The Ads

Search This Blog

Sunday, September 15, 2013

Sayur CinCai

salam uolls
hujung minggu yang agak mendung tak bererti hujan
so suasana dalam rumah pun hanya rasa angin-angin sejuk
walaupun i, en pai dan anak-anak dah pekena heavy breakfast
tepat je pukul 1 tghari mesin dalam perut dah mula je nak on
menggelodak angin lapar dalam perut memasing
cuaca mendung buat mamanya jadi malas, so hari ni i just masak fillet sweet sour, telur dadar
dan sayur orang malas.... namanya sayur cincai
jom terjah



bahan-bahan yang ditumbuk lumat :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar paste sambal belacan adabi (pedas & tradisi)

bahan-bahan :
4 tangkai kacang panjang (potong dlm 3cm)
4 biji bendi (potong serong)
1 batang terung (potong memanjang)
petai
1 sudu besar sos tiram
garam

cara-cara membuatnya :
panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi.
kacau sehingga naik bau dan garing. kemudian masukkan sos tiram dan garam secukupnya.
masukkan juga sedikit air dalam suku atau setengah cawan
(bergantung kepada selera memasing kalau nak agak berkuah sikit)
bila dah agak naik minyak, bolehlah di masukkan kesemua sayur-sayuran yang telah dipotong.
kacau sehingga sebati dan sehingga sayur agak masak.
sedia untuk dihidangkan

oh ya, ni dia sambal paste untuk tajaan masakan kita hari ini! 




1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

Nampak sedap ni kak..boleh try ni

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com