hai uolls! lama benor rasanya dah tak mengupdate resepi air tangan kann! oklah setelah sekian lama membatukan diri, hari ni nak share resepi tradisi family sebelah my father....
bahan A :
6 biji bawang merah3 biji bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras
bahan B :
1 1/2 sudu besar cili boh
sotong putih ( sebaiknya bersaiz kecil & jangan dibuang hitamnya )
air asam jawa
garam dan gula
minyak masak
garam & gula secukupnya
caranya :
kisar bahan A sehingga halus. panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga garing. masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. kemudian masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air ikut keperluan. rasakan garam dan gula secukupnya. biarkan seketika dan masukkan sotong. apabila sotong sudah masak dan mesra bersama kuahnya, tutupkan api dapur. sedia untuk dihidang.
selamat menjamu selera!
3 comments:
sotong sodap!
gelap jeng jeng sotongnya, tapi tina mmg fail masak sotong, tak retilah
fiza : meh dtg umah makan...
tina : sotong ni mmg nak kena dgn caranya...kalo tak nanti cam keras jek..
Post a Comment