The Ads

Search This Blog

Friday, April 13, 2012

Kari Ikan Kerapu

sesampai jer kat rumah semalam dah agak lewat.... rasanya nak dekat pukul 7 malam. hishhhh pening jugak kepala memikirkan nak masak apa dengan masa yang agak suntuk ni. bongkar punya bongkar dalam peti sejuk tu, nasib baik ada barang basah yang boleh di masak untuk jangkamasa yang pendek..... so inilah dia resepi malam tadi. meh ler berkongsi resepi air tangan i ni !




bahan-bahan :
3 keping isi ikan kerapu
1 peket serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
250ml santan
Air secukupnya
1 sudu teh serbuk cili
bahan penumis (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 sudu teh biji sawi
2 biji terung bulat (belah empat)
4 biji cili hijau
2 biji tomato (belah 2)
sekeping asam keping
daun kari

bahan-bahan ditumbuk :
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

cara-cara membuatnya :
mula-mula panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. kemudian bahan yang ditumbuk tadi kacau sehingga naik baunya. lepas itu masukkan serbuk cili dan kacau seketika dengan diikuti serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. kacau lagi sehingga naik minyak. masukkan daun kari dan biji sawi berserta santan dan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. bila sudah mendidih, masukkan terung bulat dan biarkan seketika sehingga agak-agak separuh masak. selepas itu bolehlah dimasukkan kepingan ikan kerapu dan diikuti dengan cili hijau dan tomato. biarkan seketika sehingga ikan mesra bersama kuahnya dan naik minyak. selepas tu tutupkan api dapur dan sedia untuk dihidang.

selamat menjamu selera !












3 comments:

Misz-ella said...

lamanya KC tak masak kari. wah . .wah .. wah .. buleh la buat kari wiken ni.

Azhafizah MN said...

sempat lagi tu memasak..hebatlah kak..pasti sedap ni.

Anonymous said...

teliurr pulak huk3x done folow

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com