The Ads

Search This Blog

Thursday, June 30, 2011

Habis Dah Setengah Tahun


salam pagi semua!
pejam celik pejam celik
dah habis setengah tahun 2011
esok kita semua akan melangkah ke bulan julai
so, macam mana 6 bulan pertama ni
segala impian, hasrat, cita-cita, matlamat, visi atau misi
uolls dah nampak hasilnya ke
atau masih merangkak lagi
mungkin dah sampai ke pertengahan
mungkin juga dah berhasil
atau.... masih belum bermula pun!
pada yang dah mencapai segala
impian, hasrat, cita-cita, matlamat, visi dan misi tu
i ucapkan jutaan tahniah buat uolls
dan mungkin ada yang nak memulakan agenda kedua!
maklumlah bulan julai akan menjelang tiba
apa-apa pun i berharap segala yang
kita lakukan mestilah dimulakan dengan keikhlasan hati
tekad dan nekad, berusaha dengan sungguh-sungguh
dan diiringi doa kepada NYA
insyaAllah... baik yang kita cari
baiklah yang kita dapat
tapi jangan lupa pulak, dalam kita mengejar segala
impian, hasrat, cita-cita, matlamat, visi dan misi tu
keluarga tersayang janganlah di abaikan ok!

cheers!

nota piede : sentiasalah bersyukur di atas segala nikmat dari NYA

Wednesday, June 29, 2011

Terlalu Lama Depan TV Punca Obesiti




salam petang semua...
pagi tadi i ada dengar berita dalam radio Hot FM
katanya menurut kementerian kesihatan
kalau terlalu lama mengadap tv atau computer
boleh mengakibatkan golongan muda mengalami masalah obesiti
bila di fikir-fikir macam tak masuk akal kan!
dan mengikut kajian dari jabatan kesihatan awam
apabila golongan muda ni banyak menghabiskan masa mereka
di depan skrin, tak kiralah tv ke, computer ke, main video game ke
secara tak langsung mereka ni akan cenderung
kepada gaya hidup yang tidak aktif
dalam era skrin kita sekarang ni - lcd, led, plasma lah
dah memang-memanglah kita suka 
sangat mengadap tv lama-lama
lebih-lebih lagi bila musim af, mentor, maharaja lawak, 
nora elena, juvana dan macam-macam lagilah
kajian mengatakan bila mengadap tv lama-lama
output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga
yang mereka perolehi.... faham tak ni
begini, bila mereka dah makan dan input tenaga akan bertambah
tapi kalau mereka tak buat apa-apa aktiviti
output tenaga akan kurang digunakan dan ini 
adalah faktor utama dalam ketidakseimbangan itu
hhmm cuba uolls fikir pulak, bagaimana kita yang
bekerja kat opis dan mengadap pc atau lappy hari-hari?
patutlah bila i diet, tak makan nasi pun
bahagian pinggang kebawah masih macam tu jugak!
dah nak masuk 3 bulan cuba makan nasi 2 kali seminggu
bila timbang cuma turun 2kg jek..... tension!

nota piede : lunch time belari setempat selama 1/2 jam.

Ni Yang Buat Tak Tahan...






alahai faidhi..... napelah lasak sangat sayang oiii
kalau tak di bawa, menjerit-jerit nak ikut
bila dah di bawa, macam ni lah peelnya
dah malas mama nak kejar
buat jelah apa nak buat
intan payung... buah hati...
kang malam mama gak yang susah nak lena
kalau dah faidhi asyik mengigau
bila dah hyper active waktu siangnya...
mengigau sikit-sikit tu tak pelah jugak
ni siap meraung macam orang kena pukul
apa pulak jiran kata nanti
silap2 kang ada pulak yang call talian dera
buat report.....hah macam mana?
aduh haiiiii


nota piede : nak rotan anak depan orang ramai macam melampau pulak. bila ditegah, lagi dia buat. waktu sebegini memerlukan tahap kesabarn yang amat tinggi.


