The Ads

Search This Blog

Sunday, January 29, 2012

Chicken Pie


meh kita meng'update' resepi lagi... hhmm kali ni resepi chicken pie tradisi family en. pai. dulu-dulu kalo i nak makan chicken pie, harus mencarinya kat bakery.... tapi sejak kahwin dengan en. pai, i belajar buat chicken pie ni dari family belah my mil dan kalau uolls nak tau resepinya simple jer but so delicious! lagipun chicken pie makanan kegemaran my en. pai!..... hmm patutlah nickname dia pun pai kann! haishhh melalut pulak, dah jom terjah resepi....tapi kali ni i main tipu tau..... mood malas nak menguli tepung buat pastry puff, so i pakai yang instant jer yer! janji sodap....hehehe



bahan-bahan :
2 peket pastry puff brand kawan
4 ketul ayam bahagian thigh (direbus bersama hirisan halia, kemudian isi ayam dicarik-carik kecil)
3 batang carrot (potong dadu)
1 tin kecil kacang peas
2 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 sudu kecil lada sulah
1 kiub ayam knor
garam secukupnya
air rebusan ayam
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)

cara memasak intinya :
mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu tadi. bila dah agak garing, masukkan kiub ayam dan kacau rata. selepas tu masukkan carrot dan kacau lagi sehingga separuh masak. kemudian masukkan lada sulah, garam dan air rebusan ayam dalam 1 hingga 1 1/2 cawan. kacau seketika dan seterusnya masukkan isi ayam yang telah dicarik-carik berserta kacang peas. untuk melikatkan inti masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. kacau sehingga inti memekat. sebaiknya inti mestilah basah-basah supaya bila pai dibakar inti tidak mengering. so jadilah yang macam dalam gambar kat bawah ni....


so bila inti dah sejuk, bolehlah mula membuat pai mengikut acuan yang diingini yer. i pakai loyang acuan yang bulat-bulat dan bersaiz sederhana. selepas inti diisi mestilah ditutupkan dengan kulit puff mengikut design yang disukai bagi mengelak inti pai tersembur keluar bila dibakar. suhu untuk membakar pai lebih kurang 180-200 darjah celsius dan masa membakar pai lebih kurang dalam 30 minit.



sila abaikan rupanya yang agak tercompang camping tu yer.... actually masa membuat pai ni, i train my princess sekali. tang design 'X' tu si hanah lah yang buat.....



nota piede : anak pompuan seawal usia 9 tahun, kita mesti dah mula train dia masuk dapur. kalau tak nanti bawang merah dengan bawang putih pun tak kenal!



1 comment:

Azhafizah MN said...

semestinya sangat sedap!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com