The Ads

Search This Blog

Tuesday, May 3, 2011

Kerja! Kerja! Kerja!

Salam pagi uols!
N3 pepagi ni cuma nak luahkan sikit kesedihan dan kesengsaraan i kat uols jer.... ingat tak n3 i yg lepas pasal citer i kena bengkak2, merah, gatal dan sakit kat bahagian pipi, leher dan tengkok. Hmmm... i thought that it was allergic but it is not. I actually had 'shingles pain'. Ya Allah..... patutlah sakitnya ya ampun......really bad painful and plus with itchy......Haizzzzzz!
Tak sangka pulak sampai terkena penyakit ni..... dah nasib badan. Doktor yg merawat pun kesian kat i, sampai dia bagi i mc 5 hari. Thanks doc! BUTTTTTTTTTT yang tak syoknya i kena jugak dtg opis sekejap hari ni pasal ada benda yg mesti di settlekan and some more i have to handover duities to the new staff.... sabar ajelah kan....
Hmmm.... harap2 sumenya berjalan dgn lancar. 'Ya Allah Kau Permudahlanlah Segala Urusanku Pd Hari Ini'.....Amin


Sunday, May 1, 2011

Please! Go away from me!

Satu lg n3 utk hari neh..... 
hhmmm i ni sebenarnya tgh tension. 
long weekend sume org dok berjln2 ngan family memasing. 
tapi i..... gggrrrr geram betul! dah mcm2 nak plan cuti hujung minggu ni, tp semua akhirnya tak menjadi. kesian gak nengok my kids. diorang mmg dah excited nak gi jenjalan tp mamanya tak sihat plak! 
2 - 3 hari sebelum ni i kena gigit dgn ntah apa serangga ke, hama ke, ntah apa2lah sampai merah2, bengkak2 dan gatal kat muka ngan leher. tensionnnnnnn..... so bila dah mama still on medication tak bleh lah nak berjln yer anak2 ku sekelian. bukan apa, bila dah mkn ubat bdn ni mcm melayang dan rasa nak tido jer. 
nanti bila mama dah baik, next week kita gi jenjalan ok.


nota piede : kepada penyakit yg dah singgah kat bdn ni, satu pesanan i pd u yer ~Please! Go away from me!

Tafsiran Mimpi




hello readers!
n3 kali ni nak kongsi citer sikitlah pasal tafsiran mimpi.
tipulah kalau kita kata tak pernah bermimpikan. 
sapa sapa pun akan pernah mimpi. bagaimana terjadinya mimpi ni, minta maaf.... 
i pun tak tau. tak pernah pulak terlintas nak mengkaji bagaimana mimpi ni berlaku. 
takpelah bila i ada masa nak mentelaah pasal terjadinya mimpi ni, 
nanti i will update in the next n3. so back to the story
yesterday i did shared a story with my mum..... pasal mimpi2 ni ler. 
dulu2 org slalu kata kalau kita mimpi ular kononnya bermaksud yg 
kita ni nak kahwin atau ada org dtg nak meminangkan...... 
actually i tak berapa faham gak mcmana ular ni boleh relate dgn org nak kahwin. 
uolls rasa masuk akal tak? ntahlah.... tp apa yg my mum beritahu pada i, 
sebenarnya itu cuma tafsiran org kita dulu2 jer. dari mana kesahihannya i pun tak tau nak jawab. 
nak dijadikan cerita, i bagi tau my mum yg baru2 ni i ada termimpikan ular. 
so tanya my mum, nape i mimpi ular pulak? kan i dah kahwin, takkanlah i nak kahwin lagi kot! 
en. pai tu nak letak mana? ooppppssssss! terlebih sudah! 
so my mum pun berceritalah dgn i pasal tafsiran mimpi ni. 
kalo uolls nak tau my mum ni selalu pergi mendengar ceramah dari Uztaz Sharhan Safie. 
my mum kata uztaz ni sgt tinggi ilmunya pasal hal2 jin dan alam ghaib nih. 
so.... kebetulan my mum pernahlah tanya serba sedikit soalan kat 
Uztaz tu pasal mimpi2 especially mimpi pasal ular nilah.

kalo uolls nak tau bila kita selalu mimpi pasal ular atau
kita pernah mimpi baby / budak kecik sebenarnya masa kita tengah bermimpi tu
syaitan ingin mendampingi kita..... hah seram gak bunyinya tu kann!
kenapa syaitan tu nak berdamping
kenalah uolls mengkajinya sendiri ya
jadi kalaulah berlaku kat kita cara yang sebaik2nya 
selepas kita tersedar dr mimpi tu haruslah kita membaca 
'La ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzholimin'
lebih baik lagi, ambil wuduk dan sembahyang
InsyaAllah akan dihindari dari ganguan jin2 dan syaitan

kalau uolls nak tau dgn lebih lanjut atau 
nak kenal uztaz ni dgn lebih dekat lagi sila klik

