The Ads

Search This Blog

Monday, January 2, 2012

Goodbye 2011, Hello 2012 !

salam sayang dan rindu uolls!
well, tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya..... dan kini 2012 sudah pun menjelma. hhmm apa agaknya azam uolls untuk tahun baru ni ye? ke.... masih meneruskan lagi azam tahun lepas yang masih belum terlaksana? apa yang pasti setiap orang ada azamnya sendiri, dan apa pun azam kalian i harap semuanya dapat dikecapi akhirnya okay!
hahhh??? azam tahun baru i? hahahahhaa...... seperti biasalah, sebagai seorang anak, isteri dan mama kepada anak-anak.... tentunya azam yang sama setiap tahun akan i pertahankan. i sangat-sangat berharap semoga i dapat melaksanakan segala tanggungjawab sebagai anak, isteri mahupun mama dengan lebih baik dari tahun ke tahun. semoga tahun ni i masih diberi peluang dari yang Esa untuk membalas segala jasa mak dan dapat memberikan lebih lagi kebahagian dihatinya. buat suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi, i harap dapat terus bersamanya mengecapi kebahagian dan keharmonian, saling memahami serta bersama-sama memikul segala tanggungjawab dalam menaikkan taraf keluarga bagi memastikan kesempurnaan masa depan anak-anak kami.......insyaAllah. dalam kerjaya pula, sudah tentulah i akan buat yang terbaik demi masa depan yang lebih cerah...... semoga perjalanan tahun 2012 ini akan lebih mudah buat i sekeluarga.....dan begitu juga uolls ya! sama-samalah kita berusaha demi kebaikan bersama...... selamat tahun baru semua!


4 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

selamat tahun baru kak ^_^

Nurfaizah M Nor said...

selamat tahun baru fiza :)

karmilaillang said...

happy new year ka izah..^-*

Nurfaizah M Nor said...

happy new year karmila :)

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com