The Ads

Search This Blog

Monday, November 7, 2011

Mee Rebus 'Simple'

hari ni i nak berkongsi resepi mee rebus yang simple dengan uolls. mee rebus ni kalau uolls nak tau, banyak betul version nye... ada mee rebus jawa, mee rebus utara, mee rebus johor dan mee rebus mamak pun ada! oklah.... resepi mee rebus yang i nak share ni, mee rebus special dari air tangan i. caranya agak ringkas sikit pasal tu i namakannya simple.



bahan-bahan :
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg daging tetel
3 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
2 sudu besar rempah kari daging
garam, gula
minyak

bahan untuk dikisar :
5-6 biji keledek merah (direbus)
1/2 cawan tauchu
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan udang kering

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dulu dan masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar sehingga naik bau. masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan kacau rata. selepas tu masukkan daging tetel dan masak sehingga daging empuk. kemudian masukkan tauchu dan keledek merah yang telah dikisar. tambahkan air sekiranya kuah agak pekat dan sesuaikan kepekatan mengikut citarasa masing-masing. akhir sekali rasakan garam dan gula secukupnya.



bahan taburan (penderam)
1/2 cawan udang kering (dikisar)
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh serbuk kunyit
garam
air secukupnya

cara-caranya :
mula-mula kisarkan udang kering dengan sedikit air. kemudian dalam pengisar yang sama masukkan kesemua bahan seperti tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan kisar semula dengan air secukupnya. teknik menggoreng penderam mestilah menggunakan minyak yang banyak. bila minyak dah panas, masukkan bancuhan tepung di tepi kuali dan biarkan bancuhan turun sendiri kedalam minyak. kemudian balikkan gorengan sehingga kekuningan dan garing. angkat gorengan dan toskan. kemudian pecahkan gorengan dengan meramas hingga pecah-pecah.

bahan-bahan hiasan :
tauhu goreng (dipotong kecil)
daun sup
bawang goreng
telur rebus (dibelah 2)
cili hijau (dipotong bulat)
taugeh (dicelur) - i tak pakai pun, pasal tak suka
limau kasturi


nota piede : amacam uolls? mudah dan ringkas kan. meh lah cuba, selamat menjamu selera!

5 comments:

Anonymous said...

makan suka tapi nak buat malas hehe, bak sepinggan mee rebus tu

Azhafizah MN said...

kakak fiza pun suke buat mee rebus dan fiza sukekanye..hehehe..sedap kan kak!

Misz-ella said...

Pandai buat eh? KC langsung tak reti. Reti makan sahaja. Hihi.

Nurfaizah M Nor said...

tina : meh dtg umah bleh mkn puas2.

fiza : org johor mmg suka mkn mee rebus kann!

kc : meh lah jemput rasa...

Ibu Darwisy said...

sedapnyer kak ina..nak sikit bley

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com