The Ads

Search This Blog

Monday, August 22, 2011

Nasi Ambang

salam ramadhan yang ke 21 untuk semua.....
hahh cuti hujung minggu macam ni uolls masak apa ek? ke..... uolls berbuka kat luar jek? maklumlah hari minggu mesti nak bawa anak-anak shopping baju raya kan? pas tu bolehlah berbuka kat luar sekali. hhmmm panjang pulak celoteh i ni..... oklah, sebenarnya hari ni i nak share resepi tradisi orang jawa. dapat arahan dari orang atasan en. pai lah, menu nasi ambang..... kalau dah orang jawa tu jawa jugak kann!



kepada sesapa yang tak tau nasi ambang ni, untuk menyiapkan satu hidangan nasi ambang memerlukan banyak bahan-bahan ya. so selalunya nasi ambang ini wajib ada bahan-bahan seperti nasi putih, ayam masak ungkep, mee goreng, serunding kelapa, sambal goreng jawa, ikan masin bulu ayam dan daun pisang.

jom layan resepi!

ayam masak ungkep


bahan a (dikisar) :
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi

1 ekor ayam (dipotong 16)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
halia (dihiris nipis)
2 batang serai
1 liter air
garam secukupnya

cara-caranya :
mula-mula panaskan minyak dan tumis halia sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak. kemudian masukkan serbuk ketumbar dan jintan putih, kacau seketika. lepas tu bolehlah masukkan ayam, balik-balikkan segingga ayam agak kecut. kemudian masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukupnya. bolehlah di kacau sekali sekala dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat. 

mee goreng 'ambeng'


bahan-bahan :
1 peket mee kuning
taugeh 30 sen - i tak letak pun
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar kicap manis

bahan untuk ditumbuk :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar udang kering

cara-caranya :
tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga naik minyak. masukkan kicap dan sedikit air. lepas tu masukkan mee dan gaul rata. rasakan garam secukunya.

sambal goreng jawa


bahan a (dikisar) :
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
belacan
asam jawa secukupnya

kacang panjang (dipotong serong)
cili merah (dipotong serong)
cili hijau (dipotong serong)
pucuk tauhu
soh on
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar kicap manis
air secukupnya
garam secukupnya

bahan b (dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu)
1 peket tempe
2 keping tauhu
2 biji kentang
500gm pedal + hati ayam
udang saiz sederhana

cara-caranya :
tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. kacau seketika sehingga garing. kenudian masukkan santan dikuti dengan kicap manis. rasakan garam secukupnya. kacau lagi dan kemudian masukkan sedikit air ikut keperluan. lepas tu bolehlah masukkan kacang panjang dan gaul rata. kemudian masukkan pula cili merah, cili hijau dan pucuk tauhu. kacau seketika dan diikuti dengan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. gaul rata dan akhir sekali masukkan soh on. kacau lagi sehingga semua nampak mesra.

serunding kelapa


bahan a (dikisar) :
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintah putih
3 sudu besar ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

1 biji kelapa parut
2 sudu besar cili boh
air asam jawa secukupnya
1/2 cawan gula merah
garam secukupnya

cara-caranya :
goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan. ketepikan sebentar. tumiskan cili boh sehingga garing. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan kacau sehingga naik minyak. masukkan gula merah dan biarkan sehingga cair. lepas tu masukkan pula air asam jawa dan garam secukupnya. biarkan atas api kecil sehingga agak pekat. akhir sekali masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. gaul rata dan sehingga kelapa nampak agak kering.

selamat menjamu selera!

4 comments:

missdora said...

seedaap !dah lama tak makan.. :)

iLa VaNiLLa said...

kalau duduk kat sabak dulu olways makan.. perghh ! maveles !!!

Azhafizah[フィザ] said...

nasi ambeng ke nasi ambang kak namenye ni?kompius lak fiza..makanan jawa ni sedap dan banyak.tak pernah abes makan kalau beli..

Nurfaizah M Nor said...

missdora : sedapkannn...

ila vanilla : sana mmg ramai org jawakan???

fiza : mmgla ejaannya gitu, tp org jawa sebut 'ambeng'....

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com