The Ads

Search This Blog

Wednesday, May 30, 2012

Grill Salmon With Luv

salam uolls!
sejak my en pai kata no nasi for dinner.... asal petang je i mengagau cari idea nak masak apa untuk dinner. haishhhh susah jugak kan kalau nak masak menda yang selain main course nya nasi ni. so fikir punya fikir, untuk menu yang sihat for en pai (konon tak nak ambik karbo banyak sangat) i buatkanlah my beloved en pai grill salmon... resepi??? hahahahahhaha jangan uolls tak percaya ye..... resepi ni ciptaan dari naluri i sendiri di atas rasa cinta yang sangat abadi! cheeewwahhhhh!



bahan-bahan :
ikan salmon
cumin
paprika
all purpose seasoning
capsicum - green, red, yellow
butter

cara-cara :
sprinkle salmon tu dengan cumin, paprika dan all purpose seasoning. marinate dalam 20 - 30 minit. kemudian dengan menggunakan pan grill, panaskan butter dan bila dah cair grill kan salmon tu sehinga masak. sesekali balik-balikkan salmon. jangan biarkan salmon terlalu masak atau sehingga kering kerana nanti teksturnya akan jadi tidak menarik. pastikan ikan salmon tu still juicy. bila dah diangkat, lebihan butter dalam pan grill itu boleh di gorengkan capsicum itu sehingga naik bau dan kemudian tuangkan ke atas ikan salmon. bagi penyediaan salad sampingan bergantung kepada masing-masing punya selera. anything will do! jemput makan !!!


nota piede : kalau kita masak dengan penuh rasa kasih dan sayang, resepi yang simple pun akan jadi menarik dan sedap sehingga menjilat jari !



Thursday, May 24, 2012

Terlepas Kandang!

actually ni cerita agak dah basi.... tulah memanjang je busy, banyak sangat yang terlepas nak mengupdate! i ni selalu jugaklah dapat free pass for movie. so oleh kerana pass tu dah nak dekat expired, last 2 weeks i bawaklah juga kanak-kanak ribena ni pergi tengok movie yang tengah meletup letup kat cinema....apalagi kan, avengers lah! memang tak dinafikan sampai je kat tgv, orang beratur punyalah ramai, nasib baik ada jugak seat untuk kitorang anak beranak ni..... itu pun dapat seat yang paling depan sekali. teleng jugak kepala dibuatnya. tapi yang syoknya tu kanak-kanak ribena, especially si faidhi..... bila dapat seat yang paling depan sekali, dianya memang tak duduk diamlah.... dah macam rumah dia dibuatnya cinema tu. ruang diantara screen dengan seat tu dibuatnya macam playground... nasib baiklah i takde lemah jantung, kalau tak dah pitam kot kat situ. okalah jom layan aksi-aksi kanak-kanak ribena ni bila terlepas dari kandang!











Bread Crispy Salad




menu salad lagi yer uolls...
penyediaan yang sangat mudah, simple, berkhasiat lagi mengenyangkan

bahan-bahan
salad
japanese cucumber
tomato (lupa nak letak)
chicken finger (digoreng dan dihiris)
roti (dipotong kecil dan digoreng)
thousand island
lada hitam
black sesame

cara-cara
campurkan kesemua bahan-bahan di atas. kemudian tuangkan thousand island, sedikit lada hitam dan black sesame. gaulkan rata dan sedia untuk dihidangkan...


Wednesday, May 23, 2012

Fish Grill With Creamy Shitake

good morning uolls! suasana pagi hari ni agak menyegarkan, maybe i cukup tidur kot... oklah, another update from me yang dah lama menyepi.... i ada resepi baru yang mudah dan ringkas untuk uolls sama-sama mencuba. actually dah lama teringin nak buat fish grill ala-ala 'secret recipe' tu... tapi asyik takde masa je nak google resepi especially for the gravy... kebetulan my adik sayang iena hamdi nak buat chicken chop with balckpepper sauce untuk juadah berbuka puasa. i pun apalagi, minta dia share lah resepi macam mana nak buat gravy tu kan! dengan kebijaksanaan yang ada.......... bijak ke? hihihi.... i pun cubalah mengolah serba sedikit resepi tu... bukan apa nak bagi menyengat sikit! ecehhhh wahhhhhh! jom layannnnn