Tuesday, June 28, 2011

Giveaway I "love to look gorjes!"


do you want to look gorjes?
huh... i'm sure sesapa pun kat dunia ni memang nak nampak gojes kan!
tipulah kalau kata i tak nak nampak gojes.... huhu!
kalau uolls nak tau, setiap masa i akan cuba nampakkan diri i ni gojes tau
so untuk pastikan yang i benar2 gojessssss
i nak joinlah ga kat banner atas tu
ga ni dianjurkan oleh 3 jelitawansss tau! mereka2 itu adalah
so dalam ga ni i kena teka apa hadiah yang diorang bertiga ni nak bagi
hhmmm apa ek?...... i rasakan hadiah tu mesti

mac compact powder
loreal eye brow pencil
revlon eye shadow
christian dior blusher
elizabeth arden lipstic

ye ye je i ni. ntahlah..... tapi kalau dapat yang
macam tu, bertambah gojeslah i raya tahun ni

kalau ada sesapa rasa nak join gak, klik je kat banner atas tu
tarikh tutup : 11.07.2011 @ 11.00am

cheers!

Monday, June 27, 2011

” Saya nak jadi Follower Bertuah – Aidanatasya[dot]com”

hello readers!
bangun! bangun! bangun!
tak elok tido sampai matahari naik tau!
cepat gosok gigi! cepat mandi!
hahhhh dah mandi dah
pakai baju cantik2, biar nampak kemas, bersih dan wangi
wangi??? eh! dah cukup wangi dah?
hahhhhh kalo tak cukup wangi
kenalah pakai perfume
uolls ada perfume tak ni?.....tak de!
hah, kalo uolls nak perfume
mehlah join GA ni
give away ni uolls akan dapat perfume tau!
so tak yahlah susah2 hati kalo rasa badan tak cukup wangi
mehlah grab hadiah perfume dari
Aidanatasya[dot]com
seronok tau uolls, hadiah bleh pilih2 lagi
apa? tak caya? ha meh tengok hadiah2 kat bawah ni

~for men's~


~for women's~



sume perfume kat atas ni, uolls boleh pilih
itupun kalo uolls menanglah
cabutan undi akan dibuat berdasarkan random.org
so, pemenangnya pun dipilih secara randomlah kan!
nasiblah ye, tak pe belum cuba belum tau
mari kita lihat siapa yang kena!

tarikh tutup GA ni ialah pada 31.07.2011

so apa tunggu lagi, mehlah klik banner kat bawah ni


mereka-mereka yang ditag

Sunday, June 26, 2011

Ahli Baru

happy sunday uolls
so macam mana hujung minggu uolls kali ni
sunday yg bosan ke
sunday yg busy ke
sunday yg malas ke
atau sunday yg ceria gembira?
apa2 pun harap uolls sume ok2 je lah kan!
so cerita i hari ni pagi2 lagi i n en. pai dah kluar umah
minggu ni kitorang nak gi menjengah ke sunday mart
alah.... kat stadium shah alam tu
saja nak window shopping kat situ
dah lama jugaklah kitorang tak ke sana
uolls nak tau, sampai je kat sana...... adoi mak iiii
susahnya nak cari parking
ramai betul org kat sunday mart minggu ni
dgn berkat kesabaran en. pai, akhirnya dapat gak kitorang
parking berdekatan dgn lorong stall-stall kat situ
tulah..... tak rugi jadi org yang bersabar ni
baru je jengah kat lorong pertama
hati ni macam terpanggil dan terhenti kat satu stall ni
alololo..... alahai...... comey nye.... macam tak nak berganjak
lama gak mengadap si comey-comey kat situ
hah! uolls nak tau apa dia
rabbit bunny rabbit bunny rabbit
berbagai-bagai jenis baka yang ada kat situ
bila en. pai dah bagi green light
apa lagi, i pun pilihlah seekor baka dutch dan seekor lagi baka angora
i keneng-kenengkanlah si bunny yang comey ni
ambik satu jantan dan satu betina
alah... macam family arrangement tu
uolls nak tau, en. pai i siap beli package lagi
complete dgn cage, tempat air dan makan, makanan bunny 3 kilo
bila dah siap beli bunny yang comey tu
mood nak menjelajah satu sunday mart pun hilang
dek tak sabar nak bawa balik ahli baru ke rumah
so, to our new cutie family members

::welcome home darling!::

dalam cage ni semua baka dari luar negara

cage yang ni semua baka tempatan
kak, kasi bungkus arnab 2!

