The Ads

Search This Blog

Saturday, January 7, 2012

Sago Mata Ikan



juadah minum petang yang sangat mudah
senang nak sediakannya dan cepat
petang tadi memang kemalasan melanda
tapi untuk tidak menghampakan anak-anak
bahan ini jelah yang dapat di godek kat dapur

bahan-bahan
2 cawan sago (putih/merah/hijau) ikut suka
1 atau 1.5 cawan gula pasir - i tak suka manis sangat
4 cawan air
daun pandan
kelapa parut


cara-cara
cuci sago tu terlebih dahulu
lepas tu masakkan air bersama gula sampai gula cair
masukkan daun pandan supaya air gula tu wangi
bila air gula dah mendidihmasukkan sago
kacau sentiasa supaya tak melekat
bila sago dah kelihatan pekat
tutupkan api dapur
dan bolehlah masukkan sago
kedalam loyang dan ratakan
sejukkan sago tu dulu sebelum dipotong
kukuskan kelapa parut dalam 5-6 minit
gaulkan sedikit garam
lepas tu bolehlah digolekkan sago 
bersama kelapa parut tadi
sedia untuk dihidang

3 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

sedap!Fiza suke makan.

kakchik@ella said...

Ni feveret KC tp KC suka yg kaler merah.

Errah said...

sedap kuih ni..tmpt sy panggil beronok sagu

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com