bahan-bahan :
dory fish fillet
paprika
shitake mushroom
green & yellow capsicum
carrot
japanese cucumber
potato fries
fresh milk
maggi blackpepper mix
olive oil

cara-cara :
panaskan sedikit olive oil dan tumiskan shitake dan capsicum yang telah dihiris. bila dah agak naik baunya, masukkan fresh milk dan 2 sudu besar maggi blackpepper mix (bergantung juga pada kepanasan kepedasan  yang dikehendaki). kacau perlahan dalam api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat. boleh juga dipekatkan kuahnya dengan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. bila kuah dah memekat bolehlah ditutupkan api. kemudian lumurkan fish fillet dengan sedikit paprika dan garam. grill dengan menggunakan grill pan yang telah disapukan sedikit butter. setelah fish fillet masak bolehlah tuangkan kuah tadi keatasnya dan dihidangkan bersama carrot yang telah direbus, potongan japanese cucumber dan potato fries.


mudahkan! dan tersangatlah sedapnya.... selamat mencuba!


Tuesday, May 22, 2012

Chicken Crispy Salad

hai uolls! dah lama sangatkan i menghilang... ada sesapa yang rindu tak? hihihi.... dah tau.... takde lah tu! yelah... sapalah i ni pun! blogger yang selalu tenggelam timbul. macam tak serius je nak blogging kan! abis tu, kalau dah asyik busy memanjang....haishhhh membebel ler pulak! 2 minggu kebelakangan ni, en pai bising bila tiap-tiap malam i masak makanan yang heavy. dia dah tak larat nak makan nasi dan lauk pauk tu for dinner. hhmm macam ni pun ado??? so lagi senanglah kerja i kann! dah 2 minggu kitorang makan yang simple-simple.... roti, salad, fruit, roti, salad, fruit.....gitu jer lahh dok ulang-ulang! jom layan resepi salad yang tersangatlah simple ni....



bahan-bahan :
salad
japanese cucumber
tomato
capsicum
telur rebus
chicken crispy fingers ( brand dindings )
thousand island


simple kann! budak sekolah rendah pun boleh buat.....hihihi.... simple tapi sangat berkhasiat. jom santap!



Tuesday, May 8, 2012

Pasti Ke Sana Lagi!


salam petang uolls! pbkl2012 baru je beberapa hari berlalu. sana sini rasanya semua sibuk bercerita kisah pesta buku kat pwtc kann! kalau uolls nak tau kalau tak tanya pun nak bagitau jugak i ni dulu takdelah kisah sangat pasal pesta buku ni semua.... bukan kata kisah, tak ambil pot pun! tapi sejak dua menjak dah start intim semula dengan bacaan novel-novel ni, tahun ni i dah terjebak dengan pesta buku....hihihi.... actually hasrat nak pergi sangat tu dah terpendam sebulan sebelum tarikh pbkl ni bermula, so dah set appointment dengan semua geng fb yang pembaca novel tegar nak serang pbkl pada 28.05.2012. tapi segala perancangan terganggu dek satu kejadian perhimpunan tu! haishhhhh tak pasal-pasal niat itu ku simpankan ke hari yang lain. so, last saturday i and my princess hanah pergi juga akhirnya...... hari pergi yang sangat tak kena kerana terlalu ramai orang! sampai nak berjalan dan membelek buku-buku pun serasakan sesak nafas ni. planning yang sangat tak mengena dengan banyak novel-novel yang diidamkan telah pun kehabisan stok! hampehhhhh kannnn!







but.... apa yang penting, my princess hanah happy.... kerana dia berkesempatan berjumpa dengan novelis favourite ain maisarah ..... excited betul dia masa tu! i pulak, sampai blur tak tau nak beli novel yang mana.... tak banyak pun yang i beli.... nak bergambar pun takde siapa yang boleh tolong snapkan....hahahahahahaha




ini sajalah picture yang sempat ambik untuk dijadikan kenangan pertama ke pesta buku.... jadilah kann! thanks to novelist umie nadzimah for the cute souvenir..... insyaAllah.... tahun depan nak plan sebaik mungkin and kena bijak pilih hari yang tak terlalu ramai orang..... tak sanggup betul i nak menempuh keadaan sesak-sesak tu..... so untuk kali ni, ini jer ler yang i rembat! huhu....... mana yang dah kehabisan stok tu haruslah i terjah ke popular or mph lah pulak kann !


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com