan dia lagi, pakcik. kalau dah pakcik pergi, makcik pun mesti pergi sama.... selainnya adalah my cousin, kak siti dan abang saad, kak ngah asom. but this time mak pergi dengan pakej andalusia travel & tours. apa yang i perhatikan pakej dari andalusia ni sangat bagus dan teratur. sekurang-kurangnya dalam usia mak i sekarang ni dan dengan keadaan dia yang kurang skit kuat dari dulu, i tak lah risau sangat. keluar duit lebih skit tak apa asalkan segala urusan Haji mak disana berjalan dengan lancar dan mudah. banyak juga kemudahan dan kelengkapan yang disediakan oleh pakej andalusia ni.

dalam pukul 12.30 tghari pengumuman untuk grup mak iaitu kt52 dipanggil masuk.... dari jauh kesian i tengok mak tarik beg besar tu sendiri.... tapi apakan daya, kami anak-anak tak boleh masuk dalam kawasan tu.... kami hanya mampu iringi doa agar perjalanan mak ke tanah suci selamat dan dipermudahkan segala urusan.











'Ya Allah, selamatkanlah perjalanan mak pergi dan balik,
permudahkanlah segala urusan ibadah mak di sana,
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya,
Kau kurniakanlah Haji yang Mabrur kepadanya'
Amin....



we gonna miss you mak!
love you so much
mmuuaahhhhh










Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com