The Ads

Search This Blog

Thursday, August 25, 2011

Macam Setahun Tak Makan!

bila cerita je pasal anak-anak, memang bermacam ragamkan diorang ni! kadang-kadang tu naik geram jugak kita ni dibuatnya bila anak-anak ni buat perangai. tapi bila nengok time diorang ni tido, alahai..... sayu pulak rasa hati ni, mulalah perasaan sayang tu bertambah meluap-luap dan pelok diorang tak lepas-lepas. ni i nak cerita sikit pasal perangai si little faidhi tu. sekarang ni umur faidhi dah masuk 2 tahun 9 bulan. selalunya budak yang umur dah macam ni kalau bab makan tu mesti dah teror kannn! tapi little faidhi ni tak macam tu, boleh dikatakan dia makan nasi atau apa-apa je makanan yang agak berat lebih kurang seminggu sekali. paling banyak pun 3 kali. kadang-kadang tu naik risau i dibuatnya. risaukan kesihatan dia, yalah.... kalau tak makan betul-betul takut badannya jadi lemah, nanti mulalah macam-macam penyakit yang nak menghinggapkan. tapi kalau bab minum susu memang little faidhi is no 1. dia memang kuat minum susu, satu hari dia akan minum susu lebih kurang 8-10 botol. pengsan jugakla baba dia kena beli stok susu tiap-tiap bulan..... 

sejak bulan puasa ni, little faidhi memang pengacau yang paling ganas bila mula je kitorang nak buka puasa. selalunya time berbuka tu jugaklah dia nak i tidokan dialah, suruh tepok dialah, nak susu yang i je buatkanlah, nak dukunglah..... haishhhh geram betul dibuatnya. bila kita suruh dia makan, katanya 'adhi kenyangla'.......hahahhaaha uolls nak tau dia ni memang keletah sangat dan cakapnya pun tak pelat. bila dengar dia celoteh memang dah macam budak umur 4 tahun je! selalu yang kena ceramah dia, abang chal dan kak hanah dialah!

semalam time berbuka little faidhi kata dia lapar sangat. bila kitorang dengar macam rasa ya tak ya je..... siap dah warning dia tu suruh makan betul-betul. uolls nak tau apa dia jawab 'adhi tak notti la'..... lepas dah sendukkan nasi dan sikit lauk kat dia, tetiba kitorang semua berpandangan diantara satu sama lain! ehhhh betul ke faidhi ni??? bila tengok dia makan, i lah yang paling rasa happy sangat..... bersungguh-sungguh betul dia makan. dah macam orang setahun tak makan lagaknya!.... faidhi.....faidhi......kalau tetiap hari makan macam ni kan bagus.







nota piede : mama nak adhi makan macam ni tiap-tiap hari ya.....

8 comments:

Tina Othman said...

sweeeeeeeeeetnya, alalala yang penting dia nak menyusu, agaknya kenyang susu kot tu yg tak berapa nak makan tu

Ein said...

betul jugak cakap tina tu. dahiyah pun sebaya faidhi. kalau dia kurang susu baru dia makan byk... minum susu x yah cakap la. sentiasa penuh botol susu tu. menggonggong je. mungkin sbb nak lepas gian berenti bf agaknya. pengsan beli susu. pantang ada offer mesti serbu la... dulu xyah susah beli... free je... hikhik...

Nurfaizah M Nor said...

tina : tu yg geram, dah tak tau nak buat mcm mana nak kasi dia nafsu mkn nasi...

ein : hahahaha menggonggong tu yg tak tahan... mmg bab beli stok susu tu bukan pengsan lg ni, dah tahap koma! hihihi....

risa said...

lebih kurang jelah umur anak kite ni beb..dak mia pon 2thn 7bulan sebab dia lahir 1/1/2009...hehehe
cakap memang bijak sungguh laaaa...maybe derang ni ikut yg besor2 tu...bestkan tengok derang makan;)

Nurfaizah M Nor said...

risa : laa beza sebulan jek dgn faidhi. dia lahir 1/12/2008!

Papa Mifz said...

salam kenal...

seronok tgk dia mkn...berselero semacam jo...

Azhafizah[フィザ] said...

licin adhi makan..hehe..
comelnye meja dan pinggan tu ^_^

Nurfaizah M Nor said...

papa mifz : ni baru nak mcm selero tau!

fiza : si adhi ni nak mkn mmg kena paksa....

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com