The Ads

Search This Blog

Wednesday, May 30, 2012

Grill Salmon With Luv

salam uolls!
sejak my en pai kata no nasi for dinner.... asal petang je i mengagau cari idea nak masak apa untuk dinner. haishhhh susah jugak kan kalau nak masak menda yang selain main course nya nasi ni. so fikir punya fikir, untuk menu yang sihat for en pai (konon tak nak ambik karbo banyak sangat) i buatkanlah my beloved en pai grill salmon... resepi??? hahahahahhaha jangan uolls tak percaya ye..... resepi ni ciptaan dari naluri i sendiri di atas rasa cinta yang sangat abadi! cheeewwahhhhh!



bahan-bahan :
ikan salmon
cumin
paprika
all purpose seasoning
capsicum - green, red, yellow
butter

cara-cara :
sprinkle salmon tu dengan cumin, paprika dan all purpose seasoning. marinate dalam 20 - 30 minit. kemudian dengan menggunakan pan grill, panaskan butter dan bila dah cair grill kan salmon tu sehinga masak. sesekali balik-balikkan salmon. jangan biarkan salmon terlalu masak atau sehingga kering kerana nanti teksturnya akan jadi tidak menarik. pastikan ikan salmon tu still juicy. bila dah diangkat, lebihan butter dalam pan grill itu boleh di gorengkan capsicum itu sehingga naik bau dan kemudian tuangkan ke atas ikan salmon. bagi penyediaan salad sampingan bergantung kepada masing-masing punya selera. anything will do! jemput makan !!!


nota piede : kalau kita masak dengan penuh rasa kasih dan sayang, resepi yang simple pun akan jadi menarik dan sedap sehingga menjilat jari !



1 comment:

Misz-ella said...

pandainya faizah buat sendiri ye. KC kalau teringin makan kat luar je sbb sungguh la tak tau cara-cara membuatnya. hehehe.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com