The Ads

Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju

actually ni resepi yang dah lepas, cuma tak sempat nak update dan transfer picture dari handphone.
kali ni i nak update resepi yang hangat diperkatakan.... terutama sekali masa bulan ramadhan lepas
rata-rata member fb semua dok pakat buat roti lapis daging berkeju
hhhmmm memang semua mengaku fenomena demam roti daging
resepi asal menu ni i ambik dari WanieDD Homemade
tapi serius uolls..... resepi ni memang sedap... jomlah kita terjah!


bahan-bahan inti :
6 keping daging burger - dihancurkan
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
carrot - dipotong dadu
green capsicum - dipotong dadu
cendawan - tak letak pon takpe
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam dan gula
minyak

cara-cara membuat inti :
panaskan minyak, tumis bwg putih dahulu dan kemudian masukkan bawang besar.
kacau sehingga naik bau. selepas itu masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
kemudian masukkan perencah black paper dengan sedikit air. selepas itu masukkan carrot dan diikuti dengan capsicum. kacau lagi sehingga bahan-bahan mesra dan agak kering.
ketepikan sebentar dan biarkan inti sejuk.

bahan-bahan lapisan :

12 keping roti
3 biji telur
250ml fresh milk
8 keping slice cheese
cheddar diparut

cara-cara membuat roti lapis :

sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter or mentega.
bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati.

celupkan roti kedalam bancuhan susu dan susun dalam bekas atau loyang. 
buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. kemudian susun slice cheese ke atas daging.
tutup dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah pertama tadi.
ulangi proses yang sama berulang-ulang sampai bahan-bahan habis.
akhir sekali taburkan chesdar parut di lapisan atas sekali.
jika ada lebihan telur, siramkan diatas roti supaya tidak membazir.
bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada sushu 180c dan lebih kurang 40-45 minit.
apabila roti daging nampak dah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sedia untuk dihidang.




selamat mencuba!



Thursday, August 29, 2013

Mee Hoon Goreng MeLuv

hahhhh sesuka hati je kan bagi nama huhu!
abis kalau dah semua orang pon panggil mee hoon goreng
i kenalah buat jadi special sikit kan
so, apa yang special nyer mee hoon goreng meluv ni ya???
oklah, jom kita terjah



bahan-bahan :
1 bungkus mee hoon
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil taucu
10 ekor udang saiz sederhana - goreng separuh masak
2 ekor sotong - dipotong bulat dan goreng separuh masak
2 keping fish cake - di hiris
kobis - dipotong kecil
garam dan gula
air secukupnya

bahan di blend :
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

hiasan :
2 biji telur - di dadarkan, kemudian digulung dan dipotong bulat
daun bawang

cara-cara membuatnya :
rendamkan mee hoon sehingga ia lembut dlm masa 30-45 minit. kemudian bilas, toskan dan ketepikan sebentar. panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga garing. selepas itu masukkan bahan yang telah diblend tumis lagi sehingga garing dan naik bau. kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, taucu dan kicap. kacau sehingga sebati. masukkan air dan diikuti garam dan gula secukupnya. apabila agak naik minyaknya, bolehlah di masukkan mee hoon dan kobis. kacau sehingga sebati. selepas itu bolehlah di masukkan udang, sotong dan fish cake. mesrakan semua bahan dalam kuali tu ya. bila dah mesra bolehlah tutupkan api. hidang mee hoon goreng tu dengan hiasan telur dan daun bawang. senangkan!

selamat mencuba...



Tuesday, August 20, 2013

Mee Bandung

salam uolls! jumpa lagi kita dalam entri resepi air tangan lagi... hehehe
wah wah wah.... sejak mood blogging ni datang balik, semua new post dok publish resepi jek
tapi tak kisah lah kan..... maybe kebetulan ada readers yang tengah search resepi kegemaran!
manalah tau.... ok, jom kita jengah resepi mee bandung stail i pulak



bahan-bahan :
2 bungkus mee kuning (dicelur)
8 ekor udang basah (dikupas kulit) 
2 ekor sotong (potong secara bulat)
60 gm udang kering (rendam dalam air kemudian ditumbuk)
300 gm daging lembu (rebus sampai empuk dan dihiris)
air rebusan daging
5 biji telur (bergantung kepada bilangan orang)
6 sudu besar sos tomato
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
sayur sawi
2 biji tomato (belah empat)
minyak untuk menumis
4 sudu besar cili boh

