The Ads

Search This Blog

Wednesday, February 29, 2012

Sardine Puff



bahan-bahan :
1 peket pastry puff brand kawan
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
1 tin sardin brand ayam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (potong kecil)
1 sudu besar serbuk cili
garam dan gula secukupnya

cara-cara membuat inti :
panaskan minyak dulu lepas tu tumiskan bawang besar. bila dah naik bau masukkan serbuk cili (nak bancuh dulu dengan air pun boleh, tapi i tak buat.... masukkan je terus). kacau sebentar, kemudian masukkan isi sardine yang telah dibuang tulangnya. hancur-hancurkan isi sardin di dalam kuali tu dan bolehlah di masukkan sedikit dalam sesudu dua jus tomato yang dalam tin tu supaya inti tidak terlalu kering. kemudian masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukupnya. kacau sebentar, tutup api dan biarkan inti sejuk.

cara membuatnya :
mula-mula ambil sekeping pastry brand kawan. potong tanpa putus di sebelah bahagian saja. kemudian letakkan inti secukupnya di bahagian yang sebelah lagi. lipat dua dan temukan setiap penjuru pastry. dengan menggunakan garpu, tekan di setiap hujung pastry bagi menutup pastry puff. sapukan kuning telur diseluruh bahagian atas pastry puff dan bolehlah dibakar pada suhu 150-180 darjah celsius dan bakar selama lebih kurang 30 minit. 

selamat mencuba !





Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com