The Ads

Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

Bungkusan Merayau


hai uolls! malam ni i kembali bersiaran.... huhu! alahhh macam tak biasa pulak, i ni kan minah bz body. kalau dah berhari-hari tak muncul tu tandanya i membatukan diri kat opis! haishhhh rasanya macam dah tak menang tangan dah nak handle kerja-kerja kat opis tu. bohonglah kalau i kata tak stress kann, tapi ahhhhhhhhhhhhh sebaiknya bila dalam keadaan tertekan baik jangan dok fikir. lagi kita fikir lagi serabut otak kita ni jadinya.

so bercerita pasal nak menghilangkan tension ni, i dah ada satu cara baru....hehehe.... uolls nak tau apa tak? ni semua berpunca selepas i dilanda 'ombak rindu' lah... dek kerana filem meletop te ba bowwww yang diadaptasi dari sebuah novel...... kini i dah mula kembalikan hobi masa masa zaman sekolah dulu.... apa lagi baca novel ler! tapi sebelum hobi lama ni hangat semula, ada plak kisah tragis disebaliknya tu....selepas dari novel ombak rindu, i dapat info dari adik-adik sayang yang sekarang ni ramai orang dok rebut-rebut baca novel dari tulisan siti rosmizah. novel beliau yang tengah hangat diperkatakan ni berjudul andai itu takdirnya. so dengan semangatnya, i pun mencarilah novel ni di mana je ada kedai buku yang berhampiran kat rumah i. malangnya semua kedai buku yang i pergi out of stock! gggrrrr....... nasib i baik ada pulak sorang adik ni yang  sudi belikan novel tu untuk i. jauh tu uolls..... dari kedah! dahlah susah nak dapatkan novel tu, lepas dah diposkan pun i tunggu-tunggu tak juga sampai. dalam seminggu jugaklah menantinya tu.... tup-tup rupanya novel tu merayau-rayau dan dihantar balik kat orang yang mengepos sebabnya barang diposkan tidak dituntut. sungguh pelik plak difikirkan pasal takde apa bukti langsung nak dituntutkan barang tu........dipendekkan cerita rupanya alamat i yang ditulis tersalah suda! adehhhh tragis sungguh kisah nak dapatkan novel meletop ni. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kat adik sayang kemboja puteh kerana bersusah payah dapatkan novel ni untuk i. sayang tini ketat-ketat! lain kali bleh minta kirimkan lagi yer......jangan serik pulak!

tini pesan, kalau nak baca novel tu kena sediakan tisu banyak-banyak...... dari muka surat pertama je 3 4 helai tisu abis lencun! alamakkkkk ia ke ni........ pinsannnn!!! dah dah.............jom baca!



4 comments:

Misz-ella said...

buku tu best tau. KC dah byk kali ulang baca*over*hihi.

Anonymous said...

tah, tina tak berapa minat sangat buku ni, lain org lain rasa kot, best kan baca novel, tina suka baca pepagi, time kayuh basikal hehe

Azhafizah MN said...

selamat membaca kak..fiza jrg spend untuk baca buku skang..sob sob

Unknown said...

asalkan akk puas hati membaca sudah cukup. suker sgt dpt kongsi hobi. dulutinie mmg kaki stress, tp bila dpt novel, tinie jarang fikirkan sgt benda2 yg mmbuatkan tinie stress, just rileks n baca.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com