The Ads

Search This Blog

Friday, October 28, 2011

Ayam Masak Kicap Lebur

ok, hari ni nak share menu dinner semalam yang mudah, ringkas dan dah tentu-tentunya sedap!



bahan-bahan
1/2 ekor ayam ~ i pakai 3 keping whole leg dipotong 4
2 biji kentang ~ belah 8
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
lada hitam ~ ikut pada selera memasing
daun bawang ~ tak letak pun tak pe

cara-caranya
mula-mula gorengkan kentang dan ketepikan dulu
kemudian tumbuk sekali segala bawang-bawang, halia dan lada hitam sehingga halus
selepas tu lumurkan pada ayam dan perapkan seketika
panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar
leburkan saja ayam yang diperap tadi ke dalam kuali
kacau seketika sehingga air ayam kering
masukkan air ikut pada kesesuaian kuah yang dikehendaki
bila ayam dah agak masak, masukkan kicap
biarkan isi ayam mesra dengan kuahnya
rasakan garam secukupnya
jika nakkan kuah pekat bolehlah bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air
kacau sebentar dan akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng tadi
boleh juga dicampakkan sedikit potongan daun bawang
dan percikan minyak bijan

mudahkan...... leburkan je semua bahan tu!
selamat mencuba...



5 comments:

Anonymous said...

simple je menu, tapi mesti sedap kan, nak sikit

Nurfaizah M Nor said...

meh dtg umah makan!

Azhafizah MN said...

fiza kalau ayam masak kicap suke letak black pepper..hehe..sedap!

Nurfaizah M Nor said...

fiza, bestkan kalo letak byk black pepper, tp ni bebudak nak mkn jugak so kena kurangkan skit....

Ibu Darwisy said...

mcm ayam msk kicap kan kak..aduh kalo tukar kebahagian ayam yg lain buleh dak?

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com