2 bungkus bunny dalam perjalanan pulang ke rumah

rumahku syurgaku
Dutch

Honey

A lovely couple!

hanah & faisal dah susah nak berenggang dgn bunny

Cheers!

On Your Special Day



my loving husband...
a special day like this
is the perfect chance to show
that i love you very much
more than you'll ever know
so even when i forget
to say these words each day
remember that i love you
more than i say
you know what sayang...
you had my heart
right from the start and
the love for you in it
will never part

happy birthday sayang!

Happy Birthday Tok Bah

semalam 25 june 2011, kitorang sekeluarga dan
adik ipar i sekeluarga menyambut birthday abah
walaupun kali ni cuma sederhana shj
tp i dpt melihat dr air muka bah
dia nampak sgt2 happy
maklumlah sume anak, menantu dan cucunya berkumpul
so birthday bah kali ni, celebrate kat murni discovery






******************************************

selamat hari lahir abah
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat sejahtera
kami semua doakan agar abah sentiasa di berkati dan dirahmati
oleh Allah SWT..... amin

Friday, June 24, 2011

Meng 'update'


hhhmm rasanya kerja2 yg penting dah kasi settle
tinggal yg ciput2 je.... tak pelah! kita postpone je minggu depan
sorry ya boss ...... kasi chanlah sikit hehehee
lenguh dah kaki ni asyik kluar masuk kluar masuk opis
dgn panas terik kat luar lg
penatlah boss.... i ni bukan boleh berjemur sgt
rosak kulit nanti  kalo sakit kang sapa yg susah
boss jugakkan... i mc, hr dept tutup opislah
hahahahhahahahah
meraban lebih plak i ni..... so
sudah tiba masanya utk i  bermesra kembali dgn 
rindulah kat dia....
byk juga benda nak di update ni
nak cantikkan dia
nak meriahkan hidup dia
nak kenyangkan dia 
dgn cerita2 menarik
gambar2 yg comel..... gambar i lah
barulah dia nanti akan rasa lebih bahagia
pasal ramai yg akan menatapnya
ramai yg akan membacanya
dan ramai yg akan meng 'follow' nya
hehehe...... betul tak? ..... jawablah betul!
ala..... nangis kang!!!

Thursday, June 23, 2011

Sambal Udang

salam semua.... tgh buat apa tu? dah mkn malam ke?
tentunya semua dah makan kan! yg agak rajin tu dah tentu masak
special malam ni, tak pun masak simple2 jek....
yang kemalasan melanda tu dah tentu makan kat gerai
or beli je kat sapar lamam pasar malam.
malam ni i masak simple.....hahhhh nak tau apa?
jom tengok resepi......





bahan-bahan :
25 ekor udang saiz medium
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 cm belacan
2 sudu besar cili boh
air asam jawa
garam dan gula

cara-caranya :
tumbuk atau blend pada yg malas
4 biji bawang merah, 1 biji bawang besar,
belacan. panaskan minyak dalam kuali,
kemudian masukkan cili boh. tumis
sampai garing dan kemudian masukkan
bahan yg telah di blend tadi. masakkan
sampai naik minyak. lepas tu masukkan
air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
bila sambal dah nampak cantik, baru 
masukkan udang dan bawang besar yg
telah dihiris. biarkan seketika hingga naik
minyak dan sedia untuk dihidang.

selamat menjamu selera!

Tuesday, June 21, 2011

Yeay Yeay Suka Sangat!

gud mornink uolls
yeay yeay dah sampai
yeay yeay dah sampai
t-shirt geng blogger crew i dah sampai tghari semalam
suka tau!!!!









comey org yg pakai baju ni kan baju neh......
huhu!

Sunday, June 19, 2011

Jangan Notti!

hai ntah napelah pepagi hari ni Faidhi buat perangai
masa bangun tido tadi ok je.... gelak-gelak
siap nyanyi..... (dalam sebutan dia)~icha awah 3x yu ha ah wey
hahhahaaa sebenarnya lagu InsyaAllah~Maher Zain
sabo aje lah..... bila tiba time bekfes
mula dah main baling-baling makanan-pinggan-cawan-sudu
hah apa lagi memang kenalah dengan babanya
bila dah menangis mcm kesian pulak
hhmmm hati mak..... kan!



tulah..... lain kali jangan notti lagi!



