The Ads

Search This Blog

Monday, January 23, 2012

Sotong Masak Hitam

hai uolls! lama benor rasanya dah tak mengupdate resepi air tangan kann! oklah setelah sekian lama membatukan diri, hari ni nak share resepi tradisi family sebelah my father....




bahan A :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras


bahan B :
1 1/2 sudu besar cili boh


sotong putih ( sebaiknya bersaiz kecil & jangan dibuang hitamnya )
air asam jawa
garam dan gula
minyak masak
garam & gula secukupnya


caranya :
kisar bahan A sehingga halus. panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga garing. masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. kemudian masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air ikut keperluan. rasakan garam dan gula secukupnya. biarkan seketika dan masukkan sotong. apabila sotong sudah masak dan mesra bersama kuahnya, tutupkan api dapur. sedia untuk dihidang.


selamat menjamu selera!

3 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

sotong sodap!

Tina Othman said...

gelap jeng jeng sotongnya, tapi tina mmg fail masak sotong, tak retilah

Nurfaizah M Nor said...

fiza : meh dtg umah makan...

tina : sotong ni mmg nak kena dgn caranya...kalo tak nanti cam keras jek..

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com