'Hazard Lights'





you all know what is 'hazard light'? i rasa sume pemandu kat M'sia ni mesti tahu kegunaan 'hazard light' kan espeacially yg dah ada driving licence. kalo tak tau jugak, dah sah2lah lesen korang lesen tipu. waktu i mula2 ambik lesen dulu, sebelum belajar bawak keta kita mesti masuk kelas memandu. dalam kelas tulah kita belajar mcm2.... termasuklah pasal hazard lights ni. betul tak? betulkan.....tp yang buat i geram tu ada gak yg 'bebal' mcm tak tahu jek.... ggrrrrrr

infact the incident happened last week, my car is brokedown after the damansara toll. stressnye ya amat. dahlah hujan lebat, jam teruk pulak tuh. masa drive tu memang dah mcm perasan ada dengar sound enjin mcm pelik je.... nak dijadikan cerita belum sempat nak berenti ke tepi enjin pun mati....alamak!!!!!! napelah jadi time ni, dahlah lepas tol tu berdesup2 keta yg datang. apalagi dengan segera i pun on hazard lights. bila dah kena mcm tu 1st skali yg i call mestilah my hubby en. pai utk melaporkan dari tempat kejadian and then i call PLUS peronda utk dptkan bantuan. Bila dah dptkan PLUS peronda diorang kata, 'puan minta bersabarnye, kami akan cuba sampai secepat yg mungkin dan bergantung juga pd kesesakan jalan raya kerana kami dr Bukit Raja Klang, minta puan bersabar ya'....... hmm ya lah abang PLUS sabar jelah, nak buat mcm mana.... nak tak nak i pun tunggulah dlm keta tuh. Ini yg nak citer pasal perangai org M'sia neh.... dah tahu kita on hazard lights mestilah maksudnya tu ada kecemasan ke, keta breakdown ke.... kan?. tp ini tak mcm diorang tak nampak yg i dah on hazard lights tu...... siap meluncur laju mcm nak di langgarnya keta kita, dah pulak tu ada gak yg hon2 mcm marah pasal keta kita blok jalan. Hoiiiiiii bongok ke korang ni? tak nampak ke aku dah on HAZARD LIGHTS tu! haissssshhhhh .......barua raskol

dari jalan jam sampai dah tak jam, dari cuaca cerah sampai dah gelap PLUS peronda tak sampai2 lg. hah waktu ni lagi sadis. bila dah tak jam sume bas dan lori yang lalu punyalah laju ya amat. macam nak dilanggarnye keta i. nasib baik at last ada gak yg sudi membantu, adalah sorang lelaki bermotorsikal ni berenti bagi bantuan kat i ingatkan dia berenti nak mengurat, ada pulak yg kena sepak kang. nasib baik dia tolong tolakkan keta i ketepi jalan. selang beberapa minit abang PLUS pun sampai, dengan kadar segera dia membelek keta i.... apa taknya waktu tu i buatlah muka sengsara sikit. telek punya telek, enjin pun dapat gak dihidupkan.....lega rasanya. pas tukan en. pai i pun call, 'yang i dah nak dekat sampai ni, tunggu je kat situ ok!' hero melayu ni kalo sampai mesti dah nak last2 cerita tau...... mencikkk! sampai je en. Pai i buatlah muka kesian pulak, so dek muka kesian tulah kitorang pun apa lagi tukar ketalah, tak sanggup i nak drive keta yg breakdown tu bawak balik, takut kang jadi lagi...hehehee so off coz hero melayu yg bawak keta rosak tadi balik kan..... hhmmm apa nak buat dah nak jadi tp nilah kes time balik kerja yg paling stress buat i......

Saturday, April 30, 2011

Jom Kenal!

Assalammualaikum....

Untuk pertama kalinya, I nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menyinggah ke blog ni. Actually, lama dah I create blog ni tapi sampai skrg tak juga start2 blogging. Seru tak sampai lagi.... idea pun kurang, tu yg macam malas je nak start.

Tapi hari ni  ntah nape mcm semangat dah datang nak mulakan blog ni. Yelah asyik dok baca blog kawan2 jer .... teringin jugak nak ada blog sendiri. Pikir punya pikir..... datang pulak idea nak bagi nama ~MeLuvAmirAmira~ oklah kan. Nama ni pun I ambik dari nama tengah anak2 I. I rasa biarlah blog ni ada ikatannya dgn keluarga I. Bukan apa, kalaulah I dah tutup mata, ada jugak kenangan yg boleh diabadikan buat insan2 tersayang yg ditinggalkan.... especially anak2 I tu, keluarga dan teman2 rapat.

Hmm... how to start? Oklah, mehlah kita kenal2 dulu ek! As per my profile, I ni wife kepada Muhammad Fairus a.k.a Pai, my husband's nickname. Mempunyai 3 orang anak yang comel2 belaka! mestilah puji anak sendiriFor me this is a gift from Allah that was beautiful and I love them so much. Married in the year 2002 dan skrg usia perkahwinan kami sudah mencapai 10 tahun.

Family I ni boleh dikategorikan dalam kelas yg sederhana, bak kata org tu biasa2 je.... asal cukup makan, cukup pakai... yg paling penting sekali kelengkapan anak2. Pada pendapat I yg paling utama dalam sesebuah keluarga itu adalah kasih sayang, tanggungjawab dan saling mempercayai. Alhamdulillah... dan sangat bersyukur di atas kurniaan Allah kerana memberikan kebahagian dalam family I.

Ni lah gambar anak2 I yang sentiasa menjadi penyeri dan pengikat hidup kami suami isteri...


 










nota piede : gambar ibubapa mereka tidak dpt disertakan kerana atas sebab2 yang tidak bersebab.....hehehe

Cheers!!!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com