The Ads

Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Nak Menang Merdeka!

pagi tadi i terpaksa bangun awal sikit pasal nak menyiapkan si hanah dan chal. hari ni diorang ada pertandingan menyanyi lagu merdeka kat sekolah..... haishhhh macam manalah gamaknya diorang eh? harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. semalam si hanah dah pesan yang cikgu kata kena pakai baju kurung dan make up cantik-cantik. so i apalagi dengan kepakaran yang ada memang terserlahlah kecomelan hanah lepas di make up! cewahhhhhh masuk bakul angkat sendiri! si chal pulak kena pakai baju melayu dan bersamping bendera malaysia. hhmmmm jenuh jugaklah hari tu menjahit bendera nak disambungkan menjadi samping. wahhhh terserlah kehenseman chal bila bersampingkan bendera. dah macam arwah sudirman masa buat show merdeka dulu je kebetulan pulak cikgu memang suruh chal nyanyi lagu merdeka arwah sudir! masa hantar diorang pagi tadi kat sekolah, i rasa bangga sangat bila dua-dua pun mewakili kelas untuk pertandingan tu. haiiii kemanalah kuah kalau tak tumpah ke nasi. mewarisi bakat seni mama dia ni! huhu terlebih suda! bagus jugak cikgu sekolah diorang ni buat pertandingan macam ni sempena menyambut hari kemerdekaan, bukan apa dari keciklah kita kena terapkan dalam hati jenerasi muda ni untuk cintakan negara sendiri dan tau sejarah kemerdekaan malaysia kan! mama harap hanah dan chal dapat hadiahkan kemenangan supaya menjadi kebanggaan cikgut nora dan cikgu rosidah ok. tapi tulah yang frustnya dek kerana tergesa-gesa pagi tadi i tak sempat nak ambik gambar diorang...potong betul lahhh!



nota piede : hanah, chal buat betul-betul tau. nyanyi lagu merdeka kena bersemangat. mama doakan anak- anak mama menang dalam pertandingan hari ni.


Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

Tina Othman said...

dalam sibuk nak raya, terlupa dgn sambutan merdeka kan, ala rugi tak dpt tgk bendera jadi sampi

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com