The Ads

Search This Blog

Tuesday, April 24, 2012

Sweet Honey Fish Fillet





bahan-bahan :
fish fillet - salutkan dengan tepung jagung dan goreng sehingga keemasan
1 biji bawang besar - dipotong saiz sederhana
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn secawan air
garam & gula secukupnya

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. selepas itu masukkan serbuk cili, kacau cepat dan diikuti dengan sos tiram, sos ikan, sos tomato dan madu. kacau seketika dan bolehlah dimasukkan bawang besar dan capsicum. rasakan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau kuah sehingga sebati. apabila kuah sudah agak memekat, masukkan fish fillet yang telah digoreng. balik-balikkan seketika, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.


2 comments:

Misz-ella said...

amboi. amboi. sedap dan mewah ni faizah. yummy!!

oshin-jamel said...

sedapppnye kak iza..nyum²!!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com