bahan-bahan diblend :
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

bahan-bahan hiasan :
2 keping tauhu goreng (hiris nipis) - terlupa nak beli
daun bawang
bawang goreng
hirisan cili merah
limau kasturi


cara-cara membuatnya :
mula-mula sekali, celurkan mee kuning dan ketepikan seketika
panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan cili boh sehingga garing
kemudian masukkan bahan yang telah diblend dan kacau sehingga naik bau dan garing
apabila tumisan sudah nampak naik minyak bolehlah dimasukkan udang kering
kacau seketika sehingga naik bau
kemudian, masukkan air rebusan daging dan biarkan ianya mendidih
sekiranya inginkan kuah yang lebih bolehlah di tambahkan air secukupnya
masukkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa
pecahkan telur sebiji demi sebiji dan jangan kacau supaya telur tidak pecah
biarkan telur separuh masak dengan mengikut citarasa
kemudian bolehlah masukkan sotong, udang dan hirisan daging tadi
akhir sekali masukkan sayur sawi dan tomato
tutupkan api dan curahkan kuah di atas mee
hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi
sedia untuk dihidang

selamat menjamu selera!


Monday, August 19, 2013

Rendang Daging + Paru

salam semua !
entry kali ni I nak share resepi air tangan yang kini telah menjadi santapan favorite en. pai di pagi hari raya
hihihi.... kalau pagi raya I tak hidang resepi ni, boleh jadi perang besar tau!
resepi rendang daging campur paru style nogori 9.... (omak den kan orang nogori)
actually, ni resepi turun temurun kaum keluarga sebelah mak I
boleh di katakan bahan-bahan yang digunakan agak sama jugalah dengan resepi-resepi orang lain
tapi.... method masakan I rasa ada sikit berbeza.... dan tu lah yang menjadikan
resepi rendang nogori air tangan I ni special sikit.... rasa... lagi lah kan...... sodapppppp!



bahan-bahan :
2 kg daging lembu pejal (potong ikut saiz yang masing-masing suka)
1 kg paru lembu (direbus sehingga empuk dan potong)
6 sudu besar cili boh (ikut kepedasan masing-masing)
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar rempah rendang (bancuh dengan sedikit air)
6 biji kelapa parut (diperah dan ambil santannya)
125 gm kerisek kelapa
asam keping
3-5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
3 batang serai dititik
garam dan gula secukupnya

bahan-bahan (blend) :
20 biji bawang merah
15 biji bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
12 batang serai
15-20 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)

cara-cara membuatnya :
mula-mula sekali, gaulkan daging bersama bahan-bahan yang telah di blend, cili boh, serbuk kunyit dan rempah daging sehingga sebati dan ketepikan. masakkan santan di atas api yang sederhana dan kacau sekali sekala. apabila santan sudah agak terbit minyak, masukkan daging yang telah diketepikan tadi dan kacau sekali sekala sehingga daging kecut. kemudian masukkan kerisek dan asam keping, kacau lagi dan biarkan mereneh sehingga daging empuk. selepas itu bolehlah rasakan garam dan gula secukupnya. apabila kuah sudah agak memekat, barulah di masukkan paru dan kacau lagi supaya sebati. apabila daging dan paru sudah mesra dengan kuah rendang, masukkan serai titik, daun limau purut dan daun kunyit. kacau selalu sehingga kuah rendang mengering dan terbit minyak. kekeringan rendang juga bergantung kepada kegemaran masing-masing. ok, sedia untuk di hidang!


Sunday, August 18, 2013

Siakap Goreng Sambal Belacan


hai uolls!
meh sini I nak share resepi orang malas hehehe....
sebenarnya, I pun dah tak tau nak masak apa
cari punya cari apa yang ada dalam fridge
jadilah satu ciptaan masakan yang simple
janji sodapppp!




bahan-bahan :
4 keping ikan siakap (saiz besar) - goreng sehingga keemasan
1 biji bawang besar - dibelah empat
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
3 sudu besar paste 'sambal belacan' Adabi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam & gula secukupnya

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. selepas itu masukkan paste 'sambal belacan' Adabi, kacau seketika. Kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato. kacau seketika dan bolehlah dimasukkan bawang besar dan capsicum. rasakan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan sedikit air supaya nampak agak berkuah. apabila kuah sudah agak memekat, masukkan kepingan ikan siakap yang telah digoreng. balik-balikkan seketika, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

mesti uolls tertanya-tanya kan paste apa la yang I pakai..... ni hahhhh


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com