Kami Meraikannya

salam semua.....
i pasti rata-rata kebanyakannya meraikan 'father's day' kan....
maybe ada yang meraikan bersama ayah dan suami di luar
pergi makan kat restoran mewah, restoran biasa-biasa ...eerrr di hotel-hotel!
ada juga yang malas nak keluar, celebrate kat rumah pun dah cukup kan!
samalah macam i ni hah....
father's day kali ni i buat italian cusine jek....
lebih bermakna jamu family dengan air tangan sendiri
so menu-menu yang disediakan


~roasted chicken with special filling~ khas untuk en. Pai
~spaghetti bolognese~ khas untuk diri sendiri
~mushroom cabonara~ khas untuk amir(s) dan amira

sebelum makan ada gak sesi mencipta kad
khas dari anak-anak untuk baba nya
touching plak i time neh....


kena bacakan sendiri untuk baba nya...


tergagap gagap faisal nak baca kad


faidhi yang notti ni bagi kiss sudah!


have a nice day uolls!

Happy Father's Day





HeLLo...
good day to all the readers!
i would like to take this opportunity to wish 
Happy Father's Day
to all fathers out there!

********************************


AYAH, walaupun dirimu tiada lagi disisi
belaian manjamu tidak kurasakan lagi
gelak tawamu tiada kedengaran lagi
jenakamu tidak lagi mencuit perasaan ini
tengkingnganmu tidak lagi menggigit cuping telinga ini
nasihat dan kata-kata semangatmu tiada lagi
mengiringi hari-hariku......
tapi segala pengorbananmu tetap kukenang sehingga hari ini
tidak akan ada sesiapa yang dapat menandingimu
AYAH adalah segalanya bagiku.....
~'Selamat Hari Bapa' ayah.....
kudoakan semoga dirimu bahagia di sana
dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman~
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa AYAH ku....
Al-Fatihah


************************************

buat SUAMI ku tercinta
terima kasih kerana menemaniku sehingga ke hari ini
terima kasih menerimaku seadanya
terima kasih kerana membimbingku menjadi lebih matang
 agar dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya
sebagai isteri dan mama buat anak-anak kita
terima kasih kerana kerja kerasmu
mencari rezeki untuk keluarga
kami amat bangga memilikimu
kami juga sangat bahagia 
lindungilah dan sayangilah kami
sehingga keakhirnya.....

We Love You So Much!

Happy Father's Day


Saturday, June 18, 2011

Asam Pedas Ayam

Hahhh masakkan hari ni adalah all time favourite my en. Pai.
Boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti sekali ada lauk wajib ni.






Bahan-bahannya :
Seekor ayam (potong ikut suka)
1/2 cawan air asam jawa
Segenggam daun kesum
2 sudu cili boh
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan yang dikisar :
8 biji cili merah
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5cm kunyit hidup
3cm belacan 

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dlm periuk. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. 
Biarkan sehingga naik bau dan masukkan cili boh. Biarkan seketika sehingga garing.
Kemudian masukkan pula bahan-bahan yg dikisar sehingga naik minyak. 
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masukkan ayam dan biarkan sedikit kecut. 
 Tambahkan air ikut keperluan masing-masing, kacau dan biarkan mendidih. 
Masukkan daun kesum, kacau perlahan. Kecilkan api dapur dan biarkan seketika sehingga terbit minyak. 
Agak-agak ayam dah mesra alam dgn kuahnya, tutupkan api. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Cencaru Sumbat

salam uolls.....
cuti hujung minggu ada apa2 plan ke? hehe...
i mcm biasalah, aktiviti memasak adalah agenda utama
so hari ni nak berkongsi dgn uolls masakan yg paling simple!
taraaaaaaaa

bahan-bahan :
4 ekor ikan cencaru
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu besar cili boh
air asam jawa
gula dan garam
daun kunyit (dihiris kecil)

cara-caranya :
blend kesemua bahan diatas.
kemudian campurkan cili boh,
daun kunyit, air asam jawa,
gula dan garam secukupnya.
belah belakang badan ikan
dan masukkan bahan yg telah
dicampurkan tadi.
panaskan minyak dan goreng.
sedia untuk dihidang.

selamat mencuba!

