The Ads

Search This Blog

Sunday, September 15, 2013

Angel Hair Bolognese



bahan-bahan :
3 sudu besar olive oil
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (diracik)
1 tin besar tomato paste
6-8 biji buah tomato (potong dadu)
500gm daging cincang
1 batang carrot
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 tin cendawan butang (belah empat)
1 helai daun bay
1 sudu besar dried oregano leaves
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
garam dan gula secukupnya
1 peket angel hair (san remo)
serbuk dill


cara-cara membuatnya :
panaskan olive oil, masukkan bawang besar dan bawang putih dan
tumis sehingga layu. kemudian masukkan daging cincang, kacau agar tidak berketul-ketul
dan masak sehingga daging empuk. jika daging masih belum empuk dan dah agak kering,
boleh di tambahkan sedikit air dan dibiarkan seketika. selepas itu bolehlah dimasukkan pula
tomato paste, buah tomato, dried oregano leave, lada hitam, bay leaf dan kacau sehingga sebati.
tambahkan sedikit air jika bahan campuran tadi agak pekat dan biarkan mereneh.
seterusnya masukkan carrot, cendawan dan capsicum serta rasakan garam dan gula secukupnya.
sementara menunggu kuah masak dan mesra bersama bahan-bahannya, bolehlah merebus angel hair.
masa merebus bergantung kepada jenama yang digunakan ya
(ala agak-agak sampai angel hair tu lembut). toskan angel hair, dan hidangkan di dalam
mangkuk hidangan. sprinkle kan sedikit dengan dried dill.


kalau nak lebih mengancam lagi, selepas menyendukkan kuah bolognese ke atas angel hair,
taburkan sedikit parmesan cheese ke atasnya.

walahhhhhh !



No comments:

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com