hai uolls! salam berhujung minggu....
dari hari ke hari, minggu ke minggu, kesibukan kat office menjadi-jadi. rasa benci pada masa yang berlalu kerana langsung tak menunggu walau sesaat pun..... setiap hari yang penuh dengan jadual yang sangat ketat, report yang tak berkesudahan, meeting yang berangakai-rangkai...... buatkan i rasa sedikit tertekan. namun begitu bila difikirkan kembali tanggungjawab adalah tanggungjawab dan tak boleh dipertikaikan. walaupun cuti hujung minggu kali ni i terikat dengan proposal yang mesti disiapkan, tapi i pastikan quality time bersama family akan diperuntukkan sebaik-baiknya.
begitulah lumrah hidup sebagai career woman yang perlu seiring dengan tugasan sebagai isteri dan mama yang mithali! .....ecewahhhhh! ye ke? ehhhh mestilah ye kann. apa yang penting, kita cuba buat yang terbaik untuk kebahagian dan kesejahteraan family.... hati mestilah ikhlas tanpa ada terdetik walau penat macam mana sekalipun....... insyaAllah barulah hidup keluarga kita akan sentiasa diberkati. rasanya macam dah panjang lebar pulak i membebel....
oklah, petang ni bebudak sume sibuk sangat nak makan cekodok pisang. i beredar dululah ye.....nak pegi melenyek pisang jap. oh ya, nama pun cuti hujung minggu kan, hari ni lepas habis berkemas satu rumah, my hero-hero pulak sibuk beraksi ganas, main tembak-tembak. bingit jugak telinga i ni dibuatnya......tapi mama hari ni abis baik punya sporting....lantaklah korang yer asalkan barang-barang perhiasan mama tak ditembaknya...hahahahhahaa....... my anak dara asyik memerap dalam bilik barunya hari ni.... permintaan untuk ada bilik sendiri.....so kenalah tunaikan
happy weekend!
No comments:
Post a Comment