The Ads

Search This Blog

Wednesday, February 29, 2012

Faidhi New Ride!

pada suatu petang si little faidhi hilang bersama babanya.... semua yang kat dalam rumah macam pelik pasal tetiba je keluar berdua dan tak bagitau pun kat kitorang ni. lepas sejam dua beranak tu pun muncul dengan muka tersenyum simpol..... haishhhh rupa-rupanya si baba pegi bawak si little faidhi untuk dapatkan benda alah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





nota piede : pandai pulak si kecik ni tagih janji dari babanya.....

Sardine Puff



bahan-bahan :
1 peket pastry puff brand kawan
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
1 tin sardin brand ayam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (potong kecil)
1 sudu besar serbuk cili
garam dan gula secukupnya

cara-cara membuat inti :
panaskan minyak dulu lepas tu tumiskan bawang besar. bila dah naik bau masukkan serbuk cili (nak bancuh dulu dengan air pun boleh, tapi i tak buat.... masukkan je terus). kacau sebentar, kemudian masukkan isi sardine yang telah dibuang tulangnya. hancur-hancurkan isi sardin di dalam kuali tu dan bolehlah di masukkan sedikit dalam sesudu dua jus tomato yang dalam tin tu supaya inti tidak terlalu kering. kemudian masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukupnya. kacau sebentar, tutup api dan biarkan inti sejuk.

cara membuatnya :
mula-mula ambil sekeping pastry brand kawan. potong tanpa putus di sebelah bahagian saja. kemudian letakkan inti secukupnya di bahagian yang sebelah lagi. lipat dua dan temukan setiap penjuru pastry. dengan menggunakan garpu, tekan di setiap hujung pastry bagi menutup pastry puff. sapukan kuning telur diseluruh bahagian atas pastry puff dan bolehlah dibakar pada suhu 150-180 darjah celsius dan bakar selama lebih kurang 30 minit. 

selamat mencuba !





3 Budak Notti !

last weekend agenda merayau jek.... maklumlah en. pai kan dah gaji....hehehe.... haruslah anak bini kerjakan! anak beranak pegi melepak kat ioi mall puchong.... seluruh pelosok ioi mall kitorang jelajah.... yang jadi penat bukannya merayau tu tapi melayan kerenah si little faidhi yang tak mau jalan sendiri, dia dok minta berdukung jek. pinsannnn dibuatnya.... paling best kitorang gi membeli belah kat daiso.... ala kedai barang2 jepun yang 5 hengget tuh! bahaya jugak kedai 5 hengget ni kan.... ambik punya ambik silap2 boleh habis beratus... kitorang memang suka shopping kat daiso ni, bukannya apa.... pasal barang2 dia tu yang macam2... bebudak ni pun suka menyelongkar kat situ. kadang2 gelihati gak bila tengokkan keletah dan perangai diorang bila berumah sementara kat daiso tu. semua menda nak di try nye!...... 






ini 3 budak notti ada jek menda nak dibuatnya.....


nota piede : hati seorang mama pasti akan bahagia bila melihat raut wajah anak2 yang gembira dan ceria.

Monday, February 20, 2012

Ayam Masak Lemak Daun Kesum

rasanya dah lama sangat tak update resepi air tangan kan..... lebih-lebih lagi resepi lauk masakan kampung ni. oklah tak nak berceloteh panjang, jom terjah !


 


bahan-bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
4 biji buah keras

1 ekor ayam - potong saiz ikut kesukaan
2 sudu besar cili boh - boleh lebihkan kalau suka pedas
250ml santan
seikat daun kesum
minyak untuk menumis
garam
asam keping

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan cili boh sehingga garing. selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. kacau sehingga naik minyak. kemudian masukkan santan dan air ikut keperluan kepekatan kuah yang dikehendaki. bila sudah mendidih, masukkan ayam dan kacau seketika. rasakan garam secukupnya dan masukkan asam keping. apabila ayam sudah agak mesra dengan kuahnya, bolehlah di masukkan daun kesum. kecilkan api dan biarkan sehingga terbit minyak dan kemudian bolehlah dihidangkan.

selamat mencuba !

Adegan Terlampau...

satu kejadian yang dilaporkan telah berlaku pada hari ahad lepas tepat jam 2 petang. daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berpunca daripada ketidakupayaan seorang mangsa untuk meneruskan aktiviti-aktiviti hariannya yang telah dirancangkan pada hari tersebut. maka dengan ketidakupayaan itu juga telah menyebabkan satu adegan yang tidak diingini berlaku. semua orang yang disekitar kawasan berdekatan dengan tempat kejadian merasa amat pelik, bingung dan ada juga yang tidak dapat menahan diri daripada ketawa yang terbahak-bahak sehingga terkeluar semua anak tekak, gigi dan gusi! kejadian adegan tido yang terlampau itu benar-benar menyeksakan sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





nota piede : terserlah sungguh notti nya si little faidhi ni !



Sunday, February 19, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna






Sedang Apa Dan Dimana - Sammy Simorangkir




dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)

sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

sedang apa dan dimana

sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani menjalani menjalani janji hati kita



Thursday, February 16, 2012

Happy Birthday Chal !




for baba and mama, you are more than
x-men, iron man, superman, batman, spiderman and
all the other superheroes of the world
you are our very own super boy son
wishing you a very happy birthday today!

mama dan baba tau chal memang mengidamkan hadiah ni kann
tak sangka sampai chal menitiskan air mata
bila nampak hadiah ni depan mata.....
rasa tersentuh pulak hati mama bila tengok chal menangis
we hope that you really like it.... ok!










meraikannya dengan serba sederhana tapi
penuh kasih dan sayang

mama, baba, hanah dan adhi loves you very very much!