Friday, June 17, 2011

Belajar Hidup Susah




intan payung buah hati mama semua......
sengal caesarean mama ni masih lg terasa
tup tup.... dah besar anak-anak mama rupanya
amir(s) dan amira........
mama bahagia di anugerahkan Allah kamu semua pada mama
kamu semua adalah kunci kebahagian mama dan baba
kamu semua pengikat kasih sayang mama dan baba
kamu semua adalah penyeri hidup mama dan baba
kamu semua adalah kekuatan dan keazaman mama dan baba
menempuhi onak ranjau, perit getir dalam membina sebuah keluarga
kesayangan mama sekalian....
walaupun mama dan baba mencurahkan sepenuh kasih sayang
dan harta kebendaan
janganlah anak-anak mama semua mudah lalai.....
apa yang mama dan baba beri
bukanlah untuk kamu banggakan pada sesiapa
bukanlah untuk kamu tunjukkan yang kamu orang berada
itu cuma tanda kasih sayang sejati mama dan baba
apa yang mama harapkan pada anak-anak mama semua
belajarlah hidup susah
belajarlah untuk berkongsi jika kita ada lebih
belajarlah untuk sentiasa menghulurkan bantuan pada yang memerlukan
belajarlah untuk jadi orang yang bermurah hati
ingat sayang, 
sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan
mama pasti apabila anak-anak mama besar nanti
hidup akan lebih sempurna, bahagia, dipandang mulia dan di berkati oleh NYA
InsyaAllah.....Amin


Thursday, June 16, 2011

Beribu Sesalan - Jaclyn, Ning Baizura, Shila



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku


lagu yang sungguh meruntun jiwa......

Tuesday, June 14, 2011

Kelly Clarkson

me favourite!

already gone

because of you

breakaway

behind these hazel eyes

Ingatkan Pitam Tadi

salam semua....
hari ni dari umah i kluar sama je waktu mcm biasa
lepas hantar my kids, i terus gi kerja...
hari ni tak jam sangat so lebih kurang kul 7.55am i dah sampai kat opis
sampai dlm bilik, i terus on pc, konon tak sabar nak tengok
brapa banyak dah voters dlm contest yang i masuk semalam
tetiba i rasa macam nak pitam.... kepala rasa bergoyang-goyang
rasanya waktu kejadian tu dalam kul 8.15am
seminit jugaklah i rasa mcm bergoyang....
lepas tu dlm kul 11am pun i rasa lagi, so ingat dah nak pegilah klinik
pasal kononnya rasa macam nak pitam
tetiba adik i call bgtau yang kat sumatera utara ada gegaran
yang buat risau tu my mother ada kat area sana.... bercuti
cepat2 i call my mother nak tau apa cite dia kat sana...risau neh...
Alhamdullillah.... my mother bagi tau kawasan yang dia pergi tu jauh 
dari tempat yang ada gegaran.... 
Ya Allah selamatkanlah perjalanan mak ku pergi dan balik.....Amin
sila baca berita mutakhir yang di petik dari berita harian online
sila click sini

p/s : semoga kita semua dilindungi oleh NYA.... Amin


Monday, June 13, 2011

Please Vote For My Little FAIDHI

hello uolls....
oleh kerana hari ni mood i tersangatlah happy
so tak pasal2 i dah join satu contest tau
Contest Baby / Toddler With Parent
i harap2 ramailah yang vote untuk i n little faidhi ye....
please give us full support.... first time ni masuk contest cenggini
uolls please vote for us ok! baiknya promote...... over ke i ni? lantaklah....
p p p p pleaseee.......
ok... caranya senang aje. uolls ikut step kat bawah ni

1st step uolls kena like this page ni dulu tau
2nd step uolls like pic yang i dah pertaruhkan ni ye



comel tak pic ni..... comelkan! tak pe kan.... puji anak sendiri hehe....

thanks so very much to all the voters...
luv uolls!

cheers!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com