The Ads

Search This Blog

Wednesday, November 9, 2011

Sambal Dengklek

yeahhh entry menu lagi.... hari ni nak share sejenis sambal mantoppp, resepi terunggul turun temurun dari tok wan i. sebenarnya i pun tak reti sangat nak menyebutnya, tapi kalau tak silap namanya sambal dengklek. sambal ni makan dengan nasi panas pun dah cukup.... ada telur goreng mata kerbau atau ikan goreng ke, ayam goreng ke....hmm lagilah terangkat! bertambah-tambah nasi nanti dibuatnya. meh usha resepi sambal ni!




bahan-bahan :
4 - 5 biji cili hijau
13 biji cili padi - kalau nak pedas lagi, banyakanlah yer
1 inci belacan
segenggam ikan bilis
air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

cara-caranya :
tumbukkan cili hijau, cili padi dan belacan terlebih dahulu. kemudian campurkan ikan bilis dan tumbuk pecah-pecah saja. panaskan lebih kurang 4 sudu besar minyak kedalam kuali. kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. kacau seketika sehingga tumisan agak garing sikit. selepas tu masukkan air asam jawa, gula dan garam. bila minyak dah terbit semula bolehlah ditutupkan api dapur. sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba dan berasap telinga! hehehe.......


4 comments:

Ibu Darwisy said...

DAH AMIK RESEPI DAH..INSYAALLAH..NEXT WEEK BARU BOLEH BUAT..MGGU NI BZ..HEHEHHE

Anonymous said...

wah, tapi tina tak tahan makan belacan

Farah said...

nak try la... nampak sedap..

Azhafizah MN said...

tak pernah dgr name sambal ni..dari mane kak?nampak macam sedap je..

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com