Wednesday, February 15, 2012

Happy Birthday My Gud Friend Risa!




Friend is just a WORD but you give it a MEANING
I just want to say HAPPY BIRTHDAY
to you, my dear, DEAR FRIEND !



Tuesday, February 14, 2012

Ku Dah Gila.....

tolong..... tolong..... kegilaan i ni dah melampau rasanya! meronta-ronta jiwa dibuatnya....bergelora sanubari bagai tak terkata dek mabuk asmara..... yang telah dicipta oleh adik-adik kesayangan i yang nakal si iena hamdi dan hartini tuh! ni  bukan setakat mabuk....dah gila pun....gila padanya.....gila pada
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



novel-novel itu..... dan
akan datang dia akan jadi banyak, banyak dan banyak lagi..... tapi i dapat rasakan kegilaan hobi baru ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan dan kekusutan otak i ni dengan bebanan kerja kat opis tu! huhu....
buat hartini, terima kasih banyak-banyak pasal bersusah payah ke bookshop cari, beli dan poskan novel-novel tu ya!.....really appreciate it.



nota piede : jom kita start fikirkan mana-mana pelakon yang sesuai kalo cerita-cerita dalam novel tu difilemkan!







Pembaziran Dalam Kehidupan

salam petang semua....
setelah beberapa hari menghilang, hari ni i muncul kembali dengan semangat baru....semangat yang cuba dipupuk agar blog kesayangan ini tidak terus tenggelam dengan kesibukan seharian. oklah hari ni i nak share tentang pembaziran dalam kehidupan kita sehari-hari tanpa kita sedari....ni kira macam tazkirah jugaklah kann, bukan apa ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah lebih baik dikongsi bersama dan i pun akan sama-sama dapat faedahnya..... pembaziran tanpa disedari oleh manusia ini dinyatakan daripada ulama' dan tokoh gerakan islamiah iaitu ibnu qayyim al-jauziyah. daripada karya ilmiah beliau ini, ada 9 pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia iaitu;


ilmu pengetahuan - membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan
amalan - membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas
kekayaan - membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah
hati - membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah
tubuh badan - membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
cinta - membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada Nya
masa - membazir jika tidak diurus sebaiknya
akal - membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama
zikir - membazir jika tidak memberi kesan kepada hati


selama ni kita selalu menganggap pembaziran lebih kepada makanan, wang ringgit dan harta benda. padahal dalam kehidupan kita seharian perkara-perkara di atas itulah yang selalu tidak langsung diambil peduli...betul tak? jadi, adalah lebih baik kita sama-sama mengkaji tentang pembaziran yang selama ini tidak kita sedari tu......






nota piede : renung-renungkan.......



Saturday, February 4, 2012

Bungkusan Merayau


hai uolls! malam ni i kembali bersiaran.... huhu! alahhh macam tak biasa pulak, i ni kan minah bz body. kalau dah berhari-hari tak muncul tu tandanya i membatukan diri kat opis! haishhhh rasanya macam dah tak menang tangan dah nak handle kerja-kerja kat opis tu. bohonglah kalau i kata tak stress kann, tapi ahhhhhhhhhhhhh sebaiknya bila dalam keadaan tertekan baik jangan dok fikir. lagi kita fikir lagi serabut otak kita ni jadinya.

so bercerita pasal nak menghilangkan tension ni, i dah ada satu cara baru....hehehe.... uolls nak tau apa tak? ni semua berpunca selepas i dilanda 'ombak rindu' lah... dek kerana filem meletop te ba bowwww yang diadaptasi dari sebuah novel...... kini i dah mula kembalikan hobi masa masa zaman sekolah dulu.... apa lagi baca novel ler! tapi sebelum hobi lama ni hangat semula, ada plak kisah tragis disebaliknya tu....selepas dari novel ombak rindu, i dapat info dari adik-adik sayang yang sekarang ni ramai orang dok rebut-rebut baca novel dari tulisan siti rosmizah. novel beliau yang tengah hangat diperkatakan ni berjudul andai itu takdirnya. so dengan semangatnya, i pun mencarilah novel ni di mana je ada kedai buku yang berhampiran kat rumah i. malangnya semua kedai buku yang i pergi out of stock! gggrrrr....... nasib i baik ada pulak sorang adik ni yang  sudi belikan novel tu untuk i. jauh tu uolls..... dari kedah! dahlah susah nak dapatkan novel tu, lepas dah diposkan pun i tunggu-tunggu tak juga sampai. dalam seminggu jugaklah menantinya tu.... tup-tup rupanya novel tu merayau-rayau dan dihantar balik kat orang yang mengepos sebabnya barang diposkan tidak dituntut. sungguh pelik plak difikirkan pasal takde apa bukti langsung nak dituntutkan barang tu........dipendekkan cerita rupanya alamat i yang ditulis tersalah suda! adehhhh tragis sungguh kisah nak dapatkan novel meletop ni. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kat adik sayang kemboja puteh kerana bersusah payah dapatkan novel ni untuk i. sayang tini ketat-ketat! lain kali bleh minta kirimkan lagi yer......jangan serik pulak!

tini pesan, kalau nak baca novel tu kena sediakan tisu banyak-banyak...... dari muka surat pertama je 3 4 helai tisu abis lencun! alamakkkkk ia ke ni........ pinsannnn!!! dah dah.............jom baca!



Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com