The Ads

Search This Blog

Saturday, October 29, 2011

1 Cukup!

kurangkan manis dalam minuman, banyakkan manis dalam senyuman.... kurang gula, badan pun lebih sihat. 1 sudu gula sudah cukup ya!



boleh dikatakan kebanyakan orang-orang kat malaysia ni tak boleh hidup tanpa gula. apa-apa pun makanan dan minuman mesti ada gula. nak masak lauk pauk, kuih muih semua mesti ada gula apatah lagi kalau nak buat kek atau cookies kan. tapi tau tak uolls kalau kita ambik gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita. 

oklah, i sebenarnya nak share dengan uolls beberapa langkah bijak bagi pengurangan gula dalam kehidupan kita seharian. perkara yang baik haruslah dikongsi, lagipun secara tak langsung boleh educate diri sendiri. untuk pengetahuan uolls, ada 7 langkah kesemuanya, iaitu;

1. sentiasa minum air kosong berbanding minuman manis seperti air gas dan air kordial.



2. hadkan penggunaan gula, susu pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh saja untuk setiap cawan minuman (ni memang susah sikit, nanti nescafe i tak kaw! tapi i akan kurangkan juga secara sikit demi sikit....hehehe)



3. cuba elakkan atau hadkan penggunaan gula dalam masakan kita seharian. kalau nak buat kek atau kuih muih tu cuba rendahkan kandungan gula ya.



4. sebaiknya elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula diantara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.



5. kalau boleh gantikan pencuci mulut atau desert seperti kuih, kek dan bubur pengat tu dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.



6. kalau beli barang makanan di kedai-kedai, baca dulu senarai ramuan pada label. elakkan produk makanan dan minuman dimana gula atau gula tambahan tersenarai di bahagian awal.



7. pilih produk yang hanya dilabel 'kurang gula', 'bebas gula' atau 'tanpa gula tambahan'.



marilah kita sama-sama membuat perubahan demi kesihatan dalam kehidupan kita seharian. bila badan sihat, otak kita pun cerdas. lagipun masa kita masih panjang untuk sama-sama membesarkan anak-anak kan. kalau kita dah sakit nanti tanggungjawab pada anak-anak akan terabai pulak. keluarga sihat, keluarga bahagia! betul tak?


7 comments:

kakchik@ella said...

Btl tu. KC setuju. As we grow older, gula, garam dan lemak patut kita kurangkan.

Asyikin said...

susah, saya nie semut..... sehari tak minum air manis, mesti rasa mcm setahun -_-

Azhafizah[フィザ] said...

fiza suke sgt bende manis ni kak..susah nk lupekan yg manis

Nurfaizah M Nor said...

KC : tulah tu...kena control dari sekarang dah...tp kalau buat nescafe mesti nak kena letak 2 sudu krimer manis....nanti tarak syok wooo!

Asyikin : kalau waktu pagi ok kot, utk supply tenaga seharian, tp jgn sebelum tido....hihi!

Nurfaizah M Nor said...

fiza : simanis mmg suka benda manis kann...hehehe... cuba2 kurangkan, akk ni pun kalo tak de susu pekat manis rasa tak tenteram dunia ni tau!

karmilaillang said...

betul...

Ibu Darwisy said...

betul tu..sy menjak wat atkins diet tu kan kak iza..kureng dah minum yg bergula..air masak mmg 2 liter tu kite tonggang..kalo wat kek pon kite mesti kurangkan jumlah gula tu..

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com