The Ads

Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

Tiga Tahun Lah !

tepat pada jam 10.13 pagi, hari isnin bersamaan 1 disember 2008 dalam operation teather di hospital putrajaya.....kelahiranmu ke dunia ini terus meredakan perasaan mama yang ketika itu sungguh resah gelisah, celaru dan bimbang kerana terpaksa menempuhi berbagai kesukaran dan komplikasi disaat-saat akhir sebelum kelahiranmu itu. pipi mama ini masih lagi terasa hangatnya tubuhmu bila yang menyambutmu itu letak di pipi mama. air mata gembira mengalir tanpa disedari. inilah saat-saat yang paling indah buat sesiapa saja yang bergelar ibu. bahagia yang menerpa langsung lupa akan kesakitan yang dirasai sebelum itu.....alhamdulillah semuanya selamat walaupun berminggu kita di dalam hospital dan bermain dengan pelbagai persoalan. mungkin dah itu bahagian mama, setiap kali mengandung hari yang sepatutnya melahirkan takkan sama dengan tarikh yang telah ditetapkan......mesti akan tunggu dan terus menunggu sehingga lewat dua minggu.....sejarah dari kandungan yang pertama lagi tidak membolehkan mama melahirkanmu secara normal. hadirmu sungguh membahagiakan.........






muhammad amir faidhi...... hadirmu menambah sinar bahagia di hati baba, mama, kak hanah dan abang chal. mama doakan semoga faidhi akan menjadi anak yang soleh, dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, memperolehi ilmu yang berguna dan kehidupan yang sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT...... amin.




nota piede : baba, mama, kak hanah & abang chal loves faidhi so much!


2 comments:

Anonymous said...

happy belated birthday faidhi sayang, moga membesar jadi anak yg soleh, kaya & berjaya dunia & akhirat, insyaallah

mummy pun luv faidhi jugak

chenta ku'in said...

hepie belated besday syg..
semoga pnjg umo..
murah rezeki..
semoga menjadi anak yg soleh..

ibu ♥ faidhi..

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com