The Ads

Search This Blog

Monday, August 19, 2013

Rendang Daging + Paru

salam semua !
entry kali ni I nak share resepi air tangan yang kini telah menjadi santapan favorite en. pai di pagi hari raya
hihihi.... kalau pagi raya I tak hidang resepi ni, boleh jadi perang besar tau!
resepi rendang daging campur paru style nogori 9.... (omak den kan orang nogori)
actually, ni resepi turun temurun kaum keluarga sebelah mak I
boleh di katakan bahan-bahan yang digunakan agak sama jugalah dengan resepi-resepi orang lain
tapi.... method masakan I rasa ada sikit berbeza.... dan tu lah yang menjadikan
resepi rendang nogori air tangan I ni special sikit.... rasa... lagi lah kan...... sodapppppp!



bahan-bahan :
2 kg daging lembu pejal (potong ikut saiz yang masing-masing suka)
1 kg paru lembu (direbus sehingga empuk dan potong)
6 sudu besar cili boh (ikut kepedasan masing-masing)
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar rempah rendang (bancuh dengan sedikit air)
6 biji kelapa parut (diperah dan ambil santannya)
125 gm kerisek kelapa
asam keping
3-5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
3 batang serai dititik
garam dan gula secukupnya

bahan-bahan (blend) :
20 biji bawang merah
15 biji bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
12 batang serai
15-20 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)

cara-cara membuatnya :
mula-mula sekali, gaulkan daging bersama bahan-bahan yang telah di blend, cili boh, serbuk kunyit dan rempah daging sehingga sebati dan ketepikan. masakkan santan di atas api yang sederhana dan kacau sekali sekala. apabila santan sudah agak terbit minyak, masukkan daging yang telah diketepikan tadi dan kacau sekali sekala sehingga daging kecut. kemudian masukkan kerisek dan asam keping, kacau lagi dan biarkan mereneh sehingga daging empuk. selepas itu bolehlah rasakan garam dan gula secukupnya. apabila kuah sudah agak memekat, barulah di masukkan paru dan kacau lagi supaya sebati. apabila daging dan paru sudah mesra dengan kuah rendang, masukkan serai titik, daun limau purut dan daun kunyit. kacau selalu sehingga kuah rendang mengering dan terbit minyak. kekeringan rendang juga bergantung kepada kegemaran masing-masing. ok, sedia untuk di hidang!


No comments:

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com